CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tarzan Memang Wujud - Ho Van Lang Tinggal Dalam Hutan Selama 41 Tahun

11-9-2019 03:14 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7266| Komen: 25|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kisah mereka seperti filem Hollywood - Tarzan dan Mowgli. Ho Van Lang, 47, layak digelar tarzan sebenar kerana tinggal di dalam hutan dan terasing selama 41 tahun.
Kisah mereka seperti filem Hollywood - Tarzan dan Mowgli. Ho Van Lang, 47, layak digelar tarzan sebenar kerana tinggal di dalam hutan dan terasing selama 41 tahun. 



Menurut Docastaway, beliau tinggal bersama bapanya, Ho Van Thanh, 88, di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai selepas melarikan diri dari Perang Vietnam.

Thanh seorang veteran membuat keputusan melarikan diri bersama anaknya yang ketika itu berusia dua tahun dari kampungnya pada tahun 1972 setelah bom Amerika Syarikat membunuh isteri dan kedua anaknya yang lain.


Rumah Pokok Yang pernah didiami Lang dan bapanya ( kiri) dan telah tiada apabila beliau kembali ke hutan pada tahun 2015

Mereka berdua membina rumah di atas pokok, memakai pakaian dari kulit kayu dan memburu haiwan liar untuk kelangsungan hidup. Lang benar-benar tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar termasuk kewujudan kaum wanita di dunia.


Ho Van Lang makan apa sahaja untuk kelangsungan hidup di hutan

Kehidupan mereka berjalan lancar selama ini sehinggalah kesihatan Thanh mula merosot. Mereka telah ditemui penduduk  tempatan pada tahun 2013.


Lang dan bapanya ketika ditemui (kiri) - Bapanya di bawa mendapatkan rawatan selepas ditemui (kanan)

Keadaan terkini Ho Van Thanh yang masih ingin kembali hidup di hutan

Ho Van Lang masih belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan moden

Alvaro Cerezo bersama Ho Van Lang ketika kembali semula ke hutan untuk belajar ilmu survival bersama Lang

Alvaro Cerezo, pengarah urusan Docastaway yang berjaya menemui dan mengesan Lang dan keluarganya pada November 2015 memaklumkan Lang masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan zaman moden di kampung tempat tinggalnya sementara bapanya masih berazam untuk kembali tinggal di hutan.

Lang masih jahil dan naif terhadap peraturan sosial, malah bersikap kebudak-budakan - suka meniru mimik muka malah turut bermain sembunyi-sembunyi. Sikapnya ini walau bagaimanapun menjadikan Lang seorang yang sangat menawan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 11-9-2019 03:25 PM
tarzan & jane versi vietnam
Quote Boomibulat 11-9-2019 03:27 PM
X sado pun..
Quote Artemesiaa 11-9-2019 03:27 PM
Banyak kes macam ni disana sebab utama lari dari peperangan sampai tak tahu perang dah lama tamat
Quote LostStar 11-9-2019 03:33 PM
kesian.. apa la perasaan dia kali pertama pakai baju kan..
Quote AbukRokok 11-9-2019 03:36 PM
tarzan ni xsadorrrr...
Quote mizruncing 11-9-2019 03:59 PM
cam kelakar pn ade. tp dia kena terima zaman moden skrg ni
Quote buapakperut 11-9-2019 04:05 PM
ninbukan tarzan ni badang
Quote kualibesi 11-9-2019 04:24 PM
kesian kurus aje. mkn bende xde zat. hermm
Quote whadda 11-9-2019 04:28 PM
tak seperti digembar gemburkan berbadan sado
Quote msdummy.2018 11-9-2019 04:57 PM
jane yg lagi seorang tgh fasa berunding...huuhuhuuhuh
Quote KakYien 11-9-2019 05:14 PM
kesiannya kurus jer
Quote natrahn 11-9-2019 05:57 PM
realiti sebenar tak sama macam movie
Quote diss69 11-9-2019 06:14 PM
natrahn replied at 11-9-2019 05:57 PM
realiti sebenar tak sama macam movie

Di luar jangkaan.. Kita dh biasa dimomokkan tarzan sado, encem....
Quote Lelli 11-9-2019 07:49 PM
natrahn replied at 11-9-2019 05:57 PM
realiti sebenar tak sama macam movie

Bagaimanakah pula dgn Badang Malaysia..
Adakah sama seperti dlm movie yg dlakonkn oleh toklip???hahaahaha..larikkk
Quote natrahn 12-9-2019 08:07 AM
Lelli replied at 11-9-2019 07:49 PM
Bagaimanakah pula dgn Badang Malaysia..
Adakah sama seperti dlm movie yg dlakonkn oleh toklip???h ...

kah kah kah  hat tu sama dengan citer katun la kot
Quote natrahn 12-9-2019 08:12 AM
diss69 replied at 11-9-2019 06:14 PM
Di luar jangkaan.. Kita dh biasa dimomokkan tarzan sado, encem....

Setuju. tarzan,mowgli dalam movie berbeza jauh dengan yg sebenar.Tarzan dlm movie  hensem tough goreng pon sodap gigi gosok elok.
Yang ni astagfirullah hehehe


Quote fyna84 12-9-2019 09:49 AM
mowgli vietnam kurang handosme dari mowgli omputih
Quote Cpkay 12-9-2019 09:49 AM
real survivor.. makan apa sahaja demi kelansungan hidup
Quote chinta89 12-9-2019 11:21 AM
entah2 ramai lagi yang masih di hutan dan mati tanpa diketahui sesiapa...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079149 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top