CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Punggung Bekas Teman Wanita Di Majlis Hari Jadi Kerana Cinta Tak Direstui

6-9-2019 10:18 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3413| Komen: 16|Original author: Oleh: natrahn

Description: Menurut laporan Today Online, Danielle Joan Pereira, ditikam seorang lelaki warga Singapura yang dikenali sebagai Basnayake Keith Spencer dengan pisau sepanjang 34 sentimeter.Gambar HiasanDanielle mer ...
Kredit Foto - Today Online


Menurut laporan Today Online, Danielle Joan Pereira ditikam lelaki warga Singapura yang dikenali sebagai Basnayake Keith Spencer dengan pisau sepanjang 34 sentimeter. 


Gambar Hiasan

Danielle merupakan bekas teman wanita suspek terdahulu menyewa sebuah apartment di Icon Village dari 12 hingga 14 September 2018 untuk menyambut parti ulang tahun kelahirannya. 

Spencer datang tanpa diundang jam 1 pagi pada 13 September tahun sama dan dibenarkan masuk oleh Pereira yang mahu bersangka baik dengan kehadiran bekas teman lelakinya itu. 



Kredit Foto - Google

Walaubagaimanapun, Spencer yang berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine mengambil pisau dapur lalu mendekati Pereira dan menikamnya. 

Suspek kemudian menghubungi pihak berkuasa dan mengakui "Saya dah tikam kawan saya", serta sempat memaklumkan Pereira cedera di bahagian punggung.

Danielle menerima tujuh jahitan untuk lukanya yang sedalam lapan sentimeter dan sepanjang empat sentimeter, manakala Spencer dihantar ke pusat pemulihan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman satu tahun penjara terhadapnya.

Difahamkan, mereka yang menjalin hubungan istimewa pada Ogos 2015 terpaksa memutuskannya pada November 2016 kerana tidak direstui keluarga Spencer.

Mereka bagaimanapun masih berhubung dan berteman seperti biasa sehingga hari kejadian.  - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cumi2 6-9-2019 10:25 AM
X pepasal dh berbekas bontot org tu
Quote fox. 6-9-2019 10:35 AM
Iskk kalau bontot ceper, harus tembus hingga ke tulang
Quote buapakperut 6-9-2019 10:55 AM
fox.: Iskk kalau bontot ceper, harus tembus hingga ke tulang

mungkin asalnya ceper, pakwe payung surgery silikon, dah mantop kene tinggal, lalu pakwe nak amik balik
Quote Biabetik 6-9-2019 11:00 AM
buapakperut replied at 6-9-2019 10:55 AM
mungkin asalnya ceper, pakwe payung surgery silikon, dah mantop kene tinggal, lalu pakwe nak amik  ...

Hahaha.... Pakwe nk buh kt punggung dia plk kot
Quote Kurex 6-9-2019 11:09 AM
Aku terfikir.. Macam mana nak cebok
Quote matchstick 6-9-2019 12:26 PM
sakit oii kena tikam kt punggung.. Nk duduk sakit, nk berak pun sakit. Cilake nye jantan
Quote buapakperut 6-9-2019 06:51 PM
Biabetik replied at 6-9-2019 03:00 AM
Hahaha.... Pakwe nk buh kt punggung dia plk kot

hahaha plot twist sangat
Quote sarah82 8-9-2019 03:36 AM
Aku baca.. Punggung teman wanita tongek.. Ya ampunnn
Quote sukacactus 8-9-2019 06:20 AM
Family yg menikam tu yg xrestu, apa plak salah punggung yg kena tikam?
Mmg bengong la org makan dadah ni
Quote mizzmimi 8-9-2019 01:11 PM
Dalam tu, 8cm

Family ko yang tak restu yang ko pi tikam orang tu dah kenape.. Sewel agaknya..
Quote mizzmimi 8-9-2019 01:12 PM
sukacactus replied at 8-9-2019 06:20 AM
Family yg menikam tu yg xrestu, apa plak salah punggung yg kena tikam?
Mmg bengong la org makan dad ...

Tikamla bontot sundrik kan..
Quote natrahn 8-9-2019 01:14 PM
bahaya salah guna dadah ni...hilang pertimbangan pi tikam bontot orang...
Quote Cable 8-9-2019 01:59 PM
dak2 pkr x ske baca punggung2 ni
Quote sukacactus 8-9-2019 02:41 PM
mizzmimi replied at 8-9-2019 01:12 PM
Tikamla bontot sundrik kan..

Tu la...ntah apa2
Quote ikanmasin 8-9-2019 03:05 PM
lah family sendiri yg tak suka apasal, g lah tikam
bontot family sendiri

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.066209 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top