CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Lepas Bagi TV, Mark Adam Hadiah Ibunya Rumah Banglo Pula

4-9-2019 11:20 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11456| Komen: 66|Original author: natrahn

Penyanyi Mark Adam telah  memuat naik video di Instagramnya memberikan kejutan dan merealisasikan impiannya memberikan hadiah sebuah rumah buat ibu tercintanya di Filipina. 


Menurut Mark, impian tersebut telah disimpan sejak tahun 1996, iaitu 23 tahun yang lalu.

"Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah, (1996). Terima kasih banyak-banyak kerana merealisasikan perkara ini isteriku. Tak pakai topi keledar sebab tempat rumah baru sangat dekat dengan rumah sewa lama mak di kampung. Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah Ya Allah," tulis Mark di entri Instagramnya.


Kredit foto: Instagram Mark Adam

Terdahulu Mark turut menghadiahkan sebuah televisyen pintar bersaiz 65" buat ibunya.

Sejak kebelakangan ini ibunya sering bertanyakan mengenai Islam selepas suka melihat tingkah laku Mark selepas memeluk Islam. 
 
"Ibu amat menyukai sikap saya sekarang dan dia beritahu banyak perubahan positif terhadap saya selepas memeluk Islam. Saya tidak akan memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, saya manusia pertama yang gembira dan bersyukur," katanya.

Mark Adam dan isterinya Nor Azah Redzuan

Mark sering bercerita kepada ibunya mengenai kebaikan dan keindahan Islam dan berdoa agar ibunya mengikuti jejak langkahnya. Beliau memanjatkan rasa syukur kerana isterinya, Nor Azah Redzuan dan bapa mentua banyak membantu mengenai ajaran Islam sejak memeluk Islam beberapa tahun lalu.

Kerana mulia dan besarnya jasa yang sudah ibu bapa berikan kepada kita, berbuat baik kepada mereka dijamin pahala yang sangat besar disisi agama. Semoga makin murah rezeki Mark selepas ini. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 4-9-2019 11:30 AM
Mak beliau islam hadari gak ke...?
Quote natrahn 4-9-2019 11:33 AM
Boomibulat replied at 4-9-2019 11:30 AM
Mak beliau islam hadari gak ke...?

belum Islam lagi.
Quote diggerr 4-9-2019 11:36 AM
Moga murah rezeki
Quote sarah82 4-9-2019 11:36 AM
Boomibulat replied at 4-9-2019 11:30 AM
Mak beliau islam hadari gak ke...?

Mak dia kristian Katolik.. Tapi bagus mark Adam dia tunjuk yg ang beza agama pun.. Mak ang tetap mak ang.. Tu sebenarnya yg Islam ajar.
Quote Mizlyn 4-9-2019 11:52 AM
Alhamduillah.. murah rezeki Mark dgn wife...

lawa banglo mak he..

i tgk mak he lebih excited dpt Tv dari banglo hahaha
Quote orglama 4-9-2019 11:56 AM
merugikan negara sb pengaliran wang keluar
Quote Kurex 4-9-2019 12:00 PM
Comel mark adam ni..
Quote rospinki 4-9-2019 12:15 PM
ang kanyang ina ay talagang masaya at ito ay hikayatin ang mas maraming pinoy na magtrabaho sa malaysia at maging tulad ng mark adam.
Quote Rogue98 4-9-2019 12:16 PM
Anak yang baik. Semoga ibu Mark Adam mendapat hidayah. Cantik rumah baru tu. {:love
Quote sukacactus 4-9-2019 12:24 PM
Masa dia dpt rumah tu  mak dia terpinga2...kejutan besar kot
Masa dpt tv mmg npk happy, tgk kotak pun dah tau tv kan
Maybe lama dah dia nak tu
Bagus mark bahagiakan mak dia
Quote sheqim 4-9-2019 12:53 PM
Captionn si mark mengingatkan aku pada seorang pelakon filem paskal.... larikkkkkkkkkk
Quote cik_kuntum36 4-9-2019 12:59 PM
semoga mark dan isteri dimurahkan rezeki... best nya dapat membahagiakan mak... iolls hutang keliling pinggang so xdpt nak bg mcm2 kat parents...  dpt tolong skit2 jek... hrp dimurahkan rezeki la...
Quote RatuDunia94 4-9-2019 01:07 PM
Seksi gak mak heols yach.. janda kan..
Quote prettyuglybabe 4-9-2019 01:18 PM
cantik rumahnya..
walaupun saiz banglo kat sana macam saiz rumah teres sini..
suasana nampak sejuk tak crowded..
Quote AmandaRollins 4-9-2019 01:23 PM
Alhamdulillah..walau berbeza agama,t/jawab anak tak putus utk mak nya..
Untung nya si mark ni dpt wife yg sgt2 memahami...aq doakan rezeki drg bertambah murah dan in sha allah satu hari nti dpt rezeki anak....Aamiinn
Quote Aunty_Acid 4-9-2019 01:43 PM
orglama replied at 4-9-2019 03:56 AM
merugikan negara sb pengaliran wang keluar

betul kate ko, ramai warga asing yg dtg kat msia ni semua jd kaya-raya dari org msia sendiri
semua dua dia org bwk blk ke negara asal dia org
td tgk berita RM jatuh lg
Quote TerataiMelur02 4-9-2019 01:44 PM
AmandaRollins replied at 4-9-2019 01:23 PM
Alhamdulillah..walau berbeza agama,t/jawab anak tak putus utk mak nya..
Untung nya si mark ni dpt w ...

Aamiin... Mudahan lepas ni Allah beri rezeki zuriat bt mark adam..
Quote miminn 4-9-2019 02:29 PM
TerataiMelur02 replied at 4-9-2019 01:44 PM
Aamiin... Mudahan lepas ni Allah beri rezeki zuriat bt mark adam..

amin amin. semoga murah rezeki.
Quote iena_aries86 4-9-2019 03:54 PM
Semoga makin murah rezeki mark adam lepas ni

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.218804 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top