CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rihana Oksana Alami Tekanan Sampai Tengku Ismail Leon Petra Jatuh Sakit

13-8-2019 12:21 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 24579| Komen: 110|Original author: Oleh: Saiful

Foto: IG


Rihana Oksana meluahkan rasa kecewa kerana sejak beberapa minggu lepas adalah yang paling menyedihkan dalam hidupnya.

Tekanan tersebut memberi kesan kepada anak lelakinya, Tengku Ismail Leon Petra sampai jatuh sakit.

Di Instagram, bekas isteri Sultan Kelantan ini menyatakan Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga disebabkan oleh kecuaiannya sendiri.



Tulisnya di Instagram, "Buat pertama kali, anak saya Leon jatuh sakit. Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga kerana saya tidak menyelimutkannya dengan selimut tebal selepas mandi.

"Cuaca pada waktu itu sungguh sejuk iaitu 6 darjah celcius lebih-lebih lagi kami tinggal di luar bandar Moscow."



Bukan itu saja, Rihana terpaksa memberikan antibiotik dalam dos yang tinggi kepada Leon.

"Saya terpaksa memberikannya antibiotik dengan dos yang kuat walaupun usianya baru sepuluh minggu kerana masalah telinga yang dihadapinya boleh menyebabkannya hilang daya pendengaran.

"Leon juga mengalami masalah tidur dan hilang selera makan. Bagi setiap ibu bapa, perkara paling ngeri yang dihadapi adalah apabila insan tersayang jatuh sakit.

"Insya-Allah dengan izinnya, kesihatan Leon akan bertambah baik. Terima kasih atas sokongan semua. Allah mendengar setiap doa kamu kepada Leon," tulisnya.



Untuk Rekod, Rihana dan Sultan Muhammad V berkahwin pada 2018 dan bercerai talak tiga pda 22 Jun lepas. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 13-8-2019 12:32 PM
cian..cantik2 kena buang ..kih kih kih...
Quote LemakPetai 13-8-2019 12:35 PM
Kata oks tunggu anaknya umur 6 bulan baru blh tunjuk muka
Quote KIM.K 13-8-2019 12:35 PM
Edited by KIM.K at 13-8-2019 12:59 PM

Ini ig posting minggu lepas
Anak sape sekalipun aku rasa kesian. Kalau anak orang lain, sudah dipinjamkan nama kerabat melayu
Kenapa tak pilih perempuan shishaani yang warak2
Quote LemakPetai 13-8-2019 12:40 PM
KIM.K replied at 13-8-2019 12:35 PM
Ini ig posting minggu lepas
Anak sape sekalipun aku rasa kesian. Kalau anak orang lain, sudah dipin ...

Anak tu tak bersalah. Harap2 emaknya ni betul2 sayangkan dia, bkn dipergunakan utk tuntut apa2. Dan dididik cara Islam walaupun i ada was2 disitu. Anak ni mgkin,  tak senasib baik anak AMH, yg dibesarkan dlm istana penuh kemewahan dan didikan agama walaupun mak pak dah tak bersama
Quote KIM.K 13-8-2019 01:05 PM
LemakPetai replied at 13-8-2019 12:40 PM
Anak tu tak bersalah. Harap2 emaknya ni betul2 sayangkan dia, bkn dipergunakan utk tuntut apa2. Da ...

Ya harap dia bukan perangkap untuk child support. Ikut wedding video diorang memang nak anak. Rancang jauh tu

Suka tengok anak AMH tabah dan sopan santun. Kecik2 dah matang
Quote cmf_premierleag 13-8-2019 01:18 PM
so kalo dh cerai, sheols masih Islam or udah kembali ke agama asal?
sis tanya sbb serius nk tahu..kang ada lak babi2 acik kopam kata iols sentuh soal agama bagai
Quote kualibesi 13-8-2019 01:22 PM
kesian baby. semua emak akan merasa sedih, lg lg anak sakit.
Quote beta_carotene 13-8-2019 01:23 PM
cmf_premierleag replied at 13-8-2019 12:18 PM
so kalo dh cerai, sheols masih Islam or udah kembali ke agama asal?
sis tanya sbb serius nk tahu..k ...

masih islam la nok..

Quote cmf_premierleag 13-8-2019 01:23 PM
beta_carotene replied at 13-8-2019 01:23 PM
masih islam la nok..

mekasih sis
Quote shi_jewel 13-8-2019 01:23 PM
kenapa ditalaktigakan? iol ketingggalan boat. sape2 yang baik, sila bagi kesimpulan jap ttg diorang ni...huhu..amponnn
Quote LemakPetai 13-8-2019 01:37 PM
cmf_premierleag replied at 13-8-2019 01:18 PM
so kalo dh cerai, sheols masih Islam or udah kembali ke agama asal?
sis tanya sbb serius nk tahu..k ...

Gaya tulisan mcm masih islam ..siap ada Alhamdulillah, inshaaAllah lg. Tp xtau la...dia nun jauh di luar moscow ..lg pun kahwin nya kejap sgt..udah le berjauhan. Bila masa dibimbing. Tp mgkin gak ex hubby dia ada hire guru agama ajar dia secara private. Harap2 la masih kekal
Quote Vokuro 13-8-2019 01:42 PM
Kesiannya dengan tengku mahkota Kelantan. Tengku leon
Quote slavehunter 13-8-2019 01:48 PM
Ada kat Daily mail kata....mak abe dah carikan bini untuk Abe, and family abe memang tentang habis2 dengan marriage ni, pestu lawyer Russian tanya Oks...jawapan Oks Shes not ready for this and there is NO divorce!  Boleh ke camtu? Kalau ikut Shariah kalau lelaki dah jatuh talak siap sijil dah keluar tetap la kan. Aku rasa dia ni selagi tak dapat million2 selagi tu dia taknak accept divorce.
Quote axl_bach 13-8-2019 01:52 PM
Dlm kes ni kenapa si anak tu x dijaga oleh istana?

Kenapa kerajaan Islam Kelantan x minta anak tu dipelihara dgn ajaran Islam oleh keluarga di Malaysia?

Adakah terjamin keislaman sang bayi andai si ibu yg baru beberapa hari memeluk Islam, dan kita tahu bagaimana riwayat hidup dia sblom tu, utk kita letakkan amanah utk dia besarkan sang bayi dgn penuh didikan agama yg syumul?
Quote Lagubestbest 13-8-2019 02:23 PM
slavehunter replied at 13-8-2019 01:48 PM
Ada kat Daily mail kata....mak abe dah carikan bini untuk Abe, and family abe memang tentang habis2  ...

Mak Abe tu kerabat thai. Kalau boleh memang mak abe nak thai dominasi susur galur kerabat kelate. Sebab tu dulu Abe terpaksa hantar FRU elakkan ayah lumpuh dia dilarikan Mak dan adik dia, sebab Mak Abe dulu nak adik dia yang naik jadi Soltan. Dalam keluarga kelate sekarang ni, Abe naik takhta dalam kesunyian, ditentang ibu dan keluarga sendiri, sementara ayahnya lumpuh strok tak mampu buat ape2. Mungkin sekarang ni, Abe nak buat ape dia buat je, tiada siapa yang perlu Abe hormati lagi.
Quote LadyCarefree 13-8-2019 02:53 PM
cmf_premierleag: so kalo dh cerai, sheols masih Islam or udah kembali ke agama asal?sis tanya sbb serius nk tahu..kang ada lak babi2 acik kopam kata iols sentuh soal a ...


Pd pendapat iols, sukati dia la nk xjd kekal ugama islam
Quote LadyCarefree 13-8-2019 02:54 PM
axl_bach replied at 13-8-2019 01:52 PM
Dlm kes ni kenapa si anak tu x dijaga oleh istana?

Kenapa kerajaan Islam Kelantan x minta anak tu ...

Sbb begong kata xde sebab yng kukuh yakin kan abegong bahawa tu anak dia. Katanya dia nk buat dna test tp oks xnk.
Quote LadyCarefree 13-8-2019 02:55 PM
slavehunter replied at 13-8-2019 01:48 PM
Ada kat Daily mail kata....mak abe dah carikan bini untuk Abe, and family abe memang tentang habis2  ...

Oks xleh buat apa la melainkan dia lawan kt mahkamah syariah sini tp takat hak penjagaan, nafkah leon dn mutaah je la.
Quote kaseh80 13-8-2019 02:59 PM
Mengundang simpati netizen sgt oks ni

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061256 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top