CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Demo Je Pun, Kenapa Guna Peluru Sebenar?' - Ini Penjelasannya

6-9-2019 10:28 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 16980| Komen: 105|Original author: Oleh: natrahn



Pemergian mengejut Mejar Mohd Zahir Armaya selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Bridged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu mengundang pelbagai persoalan daripada orang awam.

Rata-ratanya mempertikaikan penggunaan peluru hidup dalam demonstrasi tersebut.

Persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila satu hantaran menerusi akaun Facebook Perajurit - Penjana Permikiran Pertahanan tampil menjelaskan situasi yang menimpa anak pelakon AR Badul itu.



Menurut hantaran tersebut, penggunaan peluru hidup dalam latihan dan demonstrasi adalah suatu kebiasaan dalam kem latihan komando. Sesekali, mereka buat demostrasi tersebut supaya orang awam mengetahui kemampuan mereka.

Latihan ini adalah standard paling tinggi dalam komando mana-mana pelosok dunia kerana ia adalah penting untuk membentuk tahap keyakinan tinggi anggota ketika berdepan situasi sebenar, peluru sebenar, dan nyawa sebenar.



Latihan seumpama ini hanya untuk anggota komando sahaja, bukan untuk anggota biasa yang lain. Komando akan berlatih menembak piring sasaran sehingga 100 peratus tanpa tersasar, kemudian barulah ujian tembakan bahaya menggunakan sasaran hidup dibenarkan.

Tiada sedikit pun kesilapan dibenarkan, sebab jika ia berlaku nyawa adalah akibatnya. Inilah yang berlaku kepada Allahyarham Mejar Zahir.

Pemakaian baju kalis peluru bukanlah jaminan keselamatan nyawa 100 peratus. Jika tersasar walau satu inci sekalipun, nyawa adalah taruhannya. Itulah hakikatnya pengorbanan anggota tentera, nyawa mereka adalah taruhan sebenar bukan sahaja di padang perang, tetapi juga ketika latihan.

Ekoran kejadian itu, pihak polis menjalankan siasatan berhubung insiden ini dan seorang anggota tentera berusia 37 tahun ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro. 


Kredit Foto - Harian Metro

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, telah selamat dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Tambun di Ipoh, semalam. Al Fatihah. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • KIM.K


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-9-2019 11:10 AM
Umur arwah 36 ke 37?
Quote stania83 6-9-2019 11:18 AM

36, punyalah susah nak cari komando, senang senang je meninggal. tapi yg mati tetap mati..tapi yg tembak lagi kesian, mesti depresi sampai mati
Quote nusaraya 6-9-2019 11:30 AM
Hahaha..  Nak unjuk Jaguh kepada semua orang.,tetapi akhirnya ATM malah Maut dan Malu Besar...
Quote natrahn 6-9-2019 11:38 AM
stania83 replied at 6-9-2019 11:18 AM
36, punyalah susah nak cari komando, senang senang je meninggal. tapi yg mati tetap mati..tapi yg  ...

anak arwah pun sama.. saya rasa depa kena kaji balik guna peluru hidup tu.. bahaya..
Quote kucingitam 6-9-2019 11:48 AM
betul..kalau setakat demo tu, tak perlulah buat guna peluru hidup..kalau tembakan tersasar kena penonton, cemana?
Quote natrahn 6-9-2019 12:02 PM
kucingitam replied at 6-9-2019 11:48 AM
betul..kalau setakat demo tu, tak perlulah buat guna peluru hidup..kalau tembakan tersasar kena peno ...

kan.. tapi dorang still pertahan kan guna peluru hidup nih.. masalahnya silap sikit je pon boleh kehilangan nyawa. kawan saya pakciknya pon tertembak di kaki ..cacat seumur hidup terus.. tempang sbb demo mcm nih juga
Quote kucingitam 6-9-2019 12:05 PM
natrahn replied at 6-9-2019 12:02 PM
kan.. tapi dorang still pertahan kan guna peluru hidup nih.. masalahnya silap sikit je pon boleh k ...

ye la..mmglah komando tu terlatih, the best among the rest, tapi kena ingat juga..kalau tuhan kata jadi, kau punya tepat tu pun boleh jadi terpesong, ye dak?

Quote natrahn 6-9-2019 12:07 PM
kucingitam replied at 6-9-2019 12:05 PM
ye la..mmglah komando tu terlatih, the best among the rest, tapi kena ingat juga..kalau tuhan kata ...

ye arwah mejar zahir ni memang dasat skill dia. sekarang ni viral video arwah beraksi siap jadi cikgu untuk askar china. tembakan dia memang jarang tersasar dan dia memang hati kering.

masalahnya orang lain tu tak sehebat dia. tak ke rasa ralat kan..
Quote natrahn 6-9-2019 12:08 PM
kucingitam replied at 6-9-2019 12:05 PM
ye la..mmglah komando tu terlatih, the best among the rest, tapi kena ingat juga..kalau tuhan kata ...

apapun dah ajal..sapa la kita untuk melawan takdir.. al fatihah
Quote biozipstar 6-9-2019 12:20 PM
innalillah.. camne pun kena kaji lah guna peluru hidup ni. seriuslah.. nyawa bukan main2...kalau meninggal sbb perkara yg betul, mempertahankan negara takpe...
Quote Foxey 6-9-2019 12:23 PM
Simpati kepada keluarga arwah dan juga penembak yang tersasar.
Quote natrahn 6-9-2019 12:56 PM
biozipstar replied at 6-9-2019 12:20 PM
innalillah.. camne pun kena kaji lah guna peluru hidup ni. seriuslah.. nyawa bukan main2...kalau men ...

kan.....semua orang tahu kehebatan komando mcm mana..takde sape pertikai pun..
Quote diss69 6-9-2019 01:03 PM
Kehilangan besar buat negara, khususnya Rejimen 11 Grup Gerak Khas.. Kehebatan dan kemahiran arwah tiada tndingan menurut kata bekas jurulatih kanan pertempuran jarak dekat, Staff Sarjan (B) Mohamad Yaakob..
Moga arwah ditempatkan bersama org2 beriman..
Quote umie 6-9-2019 01:05 PM
Yang menembak dia tu dah kenapa boleh tersasar...rabun ke?? Jarak dekat je pun
Quote natrahn 6-9-2019 01:13 PM
umie replied at 6-9-2019 01:05 PM
Yang menembak dia tu dah kenapa boleh tersasar...rabun ke?? Jarak dekat je pun

tembakan tersasar, baju kalis peluru bocor...

banyak persoalan kat sini... hmmm
Quote natrahn 6-9-2019 01:14 PM

arwah umur 36, yang tembak umur 37 @kurex
Quote Mejami 6-9-2019 01:23 PM
nusaraya replied at 6-9-2019 11:30 AM
Hahaha..  Nak unjuk Jaguh kepada semua orang.,tetapi akhirnya ATM malah Maut dan Malu Besar...

Alahaii..demo tu tujuan nya bkn tunjuk jaguhlah...ni yindon sesat ke?
Quote keds 6-9-2019 01:24 PM
negara kehilangan besar sebab bukan senang nak jadi komando...

simpati kepada keluarga arwah
Quote RatuDunia94 6-9-2019 01:33 PM
Malaysia benda dah berlalu baru nak kaji itu ini..
Bomba dah lemas abru nk kaji sop..
Komando dh kena tembak baru nak kaji sop..
Kapal terbang dah hilang pon baru nk kaji itu ini..

Apa sebelum berlaku xde buat kajian menyeluruh ke?

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.111323 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top