CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Lesbian Bunuh Bekas Teman Wanita Kerana Tak Dapat Duit Untuk Berjudi

25-7-2019 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6548| Komen: 29

Seorang wanita di China dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh bekas teman wanitanya dengan menikam mangsa sebanyak 196 kali selepas bertengkar di sebuah bilik hotel di Hunan.

Memetik Daily Mail, Fang Yao, 29, yang juga kaki judi berang apabila Wang Lei, 26, enggan memberinya wang untuk berjudi.



Wang Lei
Kredit foto: DailyMail

Menurut Tang Liping, rakan kepada Fang Yao dan Wang Lei, kedua-dua pasangan lesbian itu bekerja sebagai jururawat. 

Susulan pertengkaran itu, Fang Yao dikatakan mengejar mangsa dari tingkat sembilan hingga tingkat satu hotel berkenaan sebelum melibas leher dan tubuh Wang Lei dengan pisau.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Fang Yao melarikan diri dari hotel berkenaan.

Menurut laporan, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 pagi pada January 30, 2018 di bandar Yongzhou, wilayah Hunan dan Fang Yao ditahan polis pada hari sama.


Tertuduh didapati bersalah kerana membunuh dengan sengaja, namun mahkamah memerintahkan hukuman mati ke atasnya ditangguhkan selama dua tahun pada 20 Disember lalu.


Fang Yao (kiri)
Kredit foto: DailyMail

Mengikut undang-undang negara itu, pesalah akan diberi penangguhan dua tahun sebelum hukuman dilaksanakan.

Pada penghujung tempoh itu, hukuman akan dikurangkan kepada penjara seumur hidup jika individu terbabit tidak melakukan jenayah lain dalam tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mendesak Fang perlu dihukum bunuh.

"Anak saya mati dalam keadaan tragis di tangan Fang Yao. Malah, keluarganya pun langsung tidak memohon maaf kepada kami sejak kejadian itu," tulis bapa Wang Lei di media sosial. - CARI
1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-7-2019 01:51 PM
sebab tu judi merbahaya, jauhi sis vokuru
Quote kaoru44 25-7-2019 02:02 PM
Time dia kejar tu dr tngkt 9 ke tngkt satu tu xda org prasaan la eh..
Quote Kurex 25-7-2019 02:05 PM
Dah sedap mengecat, kau nak duit pulak.
Quote Boomibulat 25-7-2019 02:12 PM
Kurex replied at 25-7-2019 02:05 PM
Dah sedap mengecat, kau nak duit pulak.


Kau tak takut ke kejadian mcm ni?
Quote Kurex 25-7-2019 02:16 PM
Boomibulat replied at 25-7-2019 02:12 PM
Kau tak takut ke kejadian mcm ni?

Hahahahahahaha
Quote lipans 25-7-2019 02:27 PM
kalau laki semburit, kalau perempuan? cat** ke?
Quote kualibesi 25-7-2019 02:29 PM
macam macam aihhh
Quote Pink_Purple 25-7-2019 02:56 PM
pompuan kaki kikis..dah acah2 jadi jantan pun nk mengikis juga
Quote fifie_olin 25-7-2019 03:01 PM
best ke lwn cat
Quote sukacactus 25-7-2019 03:14 PM
Kurang sorang lesbian
Quote baghal_bortuqal 25-7-2019 03:35 PM

apa kata fifi try dan bentangkan laporan kat sini.....





Quote jazaa100 25-7-2019 03:40 PM
kaoru44 replied at 25-7-2019 02:02 PM
Time dia kejar tu dr tngkt 9 ke tngkt satu tu xda org prasaan la eh..

Aku nk tanya.....

Time dia kejar dari tingkt 9-1 tu pakai baju ke berbogel sbb pkl 5.30am kannn
Quote jazaa100 25-7-2019 03:42 PM
lipans replied at 25-7-2019 02:27 PM
kalau laki semburit, kalau perempuan? cat** ke?

Cat tu perbuatan..

Klu gantinama -nippon
Quote jazaa100 25-7-2019 03:43 PM
sukacactus replied at 25-7-2019 03:14 PM
Kurang sorang lesbian

Tapi yg mati tu cantikkkk.....

Yg buruk umor pjg pulakkk
Quote ainashiqa 25-7-2019 06:14 PM
Gila lah.. Sampai membunuh
Quote Foxey 25-7-2019 07:02 PM
Ganas gak pasangan dia ni. Padahal dua2 nurse
Quote sukacactus 25-7-2019 07:59 PM
jazaa100 replied at 25-7-2019 03:43 PM
Tapi yg mati tu cantikkkk.....

Yg buruk umor pjg pulakkk

Dah ajal kan...
Quote dramaking007 25-7-2019 11:08 PM
arak dan judi jangan di didekati....sebab tu dlm Islam  ada larangan arak judi antara sebabnya kenapa, blh jd mcm nilah...ya Allah tragisnya.sian ibu dia.anak muda lagi ade kerjaya bagus.cuma salah pilih kawan.
Quote Xim 25-7-2019 11:31 PM
X gune tol . Dia ingt dia les automatik jd jantan ke nk kikis prempuan

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048508 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top