CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banduan Kena Hukum Gantung Buat Video Minta Tolong Rakyat Malaysia

10-9-2019 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12366| Komen: 88

Description: Seorang banduan dilaporkan merakam sebuah video yang mendakwa dirinya tidak bersalah dalam kes membunuh yang menyebabkan dia kini sedang menunggu hukuman gantung di Pengkalan Chepa.Memetik laporan Ber ...
Seorang banduan dilaporkan merakam sebuah video yang mendakwa dirinya tidak bersalah dalam kes membunuh yang menyebabkan dia kini sedang menunggu hukuman gantung di Pengkalan Chepa. 


Memetik laporan Berita Harian, rakaman video tersebut menjadi tular di media sosial sejak semalam. 

Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun itu dipenjara sejak berusia 19 tahun atas dakwaan membunuh, namun masih menunggu dan tidak tahu bila hukuman gantung akan dijalankan. 


Katanya, video itu dibuat bagi rakyat Malaysia membantu dirinya kerana dia tidak bersalah seperti yang didakwa. 


“Saya tunggu nak jalankan hukuman gantung. Sekarang empat orang termasuk saya tunggu hukuman gantung yang tak tahu bila akan dijalankan.

“Sekarang saya dapat satu peluang ini saja (rakam video) kerana saya cakap sebelum ini tidak laku. Masa kena tangkap saya umur 19 tahun iaitu pada 2002 dan sekarang umur saya 37 tahun.

“Masa itu saya tidak tahu mana baik dan mana tidak baik, namun saya tidak bunuh. Masa kejadian memang saya ada (di lokasi).

“Sumpah demi Allah saya dan tangan ini tak bunuh tetapi saya pula kena tanggung. Saya minta tolong rakyat Malaysia dan orang awam supaya ‘share’ video ini. Saya harap mereka dapat ulang kaji balik kes saya,” katanya. 


Menurut lelaki ini, rakaman video ini merupakan langkah terakhir untuk dirinya. 

“Saya minta tolong dan minta ampun kerana saya pun ada perasaan. Manusia tidak lepas daripada buat kesilapan.

“Saya harap orang awam dan kerajaan tahu kes ini kerana saya tidak bersalah tetapi perlu jalani hukuman penjara,” katanya. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 10-9-2019 03:24 PM
Wah...sya baru lihat videonya
Quote ruffboyz 10-9-2019 03:44 PM
Burong_Hantuk replied at 10-9-2019 03:24 PM
Wah...sya baru lihat videonya

boleh share? dia ni mmg bunuh dan insaf atau tak bunuh tapi kena tuduh? dua perkara berbeza tu
Quote whadda 10-9-2019 03:45 PM
cemane dia boleh dapat henfon.. lame dia duduk dalam tu sampai boleh berdemi Allah bagai
Quote chinta89 10-9-2019 04:05 PM
so apa kata family dia?
Quote ekinzzz 10-9-2019 04:10 PM
duduk dalam tu boleh pakai henpon ke
Quote EvieWanKenobi 10-9-2019 04:11 PM
banduan boleh ada henpon ka?
Quote smartaleck07 10-9-2019 04:15 PM
mcm pelik je.. sape supply hp?
Quote prettyuglybabe 10-9-2019 04:23 PM
yang jatuh hukum bukan jabatan penjara pun..
but jabatan penjara kena la jawap cam mana hp boleh lepas masuk ke banduan tu..
Quote GuaSayangMelaka 10-9-2019 05:10 PM
[youtube]EmV9NLOy9aI[/youtube]
Quote Cable 10-9-2019 05:35 PM
tngkap cina sewel nme forumer asdan ngn kapir bongok yg kata aurora tu graviti
Quote lazim 10-9-2019 05:46 PM
Eee karang kena beduk dgn peg penjara..
Quote zamnie 10-9-2019 05:52 PM
Kesiannya kalau betul bukan dia yg bunuh.. hrp2 ada loyar nk tlg siasat kan..
Quote tagas 10-9-2019 06:16 PM
shawshanx redemption
Quote shamsadis 10-9-2019 06:22 PM
bukan senang jatuhkan hukum bunuh
Quote Cable 10-9-2019 06:39 PM
pliwat pn boleh diampunkn..inikn lak pmbunuh
Quote mayakaren 10-9-2019 06:46 PM
Hmm.. Camana boleh dpt hp ni?
Quote batmana 10-9-2019 07:06 PM
Korg ni..cm xtau..bkn takat HP..dadah..pn ade yg seludup msuk.. penganalisis jenayah ada bitau dlm TV3 secara live dlu
Quote Jemahjemah 10-9-2019 07:21 PM
Pls pls benda camni tolong jangan guna emosi kesian untuk judge. Serius. Biarlah mahkamah je yg tentukan.

Ni based on pengalaman aku sendiri masa praktikal under bahagian jenayah berat. Mula tu aku dengar pembelaan seorang lelaki muslim yang nampak baik dan kata dia xbuat dan dianiaya. Aku pun follow la kes dia sampai habis jtuh hukum. Masa tu aku fikir mahkamah ni tak adil hukum maybe dia xsalah dan xbuat sebab dia nampak baik. Plus air muka sedih je manjang masa dalam perbicaraan.

Sekali bila aku lawat lokap situ, orang yang aku judge nampak baik tu ka paling banyak buat hal kat lokap. Mmg suka pancing dengan muka sedih rupanya. Dah ramai dia try pancing.

Ada yang muka sangat baik. Berkopiah tapi cabul anak sendiri.

Budak budak 16-19tahun, nak mencuri tapi end up bunuh mangsa sebab emosi amarah.

Culik anak orang, kurung anak orang berhari hari. Still claim diri tak bersalah.

Normal la bila dah kena penjara masing2 jadi tikus tak bersalah. Tak buat itu ini. Tapi masa buat benda tu diaorang rasa diaorang paling hebat. Jangan sebab emosi kita sampai kita jejas keputusan yang kita tak layak buat.

Biarlah mahkamah yg tentukan. Diaorang bukan saja saja sumbat orang dalam penjara. Tu based on evidence dan sebagainya.
Quote Atata 10-9-2019 07:23 PM
Jemahjemah replied at 10-9-2019 07:21 PM
Pls pls benda camni tolong jangan guna emosi kesian untuk judge. Serius. Biarlah mahkamah je yg tent ...

Setuju seratus kalii

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.118812 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top