CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kudung Kaki Gigih Ke Dusun Buah Untuk Menagih

29-7-2019 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2874| Komen: 17

Serbuan dijalankan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu di kawasan dusun buah-buahan berdekatan Kuari Tunjang, Jitra jam 9 pagi semalam menyaksikan lelaki kudung kaki kanan antara 32 penagih ditahan sedang menghisap dadah.



Kredit foto: BH Online

Berita Harian melaporkan, lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 40-an itu pada awalnya berkata, dia datang ke kawasan kebun berkenaan untuk mencari adiknya.

Namun, alasan itu ditolak anggota kerana tidak masuk akal memandangkan kawasan berkenaan menjadi lokasi tumpuan penagih selain lelaki terbabit didapati menunggang motosikal seorang diri ke dusun tersebut.

Menurut Ketua Operasi AADK Kubang Pasu, Mohd Shafiq Ismail, hasil ujian air kencing juga mendapati OKU berkenaan positif morfin dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 61 tahun dan 30 daripada mereka didapati positif opiat, manakala dua lagi positif methapetamine.


“Kebanyakan penagih yang ditahan datang seorang demi seorang dan memberi alasan masuk ke dusun kononnya untuk mengambil buah.

“Mereka yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Kubang Pasu untuk tindakan lanjut," kata Mohd Shafiq.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan). - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 29-7-2019 12:49 PM
tak padam ngan kurang fizikal pun sibuk lagi menagih

orang lain bila tak sempurna bawak bawak insaf

Quote Skuau 29-7-2019 12:51 PM
fushimi replied at 29-7-2019 12:49 PM
tak padam ngan kurang fizikal pun sibuk lagi menagih

orang lain bila tak sempurna bawak bawak ins ...

tuk hilangkan rasa sedih dan pilu(agaknyalah...)
Quote awanysss 29-7-2019 12:53 PM
dadih is lyfeee
Quote Boomibulat 29-7-2019 12:54 PM
Enjoi sambut kdh menang ke bang..
Quote amerald 29-7-2019 01:23 PM
Sedih aku tengok keadaan macam ni.
Quote VirusDetected 29-7-2019 02:37 PM
mmg payah la nk berubah (akan dtg kalo pjg umo) kalo pesen gini...
Quote damian_lee 29-7-2019 02:43 PM
tiap kali ada ambush la ko tak mampu melarikan diri ........
haishhhh
Quote zacEfron 29-7-2019 03:45 PM
dgn dadah ni jgn la gatai2 nak rasa..

sekali rasa .. terus sangkut ketagih ..  
Quote Artemesiaa 29-7-2019 03:56 PM
Kalau dah macam ni siapa nak simpati lagi
Quote KIM.K 29-7-2019 04:18 PM
Edited by KIM.K at 29-7-2019 08:53 PM

Najis sangat. Menagih rupanya. Last word tu plot twist sungguh..aku suka je geng rajin berkebun
Quote palmolive 29-7-2019 04:24 PM
bila dah kronik sgt lagi2 kalo penagih yg dah tua, bila panggil polis suruh angkut.
dorang pun dh tak mo angkut..ni tak jadi apa dah ni..suruh dia balik umah jek la..
itu pengalaman aku la masa kerja kedai makan bapak aku yg selalu dikunjungi geng2 ni..
ntah naper aura kedai bapak aku geng2 ni suka melepak
Quote Foxey 29-7-2019 05:13 PM
Haih, taktau nak kata apa orang macam ni
Quote buapakperut 30-7-2019 01:13 PM
kan bagus sape mendadih ni mati terus.
Quote Pink_Purple 30-7-2019 02:18 PM
buapakperut replied at 30-7-2019 01:13 PM
kan bagus sape mendadih ni mati terus.

lambat mati..tu umur 60 hidup lagi..

mesti tahun 80an dah menagih ni..
Quote ReginaGeorge 30-7-2019 03:03 PM
Ada tak video adik ni berlari? Tok nek nak tengok macam mana dia lari di kejar abam polis.
Quote Sharifah180175 30-7-2019 03:29 PM
amerald: Sedih aku tengok keadaan macam ni.

Betul sedih..
Quote BaizuraAzni 30-7-2019 08:21 PM
Ya allah.. Mnx jauh la kita dan keluarga kita

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.173019 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top