CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Itu Tanggungjawab Ibu Bapa' - Warganet Persoal Kewajaran Program Sarapan Percuma Sekolah

28-8-2019 05:28 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10502| Komen: 71|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan e ...
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.




Menterinya, Dr Mazlee Malik menjelaskan, program sarapan percuma diperkenalkan bagi memastikan pelajar kekal sihat dan cergas.

Beliau turut memuat naik entri mengenainya di Twitter peribadinya.



Rata-rata warganet menyambut baik usaha kerajaan mengenai perkara ini.

Namun, agak mengejutkan apabila sebahagian netizen membantah cadangan ini. Mereka berpendapat, ibu bapa bertanggungjawab menyediakan sarapan untuk anak-anak, bukan pihak kerajaan.



Sepatutnya, kerajaan menumpukan perhatian kepada mutu sistem pendidikan sedia ada.




Apapun, ada juga warganet berpendapat bahawa pemberian sarapan pelajar percuma ini adalah satu usaha yang bagus kerana ada juga pelajar kurang berkemampuan memerlukannya. 

Sepatutnya, warganet menghargai usaha kerajaan ini, bukan mencari peluang untuk mencemuh kerajaan.



Sesuatu pembaharuan memang sukar diterima pada mulanya. Namun, usaha kerajaan menyediakan makanan percuma pada semua pelajar sekolah pasti akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah selepas ini. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 28-8-2019 05:38 PM
Nasib baik zaman RMT dulu blm media sosial..
Quote top5complete 28-8-2019 05:51 PM
ingat semua ibu bapa duduk bandar besar? hari2 makan 3 kali sehari?  ada murid-murid kecil daif di pendalaman yang mengharapkan RMT untuk mengisi perut seharian.. kerana tiada makanan di rumah.. bodoh betul netizen ni
Quote RatuDunia94 28-8-2019 05:51 PM
Bukan dh ada MRT ke? Patut tambah baik MRT jelah.. bukan pukul rata bg semua murid percuma. Hujung2 yg anak2 org kaya xnk makan makanan free tu sbb x sedap n murah.. terbuang je.. bg pd yg betul2 memerlukan je
Quote sfrnna 28-8-2019 05:55 PM
Edited by sfrnna at 28-8-2019 11:06 PM

Zaman I sekolah dulu ada siap2 bantuan makan utk budak2 yg x mampu dengan dapat susu kotak tu sekali. Taktau la sekarang ada lagi ke tak. RMT ke apa. Tp ada yg segan n malu sbb x berkemampuan. Ni dpt makan free okay la makan sama2
.
Erm elok jugak kalo lewatkan sikit waktu masuk sekolah tu. Pukul 7 dah start. Lambat kena denda. Ibubapa plak bangun awal, solat, buat sarapan, keluar awal sbb nak hadap jam lg. Dulu2 mak I 4-5 pg dah bgun siapkan kitorg.
Quote CiliPadiSedap 28-8-2019 05:56 PM
Boomibulat replied at 28-8-2019 05:38 PM
Nasib baik zaman RMT dulu blm media sosial..

kalau ada RMT dan susu kotak percuma biasa kaka  pau kawan sikit. sambil2 tu dia pau keropok lekor nasi ayam kaka. susu kotak tu sedap sangat walaupun luaran kotak pucat lesi tak de design
Quote mizzmimi 28-8-2019 05:57 PM
RatuDunia94: Bukan dh ada MRT ke? Patut tambah baik MRT jelah.. bukan pukul rata bg semua murid percuma. Hujung2 yg anak2 org kaya xnk makan makanan free tu sbb x  ...


rmt sis,

mrt - makanan rancangan tambahan

Dulu2 susu pon ade. Sedapnya susu kotak free..
Quote Boomibulat 28-8-2019 05:59 PM
CiliPadiSedap replied at 28-8-2019 05:56 PM
kalau ada RMT dan susu kotak percuma biasa kaka  pau kawan sikit. sambil2 tu dia pau keropok ...

Klu kena hr mee goreng i berebut dgn adk..klu hr bubur kacang i who are yuss kan je..untungla kaka ada ns aym bagai...
Quote Boomibulat 28-8-2019 05:59 PM
RatuDunia94 replied at 28-8-2019 05:51 PM
Bukan dh ada MRT ke? Patut tambah baik MRT jelah.. bukan pukul rata bg semua murid percuma. Hujung2  ...


MRT najib dh tambah baik sis...
Quote natrahn 28-8-2019 06:05 PM
RatuDunia94 replied at 28-8-2019 05:51 PM
Bukan dh ada MRT ke? Patut tambah baik MRT jelah.. bukan pukul rata bg semua murid percuma. Hujung2  ...

MRT == pengangkutan yang.

RMT = rancangan makanan tambahan ada golongan sasar.

program makanan percuma untuk semua pelajar sesi pagi dan sesi petang sebelum memulakan sesi persekolahan.
Quote natrahn 28-8-2019 06:05 PM
Boomibulat replied at 28-8-2019 05:59 PM
MRT najib dh tambah baik sis...

kah kah kah ini win
Quote CiliPadiSedap 28-8-2019 06:30 PM
Boomibulat replied at 28-8-2019 05:59 PM
Klu kena hr mee goreng i berebut dgn adk..klu hr bubur kacang i who are yuss kan je..untungla ...

nasi ayam sebab mak ayah pg haji jd duit poket mak ayah pakcik makcik sponsor, balik haji makang kopok lekor je RMT kt tempat kaka paling best tembikai susu.  zaman sekarang makanan mahal bahan mentah mahal patut bagi pada pelajar yang memerlukan. biar makan sedap2 berkhasiat. maszlee malik ni serius akak xpercaya dia dulu janji tol percuma sebelum PRU pun dia xtunaikan.
Quote belilies 28-8-2019 06:30 PM
Tau dah nasib dia nanti, should have boot him off. Teruk nau kementerian ni skrg ni, tunduk sangat ngan makbapak. Part guru still tak terbela lagi.
Quote CiliPadiSedap 28-8-2019 06:33 PM
mizzmimi replied at 28-8-2019 05:57 PM
rmt sis,

mrt - makanan rancangan tambahan

susu sedap tu dekat bilik stor sekolah, biasa dekat sebelah bilik spbt,  bila kerani sekolah masuk bilik tu kita ternampak susu kotak kegemaran



teknik naruto kaka berjaya di hidu cikgu beratur banyak kali.
Quote kakigebang 28-8-2019 06:36 PM
mak pak bangang mana la yg dok bantah tu ?  aku sekolah dulu hmpir 40 tahun lepas pun dah ada rmt..tak rugi pun kerajaan bagi mkn kat budak2, dpt berkat lagi ada...ingt la mngkin ada murid miskin yg hanya mampu sarap ala kadar, yg bagusnya sekolah x pilih bulu, murid kaya pun dapat merasa jugak
Quote diss69 28-8-2019 06:59 PM
Kerajaan dh nk bg free terima je laa.. Ada jugak keberkatannya bagi bdk2 mkn..
Quote ainashiqa 28-8-2019 07:08 PM
Bg aku elok la ada bekpes free ni.. Benda ni kita terima la
Quote Skuau 28-8-2019 07:10 PM
natrahn replied at 28-8-2019 06:05 PM
kah kah kah ini win

jgn la gelak kat dia...tgk...dh lari dah dia....
Quote rayriff 28-8-2019 07:16 PM
Boomibulat replied at 28-8-2019 05:59 PM
MRT najib dh tambah baik sis...

hahaha ampun sis ratu. tapi ini memang kelakar.
Quote cicicumel 28-8-2019 07:21 PM
bagus cdgn ni percayalah akan berlaku pembaziran dan terbuang makanan2 tu sbb smua dapat. lagi kan masa zaman RMT i dulu pon selalu ada mknn lebihan lalu dilanggil bdk2 yang x layak rmt utk join sekali

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060317 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top