CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ladies! Apa Reaksi Anda Jika Ditegur Bos 'Pengotor' Kerana Tak Cukur Bulu Kaki?

23-8-2019 02:41 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6517| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Zaman milenial kini, ramai wanita mendedahkan lebih selesa tidak mencukur bulu pada tubuh mereka. Bagaimanapun, tidak semua orang boleh menerima pengabaian kebersihan diri ini.

Menerusi ruang sembang Reddit, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila ditegur ketua jabatannya kerana tidak mencukur bulu kaki.



Kredit foto: Getty Images

Teguran bosnya itu dibuat berikutan ada suara sumbang merungut mengenai bulu kakinya.

Wanita berusia 21 tahun itu menegaskan dia enggan membazir masa dan wang hanya untuk mencukur bulu kakinya yang dakwanya tidaklah terlalu lebat.


Kredit foto: Getty Images


"Sekali saja saya mencukur bulu kaki, itupun ketika kali pertama keluar dengan teman lelaki.

"Dan sehingga kini, dia tidak pernah bising mengenai bulu kaki saya," tulisnya.

Difahamkan, kebiasaannya tugas wanita itu memerlukan dia menghadiri majlis dan festival. Namun, baru-baru ini dia terpaksa masuk ke pejabat untuk mengambil beberapa barang.

Ketika itulah dia dipanggil masuk ke bilik bosnya yang mula 'bersyarah' mengenai kebersihan diri.


Kredit foto: iStockphoto

"Bos kata, beberapa rakan sekerja mengadu bahawa saya tidak mencukur bulu kaki yang menurut mereka ia telah melanggar polisi syarikat kerana mengabaikan kebersihan diri," katanya.

Namun, apabila ditanya apa kaitan mencukur bulu kaki dengan kebersihan diri, bosnya hanya mendiamkan diri. Malah, lelaki itu diam tidak berkutik apabila ditanya sama ada dia sendiri pernah mencukur bulu kakinya.

Kerana berasa malu dan tidak selesa ditegur sedemikian rupa, wanita itu terus beredar dari situ.

Rata-rata yang meninggalkan komen menyatakan menyifatkan lelaki terbabit bersikap seksis.


Kredit foto: Culture On The Offensive

Bulu kakinya lebat sangat dan berpintal-pintal ke sampai dituduh tidak menjaga kebersihan diri? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Melorqe 23-8-2019 02:53 PM
kalau lebat tapi malas nak cukur tu , pakai la seluar labuh.
maklumla boss kamu tu biasa tengok yg licin je.

sesungguhnya aku pun geli even kalau lelaki berbulu kaki lebat dan berseluar pendek
kalau yg tak heavy tu aku boleh la buat2 tak nampak.
Quote Artemesiaa 23-8-2019 03:04 PM
Tengok bidang kerjanya juga kalau dia selalu kena jumpa pelanggan syarikat semestinyalah dia juga bawa imej syarikat.  Jadi tak hairan kalau factor penampilan dan kerbersihan juga dititik beratkan oleh pihak syarikat.
Quote prettyuglybabe 23-8-2019 03:06 PM
kalau nak beli razor berapa sen je pun dah kata membazir, apa tah lagi nak suruh gi wax
kedekut sangat, pakai je la seluar or skirt tutup kaki..
Quote Zeatyisaac 23-8-2019 03:24 PM
Pakai stokin. Not a big issue though.
Quote azimodin 23-8-2019 04:01 PM
walaupon kat opis aku berlambak orang pakai skirt pendek, xperasan pulak aku siapa yang ada bulu kaki panjang. tapi aku pernah la naik satu lif dengan sorang gyang pakai sleeveless tapi x cukur bulu ketiak. kalau pendek as boleh terima lagi. ni siap ketak2 amazon
Quote Buritan 23-8-2019 07:55 PM
Melorqe replied at 23-8-2019 02:53 PM
kalau lebat tapi malas nak cukur tu , pakai la seluar labuh.
maklumla boss kamu tu biasa tengok yg  ...

Aku imagine bulu dlm suar pende jahhhh
Quote hasniey 23-8-2019 11:24 PM
Seksis..hat jantan seumur hidup xpernah cukur bulu kaki tu xditegur.yg prmpuan ko sibuk hal bulu dia dh kenape?report jah bos mcmni
Quote Claire96 24-8-2019 01:12 AM
Personally, i rasa sepatutnya kita dah masuk ke dalam era yang tak kesah orang perempuan cukur bulu2 ataupun tidak. It grows naturally with its own purpose. People should expect us women to have barbie doll skin with no pores, no bulu and all. That's not realistic.
Quote dani-rox 24-8-2019 03:03 AM
Apa Reaksi Anda Jika Ditegur Bos 'Pengotor' Kerana Tak Cukur Bulu Kaki?


jawapan ai: pakai hairy leggings terus. amek kau.


Quote mizzmimi 24-8-2019 05:58 AM
Pakai skirt labuh/seluar panjang and stoking laa
Quote otai_g 24-8-2019 07:57 AM
Ko cukur lg lbt la jadinya. Pki je seluar pnjg. Apa susah.
Quote umbut 24-8-2019 08:49 AM
Jgn mula cukur.. Memang tumbuh lain macam nanti.. Dah ko gi wax
Quote CatMiow 24-8-2019 03:41 PM
Mcm2 produk boleh guna,  kalau wax,  mahal tapi lama sikit nak tumbuh balik.  Berbaloi juga buat.
Quote ReginaGeorge 24-8-2019 08:29 PM
Kalau sampai orang dah geli tu ertinya kau ni memang pemalas dan pengotor kot.. Dah polisi syarikat ikut jer la. Akaka pon geli nampak awek seksi bulu persis orang utan. Malas cukur rasa razor mahal ke, pakai la seluar panjang ke skirt panjang ke.. Geli akak.
Quote diggerr 24-8-2019 08:50 PM
Trim ler bagi kemas
Quote Foxey 25-8-2019 09:47 AM
It's a personal choice to shave or not to shave. Tapi untuk tak mengundang kecaman/hencapan orang, baik la pakai seluar/skirt panjang untuk cover.
Quote lattehazelnut 26-8-2019 06:36 AM
Kalau kena attend festival, event n meet client kena la grooming sikit.. kalau kje kat penjuru ofis je xpe la..
Quote Cpkay 26-8-2019 02:49 PM
umbut replied at 24-8-2019 08:49 AM
Jgn mula cukur.. Memang tumbuh lain macam nanti.. Dah ko gi wax

yezza.. very true
Quote palmolive 26-8-2019 03:19 PM
hasniey replied at 23-8-2019 11:24 PM
Seksis..hat jantan seumur hidup xpernah cukur bulu kaki tu xditegur.yg prmpuan ko sibuk hal bulu dia ...

orang jantan takder pergi kerja pakai skirt

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.102329 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top