CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Semoga Kau Berubah Dan Insaf" - Rebecca Jaga Aib Pencuri

15-8-2019 10:10 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 8068| Komen: 30|Original author: Oleh: top5complete

Description: Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam telah memuat naik video rakaman di Instagram dan memberitahu kejadian curi yang berlaku di Sabah ketika karnival Star Vendors.
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam telah memuat naik video rakaman di Instagram dan memberitahu kejadian curi yang berlaku di Sabah ketika karnival Star Vendors. 

Dia meluahkan rasa kecewa di atas tindakan pencuri itu yang juga seorang wanita.




Menurutnya, pencuri tudung itu berani melakukan perbuatan terkutuk di hadapan anak-anaknya sendiri. Berikut video yang dia kongsikan di IGnya.



"Sebenarnya, di gerai Anggun Anggerik Shawl Hijab ada dipasang kamera litar tertutup dan secara kebetulan staf juga nampak kejadian tersebut. Walaupun yang diambil hanya sehelai tudung, tetapi saya agak sedih kerana wanita tersebut melakukan perbuatan itu di hadapan anak-anaknya," tulisnya.



Tambah Rebecca lagi, sengaja pekerjanya tidak menyergah wanita tersebut kerana tidak mahu dia berasa malu.

"Staf saya hanya memerhatikan sahaja perbuatan dia menarik tudung perlahan-lahan dan memasukkannya ke dalam beg besar yang dibawa. Dan dia (wanita) itu meminta anak remajanya memegang beg besar itu sebelum meminta diri ke surau. 

"Sedihnya saya kerana dia mencuri di hadapan anak-anak. Jika tidak mampu, sepatutnya datang bertemu saya dan minta," luahnya.



Rebecca tidak mahu mendedahkan wajah wanita tersebut kerana mahu menjaga aibnya. Rebecca juga telah menghalalkan tudung yang diambil dan memohon agak wanita tersebut berubah dan tidak mengulangi perbuatannya lagi. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-8-2019 10:15 AM
Rebecca porumer cari kan?
Quote EvieWanKenobi 15-8-2019 10:19 AM
beria buat vedio bercerita..
Quote kaseh80 15-8-2019 10:28 AM
Bagus la kalau dah maafksn tapi tak payah la up kat ig?
Quote miss_perfect 15-8-2019 10:33 AM
Bila tengok dia ni aku selalu perhati bahagian dahi dia... memang dahi dia luas betul ya, tak nampak langsung anak2 rambut dia.
Quote belilies 15-8-2019 10:34 AM
Mana bidio mencuri tu?
Quote jijilaaa 15-8-2019 10:43 AM
aku tak ingat apa je drama/filem yang popuan ni belakon... dah lama kan dia menyepi dari industri? dia belakon kayu ke ok?
Quote Ferr_Remy 15-8-2019 10:43 AM
Da gaya pengacara Melodi haha
Quote Cpkay 15-8-2019 10:44 AM
makin kurus .. baru je bersalin kan.. iolss pelik retis ni semua cepat benar kurus dan menten je
Quote awanysss 15-8-2019 10:53 AM
makin cantik sheols. niat je la sedekah kat akak tu..
Quote adila39 15-8-2019 10:54 AM
mcm tersuka pulak kat datin rebeca ni
Quote namieamuro 15-8-2019 11:12 AM
sad to say, rmi je brani curik gitu lagi2 kalau ade expo ke pameran ke yg ramai2 org serbu..staff pn bkn dok keliling tu nk perhati..nk pulak kalau ade kedai besa tp staff ciput je..cctv ade ke tak bkn dorg kisah.
Quote crazybeach 15-8-2019 01:26 PM
hauk nya baju kuning kau tu nok. material kain murah berkedut bagai lepas tu nak jual letak harga memahal kan. pencuri tu pun bijak kosser dia nak curi baju murahan kau nih lalu rembat lah tudung sehelai
Quote grizz 15-8-2019 01:29 PM
Jika tidak mampu, sepatutnya datang bertemu saya dan minta," - bole dpt ke klu mintak
Quote lasagna 15-8-2019 06:29 PM
ehh kalau 10 customer kau mintak cenggitu, bagi ke freeeeee uolsss..
Quote September14 15-8-2019 06:40 PM
Okla dia xde buat bnda2 pelik utk dikecam
Quote Kebabomb 15-8-2019 06:46 PM
miss_perfect replied at 15-8-2019 10:33 AM
Bila tengok dia ni aku selalu perhati bahagian dahi dia... memang dahi dia luas betul ya, tak nampak ...

Seluas dahi anak fizo dan mawar
Quote sok_suci 15-8-2019 06:46 PM
Anugerah Artis Ambulans
Quote TerataiMelur02 15-8-2019 06:54 PM
miss_perfect replied at 15-8-2019 10:33 AM
Bila tengok dia ni aku selalu perhati bahagian dahi dia... memang dahi dia luas betul ya, tak nampak ...

Rasa nak tarik kedepan sikit je tudung dia tu.. Tapi memang trend kot sekarang ni.. Yg dahi x berapa luuas n jendul pun gigih pakai mcm ni
Quote salamon 15-8-2019 08:27 PM
dahi luas org dulo2 ckp bijak nokss

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.048156 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top