CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bosan Asyik Dating Di Mall? Jom 'Prison Date' Di Muzium Penjara Malaysia!

11-9-2019 03:04 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 13831| Komen: 57|Original author: Oleh: natrahn

Melaka adalah salah satu daripada negeri yang paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia kerana nilai sejarahnya. 

Apa yang lebih membanggakan, negeri itu telahpun diisytihar sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO kerana nilai universalnya.

Bila sebut negeri Melaka, kita mesti dah terbayang Kota A Famosa, The Stadthuys, Jonker Walk dan banyak lagi tempat menarik di sana. Namun, tahukah anda ada lagi tarikan lain di bandaraya bersejarah ini?



Seorang pengguna Twitter telah berkongsi berkenaan Muzium Penjara Malaysia yang terletak di Kampung Bandar Hilir Melaka. Ternyata, ramai yang tidak tahu tentang kewujudan muzium ini walaupun ianya telah dibuka sejak lima tahun lepas.






Dengan bayaran RM3 saja, pengunjung dapat merasai sendiri suasana dalam sel banduan yang mampu memberi kesan psikologi serta erti sebenar kebebasan.



Pengunjung berpeluang melihat sendiri keadaan dalam sel kecil dan sempit yang menempatkan banduan. Dalam sel ini tiada tandas disediakan. Hanya satu besen kecil yang disediakan untuk 'melepas hajat'.



Di bahagian lain muzium, lukisan dan contengan banduan yang pernah ditempatkan di situ turut dipamerkan.



Ruangan pameran lain yang tidak kurang menarik adalah ruang yang menunjukkan perihal hukuman sebat. Pengunjung berpeluang merasai dan memegang sendiri rotan yang digunakan serta boleh melaksanakan 'hukuman' tersebut pada patung yang disediakan.



Bilik hukuman gantung, sel banduan akhir iaitu banduan yang bakal ke tali gantung, sejarah penjara, pakaian banduan, tempat mandi dan juga klinik juga boleh dilawati.

Bilik gantung terdiri daripada dua tingkat di mana tingkat atas merupakan tempat proses hukuman itu dijalankan, manakala tingkat bawah pula adalah tempat bagi memandikan jenazah. Malah, keranda juga ditempatkan di tingkat bawah bilik tersebut.



Selain dibuka untuk lawatan umum, pihak Muzium Penjara Malaysia juga menganjurkan Program Pocket Show ‘Cerita Di Sebalik Tirai Besi’. Ia merupakan satu simulasi kehidupan harian di dalam penjara yang diadakan pada setiap bulan. 

Semoga dengan melihat sendiri keadaan sebenar di dalam penjara masyarakat dapat mengambil iktibar sekali gus mengatasi masalah sosial yang kian meruncing. - CARI
3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 11-9-2019 03:11 PM
BALIK2 ade antu ikut..
hwaaaaaaa
Quote Artemesiaa 11-9-2019 03:29 PM
Family with kids pasti tak suka nak kesana
Quote kualibesi 11-9-2019 04:34 PM
insofffff kalau p tgk nie , berbuat baiklah di dunia
Quote natrahn 11-9-2019 05:05 PM
miemiecha replied at 11-9-2019 03:11 PM
BALIK2 ade antu ikut..
hwaaaaaaa

huhu... hantu patah tengkuk
Quote natrahn 11-9-2019 05:07 PM
Artemesiaa replied at 11-9-2019 03:29 PM
Family with kids pasti tak suka nak kesana

setakat ni ramai juga yang bawa famili... n paling ramai lawatan dari pelajar sekolah/u
Quote tipuware 11-9-2019 05:14 PM
Artemesiaa: Family with kids pasti tak suka nak kesana


Aku baru plan nak bawa anak ke sni..
Quote grizz 11-9-2019 05:45 PM
dolu2 mase kt pudu jail aku smpt la merase lwtn cikgu tadika bwk..
siap die soh dok dlm bilik gantung pstu pasang rakaman org nk kne gantung tu..siap bunyi tapak kaki nk g kt tali gantung..bebudak ni menjerit cm ade hantu lak..
Quote LautBiru52 11-9-2019 11:37 PM
Teringin nak tgk. Tapi nanti takut teringat ingat. Aku ni jenis feeling lebih. Mau berhari hari baru ok
Quote armin 12-9-2019 12:20 AM
Artemesiaa: Family with kids pasti tak suka nak kesana

Itulah. Kalau takde kids dah lama meols pergi. Tp mat2 saleh suka bawak anak2 deyol tempat mcm ni.
Quote armin 12-9-2019 12:21 AM
natrahn: setakat ni ramai juga yang bawa famili... n paling ramai lawatan dari pelajar sekolah/u

Yeke? Paling kecik umur berapa sesuai? Mesti dah sekolah2 kan
Quote natrahn 12-9-2019 08:03 AM
armin replied at 12-9-2019 12:21 AM
Yeke? Paling kecik umur berapa sesuai? Mesti dah sekolah2 kan

tengok kat google rata2 budak2 yang dah boleh jalan sendiri...
Quote eyansss 12-9-2019 09:36 AM
aku terlepas lawat penjara pudu...  ni boleh la try kesini bawak anak2...  aku nak bujang sulung aku rasa sendiri supaya dia nampak salah satu hukuman kalau buat benda tak elok...  selama ni sekadar cakap, dia tak nampak...
Quote Cpkay 12-9-2019 09:47 AM
insaf kalau pergi ni..
Quote fulusss 12-9-2019 10:10 AM
grizz replied at 11-9-2019 05:45 PM
dolu2 mase kt pudu jail aku smpt la merase lwtn cikgu tadika bwk..
siap die soh dok dlm bilik gantu ...

Ai pun ikut lawatan sekolah ke penjara pudu. dalam bilik tu die gelapkan.. memasing tekun dengar bunyi tu. takut la jugak. sampai kat tempat sebat pun ade video. kat dinding bilik konon ade org conteng kira2 masa untuk bebas
Quote mizruncing 12-9-2019 10:38 AM
member meols ade post kt ig dia tahun lepas. dia ckp dh lama stay melaka bru smpt nk pegi. tp serius dia sdri ckp masuk je situ terus meremang mcm ade satu aura lain kt situ tp tak tau nk ckp. katenya seram tak seram, sedih tak sedih, sayu tak sayu means ade something feel taw. then dia juga tak sarankan utk bwk anak kecik kt sini sbb dia ckp lps keluar dri muzium tu pn dia cm pening semacam. mcm kepala pusing. dia ckp klu bawak anak dia yg umur 3 tahun tu mau ditegurnya benda yg pelik2 tp masing2 la kann. maybe member meols kena mcm tu. mane tau org lain ok je nk bawak anak
Quote natrahn 12-9-2019 11:46 AM
mizruncing replied at 12-9-2019 10:38 AM
member meols ade post kt ig dia tahun lepas. dia ckp dh lama stay melaka bru smpt nk pegi. tp serius ...

tempat hukum orang maybe ada aura negatif tu...dah sebati dengan tempat tu kan..
Quote mizruncing 12-9-2019 12:22 PM
natrahn replied at 12-9-2019 11:46 AM
tempat hukum orang maybe ada aura negatif tu...dah sebati dengan tempat tu kan..

maybe laa. tp mbr meols ckp mmg rasa meremang n speechless. nasib tak bwk anak dia ckp
Quote Gomea 12-9-2019 01:16 PM
mizruncing replied at 12-9-2019 10:38 AM
member meols ade post kt ig dia tahun lepas. dia ckp dh lama stay melaka bru smpt nk pegi. tp serius ...

Alamak, baru ingat balik ni nak pegi. Selama ni lalu lalang je. Ingatkan tak menarik dalam tu
Quote mizruncing 12-9-2019 01:40 PM
Gomea replied at 12-9-2019 01:16 PM
Alamak, baru ingat balik ni nak pegi. Selama ni lalu lalang je. Ingatkan tak menarik dalam tu

try la pegi u. blh bg review

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.097296 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top