CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Sedap Weh, Meremang Bulu Roma!"-Netizen Tak Sangka Octovia Manrose Ada Bakat Terpendam

3-9-2019 05:05 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 11265| Komen: 35|Original author: SakuraJo

Description: Octovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Binti Wan Syahman mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan semenjak tahun 2015 lagi apabila dia memegang watak kecil dalam drama popular ...
Octovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Binti Wan Syahman mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan semenjak tahun 2015 lagi apabila dia memegang watak kecil dalam drama Tv popular Cinta Si Wedding Planner



Walaupun sudah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia seni namun namanya hanya mula dikenali dan menjadi sebutan apabila dia dihimpit dengan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi dan juga pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz.

Walaupun dia seringkali dicaci dan 'dihentam' netizen di laman sosial gara-gara kontroversi tersebut, dia tetap tidak patah semangat malah berjaya mengharungi segala tohmahan dan ujian yang datang.

Baru-baru ini pelakon itu telah memuat naik video dirinya berduet bersama Ewal bagi menyanyikan lagu 'cover' berjudul Lovely, nyanyian asal oleh Billie Eilish dan Khalid.


Mendapat pujian netizen.

Jika sebelum ini ruangan komen Octovia dipenuhi dengan kata-kata negatif, tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila ruangan komen bagi video tersebut dibanjiri dengan pujian dan kata-kata positif daripada netizen. 

Ramai yang memuji kelunakan suara sepupu kepada adik-beradik Senrose itu dan meminta untuk berkongsi banyak lagi video nyanyiannya yang lain.   
Kredit foto : Instagram Octovia Manrose

Meremang bulu roma..

Kredit foto : Instagram Octovia Manrose

Mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi, kan? Nampaknya, selain mewarisi bakat lakonan daripada arwah ibunya, Octovia turut mewarisi bakat nyanyian daripada ayahnya yang merupakan Raja Dangdut era 80an, iaitu Iwan. 

Apa pula pendapat anda, on ke tak on? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 3-9-2019 06:02 PM
Puji. Layan gak Billie Eilish
Quote Megikari 3-9-2019 06:26 PM
Sori... Sejak2 geng toklip, safilias, sajat dgn tokvida buat lagu ni, aku dah tak purcaya akan kesedapan suara siapa2 pun unless kalau orang tu nyanyi live
Quote CiliPadiSedap 3-9-2019 07:00 PM
sedap lagi suara hafiz hamidon dan hafiz hashim
Quote matchstick 3-9-2019 07:12 PM
Boleh lah.. Sedap lah jgk drpd suara nabila razali
Quote matchstick 3-9-2019 07:15 PM
Fatin afeefa dgn nazimah byk kali dh buat cover asek kena kutuk.. Yg ni sekali je try dh byk pujian. So fatin n nazimah boleh lah berenti buat cover syok sendiri
Quote Piramida 3-9-2019 07:46 PM
Cuba nyanyi live dua tiga lagu lain.... then baru boleh judge.
Quote armin 3-9-2019 08:12 PM
Ok la biasa2 xde la xsedap
Quote beta_carotene 3-9-2019 08:21 PM
Ewal maintain busuk mcm biasa
Quote unguaurora 3-9-2019 08:25 PM
beta_carotene replied at 3-9-2019 08:21 PM
Ewal maintain busuk mcm biasa

Bapak borek anak rintik chuols
Quote September14 3-9-2019 08:29 PM
matchstick replied at 3-9-2019 07:15 PM
Fatin afeefa dgn nazimah byk kali dh buat cover asek kena kutuk.. Yg ni sekali je try dh byk pujian. ...

Diorg tu feeling2 sgt nak2 si nazim tu, tgkpun meluat
Quote Sachacha 3-9-2019 08:34 PM
Overnya sampai dok meremang tu
Beshe beshe jer pun
Quote Fettybombom 3-9-2019 09:49 PM
Ewal mmg blh nyanyi tp sayang xde lagu yg best..mgkin dia kene try genre bkn pop melayu,yg mcm ni ke,raggae ke...sbb kalo nyanyi genre biasa dia,xde nmpk spesel kat sore dia tu...
Utk duet ni no komen sbb xpnh dgr lagu ni..walo xsumbang tp bosan,mgkin lagunye mmg xsedap
Quote RatuDunia94 3-9-2019 10:40 PM
beta_carotene replied at 3-9-2019 08:21 PM
Ewal maintain busuk mcm biasa

Tetap dgn suara sengau nya kan...


Anyway iols rasa tone suara oktober ni mmg sedap. Sbb bila dia bercakap pun mcm serak2 basah gitu..
Quote Biabetik 3-9-2019 10:41 PM
unguaurora replied at 3-9-2019 08:25 PM
Bapak borek anak rintik chuols

Sapa bapaknya?
Quote che-cikL 3-9-2019 11:00 PM
Blh tahan Octavia... Tumpah jugalah kuah ke nasi

Walaupun berlakon belum sampai taraf ibunya.... Menyanyi belum sampai taraf bapanya... Tapi can do lahhh...

Quote komotthecat 4-9-2019 12:05 AM
RatuDunia94 replied at 3-9-2019 10:40 PM
Tetap dgn suara sengau nya kan...

hidung sgt suaranya

Quote komotthecat 4-9-2019 12:06 AM

mel wings kalo xsilap. lyn af dulu2

Quote Perawankota 4-9-2019 02:01 AM
Suara best. Aura x der
Quote Biabetik 4-9-2019 07:47 AM
komotthecat replied at 4-9-2019 12:06 AM
mel wings kalo xsilap. lyn af dulu2

Oooo ... Tq info

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.122947 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top