CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengantin Wanita Tular Setelah Pilih Sahabat Lelaki Sebagai Bridesmaid

27-8-2019 11:25 AM| Diterbitkan: Akasyajai| Dilihat: 8617| Komen: 27|Original author: Akasha

Tugas bridesmaid atau pengiring pengantin biasanya bawa bunga dan mendampingi pengantin memasuki ruang resepsi pernikahan. Mereka juga biasanya menjadi assistant si pengantin, bahkan menemani pengantin memilih baju pernikahan.


Pengantin wanita akan didampingi pengiring pengantin wanita. Begitu juga dengan pengantin lelaki yang akan ditemani oleh pengiring pengantin lelaki. Namun gadis bernama Aina Shahirah ini memilih cara yang sebaliknya.

Kredit foto: Twitter

"My male bestfriends were my bridesmaids last years" katanya Aina.

Gadis ini malah memilih kawan-kawan lelaki  untuk menjadi pengiring pengantinnya. Mereka rela memakai pakaian berwarna pink dan pemerah pipi ketika bergambar meraikan majlis Aina.

Kawan lelaki Aina yang lain juga hadir di hari bahagianya pada Ogos 2018 tahun lalu. Gambar Aina viral setelah dia terus upload di Twitter.

Aina juga turut mengumumkan bahawa dirinya kini telah mengandung dan bakal melahirkan pada November akan datang. 

Kisah Aina telah menjadi viral dan mendapat lebih dari 10 ribu likes hingga tulisan ini dibuat.

"Antara enam orang ini pasti salah satu ada yang menyimpan perasaan kepada perempuan itu. Tapi dia belajar untuk move-on untuk melihat orang yang dia sayang bahagia dengan orang yang dicintainya," kata satu komen. 

Melalui akun Instagramnya, Aina memang ada mention dirinya adalah wanita tomboy yang mempunyai ramai kawan lelaki. Aina pun sudah sejak lama berharap dapat meraikan hari pernikahannya bersama kawan lelakinya itu.


Kredit foto: Twitter

"'Hari perkahwinan saya akan diraikan bersama kawan-kawan lelaki mengenakan baju pink dan saya ingin snap gambar di tempat tidur, sambil bercukur, makan pizza dan memakai masker timun dan saya pastikan akan mempunyai  malam terbaik!" tulisnya beberapa tahun yang lalu. 

"Saya memang bukan 'girly', saya tomboy. Kawan-kawan lelaki selalu menganggap saya juga lelaki atas apa yang saya perjuangkan dan bagaimana saya hidup berdikari," tulis Aina dalam kapsyen Instagramnya. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 27-8-2019 11:29 AM
why bother?  attention seeker ker sis?
Quote CatMiow 27-8-2019 11:44 AM
What!!!
Mix Caucasian ka?  Siap ada  bachelorrate Party atas katil ngan kawan lelaki?


Takutnya budak zaman sekarang dah ada fikiran pelik2. Zaman anak2 kita mcmna pula?
Quote Boomibulat 27-8-2019 11:45 AM
Ko saja nk viral kannn....
Quote haryatie 27-8-2019 11:48 AM
bagus jugak bridesmaid lelaki
kalau prempuan takut nnti nampak bridesmaid lg comeii giler dr pengantin prempuan
habis laaaa....
Quote HujanBatuTiga 27-8-2019 11:49 AM
Bila pulak dia celeb atah katil. Cer baca betul2 apa yg dia tulis & translated punya.
Quote diggerr 27-8-2019 12:07 PM
Hehehehehe
Quote Artemesiaa 27-8-2019 12:12 PM
Apa yang nak dipelikan ada je yang macam ni hanya tak ditularkan je macam sekarang ni
Quote jofizo 27-8-2019 12:15 PM
lantak ko lah.... batak like
Quote mieymiey 27-8-2019 12:18 PM
So?????????
Quote Kurex 27-8-2019 12:23 PM
Takde yg menarik
Quote Asdan 27-8-2019 01:06 PM

kalau pakai robot, jadi bridesmate, boleh ke ?
Quote sukacactus 27-8-2019 01:24 PM
Urmmmm...iyolah!
Quote JunkMail 27-8-2019 01:26 PM
Aku takleh hadam gegadis tomboy suka Kaler pink? Please dek...cuba lagi lain masa dengan cerita yg lebih logik.
Quote jane_hopper 27-8-2019 01:30 PM
Menyampah iolls dgn bbnu twitter konon2 nk tweetfamous ewww
Quote Fleur81 27-8-2019 02:28 PM
Cerita tahun lepas rupanya baru nak up
Quote Catpaw 27-8-2019 02:29 PM
hek eleh, tak best langsung laki jadi bridesmaid, tak jadilah bagai bulan dipagari bintang
Quote duradanis 27-8-2019 02:42 PM
haha. sebab tak nak bridesmaid tu lebih cntik dari perantin kan
Quote CatMiow 27-8-2019 02:48 PM
Aku dok Imagine budak2 ni makan2 atas katil,  pakai mask atas katil berjemaah.. {:dot.

Mcm slumber party.
Quote Cpkay 27-8-2019 03:07 PM
tak bolehlah join adat bersiram ..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071908 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top