CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarkan Saja Sijil Halal Dalam Tulisan Tamil, Mandarin Dan Bukan Jawi

23-8-2019 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7449| Komen: 84

Masih lagi isu penggunaan tulisan Jawi yang mendapat tentangan sesetengah pihak, kini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada JAKIM agar mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pengeluar. 


Memetik laporan Malaysia Gazette, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, sebagai contoh jika produk itu dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi seperti sebelum ini. 

Manakala, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam maka Jakim perlu mengeluarkan sijil dalam tulisan Jawi. 

Kredit foto: Malaysia Gazette

“Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, okey. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluaran bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.


“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas kuasa membeli dalam kalangan orang Melayu dan Islam secara mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi.

“Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya. 

Beliau juga memberikan contoh makanan segera seperti roti pau yang menggunakan nama Melayu sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam. 

“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.

“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya. - CARI 
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-8-2019 07:09 PM
Tapi aku suka beli papadom.... Lepas tu gireng dekat rumah
Quote top5complete 23-8-2019 07:32 PM
ada popcorn?
Quote delawang 23-8-2019 07:36 PM
Ok lah tu..halal in tamil..dari org nk beli fikir 100x kali
Quote CiliPadiSedap 23-8-2019 07:40 PM
ok setuju. kita kena sokong. lepas ni cariforum kena ada tulisan jawi juga. biar sis vokuru tak boleh masuk sebab dia buta jawi.
Quote Buritan 23-8-2019 07:47 PM
Setujuk.. halal dlm bahasa cina dan tamil.. konpom aku rasa jatuh sale
Quote diggerr 23-8-2019 07:48 PM
Nonsense haihh
Quote Zeatyisaac 23-8-2019 07:52 PM
Edited by Zeatyisaac at 23-8-2019 07:55 PM

Kalau mereka Islam, okay je Mandarin ataupun Tamil.
Isu sebenarnya bukan suruh tukar pun logo tu. Isu sebenarnya sekadar nak menekankan bahawa jangan semudah itu menipu bangsa Melayu. Walaupun sesetengah Melayu Islam, solat dan puasa pun jarang2, namun bila.melibatkan bangsa, mereka tetap terasa.
Quote dubuk 23-8-2019 07:52 PM
dia kata pau ahmad tu...
Quote clara_nur 23-8-2019 07:53 PM

bolela stop guna rempah kari BABAS dan ALAGAPPAS..
Quote aqissa 23-8-2019 08:08 PM
Xkan punya. Takot x laku... dap sure kata.. ini tidak adil...
Btw... i sokong 200%
Quote sarah82 23-8-2019 08:36 PM
Taraaa.. Aku sokong.. Aku guna rempah adabi dan mak siti.
Quote lampor 23-8-2019 08:40 PM
Wohoo... Idea ni bagi aku padu dan bernas... Mmg kena setepek...
Quote aechae 23-8-2019 09:05 PM
Word halal tu in arab kn...
bab 3 huruf tu pn nk buat isu ke?
Quote LautBiru52 23-8-2019 09:06 PM
Setuju kalau mcm tu. Dah alang2 benci dgn jawi kan. Biar produk depa tak laku
Quote 3480 23-8-2019 09:17 PM
Setuju!
Quote bezita60 23-8-2019 09:24 PM
Melayu urban mana kesag tu semua.

Tulis no pork, takde tanda halal pun menderu makan..
Quote vee_zara 23-8-2019 09:36 PM
Nak tanya la makanan n minuman kat kedai Rm2.00 tu u all rasa daripada mana ye? Malaysia atau China. I kadang2 was2 nak beli walaupun ada logo halal. Takut tiruan je. tp tgok ramai je org muslim yg beli jajan n air kotak kat kedai 2 hengget tu.
Quote sayawifenikmie 23-8-2019 09:37 PM

............... setuju.
Quote Asdan 23-8-2019 10:21 PM

halal dah trademark,  

boleh ke pihak lain guna perkataan halal  tanpa keizinan pemilik trademark ?

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067329 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top