Mesti semua dah tahu tentang model cilik dari Korea yang sangat popular dengan kecantikannya sehingga mampu menjadi muka untuk jenama terkenal seperti GAP dan Levi's. Punyalah terkenal Ella Gross ini sehingga pengikut Instagramnya mencecah 3.5 juta orang! Baru berusia 11 tahun tapi dah kecap populariti yang sangat besar.
Kulit wajahnya yang cantik itu memang sentiasa menjadi sebutan netizen. Genetik kacukan darah Korea-Amerika itu satu hal, mesti ada rahsia lain kan? Baru-baru ini, Ella telah berkongsi rutin penjagaan wajah hariannya. Tapi yang mengejutkan netizen adalah produk kecantikan yang digunakannya. Rupanya, Ella menggunakan produk kecantikan berjenama iaitu La Mer di mana ada sesetengah produknya mencecah harga ribuan ringgit. Wow! Melihatkan harga produk kecantikan tersebut, kebanyakan netizen merasa terkejut kerana kanak-kanak itu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kecantikan wajahnya. Tak kurang juga yang keliru dan tertanya-tanya perlukah kanak-kanak sekecil Ella memakai produk kecantikan yang banyak. Menurut sumber dari Twitter, Ella sebenarnya duta kepada La Mer untuk kempen selamatkan laut. Jadi, mungkin dia mendapat sponsor daripada jenama tersebut. |
aku_best replied at 16-9-2019 08:31 PM
Produk timbang kilo acik2 malaysia pon x leh lawan ngan adik nih...
idakamaruddin replied at 16-9-2019 07:44 PM
bkn ke korea ni cpt trigger ke kalau hak asasi kanak2 dh tergugat ke? hr tu budak ni gak kene kecam ...
idakamaruddin replied at 16-9-2019 07:44 PM
bkn ke korea ni cpt trigger ke kalau hak asasi kanak2 dh tergugat ke? hr tu budak ni gak kene kecam ...
ADVERTISEMENT