CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Meninggal Dunia Didera Pengasuh Dan Suami

11-9-2019 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7409| Komen: 46

Sepasang suami isteri dipercayai mendera anak asuhan berusia dua tahun secara fizikal dan seksual hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di Kandang, Melaka Tengah, semalam.


Gambar Hiasan

Menurut sumber polis, kanak-kanak perempuan itu sebelum ini dibesarkan ibu angkat yang juga ibu saudaranya selepas diserahkan ibu bapa kandungnya yang menetap di Klang, Selangor.

Bagaimanapun, sejak penghujung Julai lalu, mangsa dikatakan diserahkan kepada pengasuh terbabit yang juga ada hubungan saudara dengan ibu angkatnya itu.


"Lebih kurang jam 2 pagi (semalam) kanak-kanak itu yang juga dipercayai mengalami masalah lembam dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka oleh suami isteri itu setelah tidak sedarkan diri dan pegawai perubatan ketika itu turut memberikan bantuan pernafasan (CPR).

"Malangnya, bantuan CPR berkenaan tidak berjaya dan mangsa disahkan meninggal dunia selain pemeriksaan mendapati terdapat kesan parut di bahagian kepala dan paha mangsa," katanya.


Foto: Harian Metro

Difahamkan, ibu angkatnya yang memelihara mangsa sejak kecil terpaksa menyerahkan kanak-kanak itu kepada pengasuh sejak dua bulan lalu.

Ibu angkatnya itu dikatakan terpaksa berbuat demikian kerana dia yang bekerja sendiri perlu ke Terengganu atas urusan kerja.

Berikutan kejadian, suami isteri berusia 45 dan 36 tahun terbabit dilaporkan ditahan malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.  - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayriff 11-9-2019 03:02 PM
nape tak pass ke jkm.kalau tak mampu. dari mak kandung ke mak angkat ke pengasuh... {:thief
Quote miemiecha 11-9-2019 03:13 PM
allah, sedihnya baca...
xtau nk ckp ape lah.
selamat berehat di syurga sayang
Quote ell768 11-9-2019 03:19 PM
kene dera dgn pengasuh???ibu saudara yang bg dekat pengasuh???takde parents ke anak syurga ni??huhuhu kesiannya..
Quote Artemesiaa 11-9-2019 03:22 PM
Kes yang lebih kurang sama terus berulang amat menyedihkan, kanak2 terus jadi mangsa orang dewasa
Quote me12345 11-9-2019 03:24 PM
Hukum pesalah seberat beratnye....
Quote simatakucing 11-9-2019 03:25 PM
damailah disana anak syurga..
Quote buapakperut 11-9-2019 03:51 PM
kesiannya, anak sekecil itu... mereputlah pendera tu dalam penjara, sampai hati dera budak
Quote Sazida 11-9-2019 03:56 PM
Didera fizikal dan seksual? Hmmm binatang nye dua ekor ni.
Quote manehnya 11-9-2019 04:03 PM
berita yg membuatkan aku murung berejam2... kena dera secara seksual, babi pnya jantan! harap mereput dlm neraka!!
Quote leylapple 11-9-2019 04:04 PM
tak habis2 cerita pedofilia...

kalau tak sanggup nak jaga , jgn jaga...

jual kat mudah .com ramai yg nak bela...

bagi kat aku pun ok...
Quote crazypink 11-9-2019 04:08 PM
Ya Allah kesiannyer kat baby tuh   sampai hati dera baby tuh
Quote cupu 11-9-2019 04:10 PM
Mcm mn nk jd negara maju...kes yg sama...berulang kali berlaku..4,5 kes setahun...2 thn tu..ko gila ke hape setan..
Quote kualibesi 11-9-2019 04:12 PM
apa laa slh budakk itewww. mne la perasaan org begini. xmmpu jaga, serahkan pada yg berhakkk. jgn buat aniaya budak cmtu... kesian nyaaa
Quote kasibiman 11-9-2019 04:14 PM
Celaka btol. Acapkali diterapkan tak mampu, jangan. Usahakan untuk menempatkan amanah itu kpd org lain.

lahabau.
Quote ketambangkang 11-9-2019 04:23 PM
eh aku tak bole la tgk berita mcm ni
Quote BlueRose99 11-9-2019 04:27 PM
Kenapa ibu bapa nya tak jaga ke?
Bagi ke Mak saudara.. pastu pengasuh..
Quote diss69 11-9-2019 06:23 PM
Sedih baca kesah2 penderaan kanak2 ni...kisah yg sentiasa berulang2...
Quote Carcosa 11-9-2019 06:41 PM
Babi2 yg suka mendera budak2 kecik ni, bagus kasi kat gangster2, suruh rembat muka masing2. Babi2 ni lemak sebab budak kecik mana tau melawan. Tau nangis je. Try kasi org sebaya. Mampos lumat dia kena. Geram aih aku!!!
Quote Jorja 11-9-2019 07:53 PM
So kalu you jumpa laki bini yg lama menunggu zuriat tu jangan ikut sedap mulut tanya napa tak adopt? You ingat ambil anak angkat ni mcm bela kucing ke. I pun masa blm beranak dulu tak sanggup nak ambik anak semata nak tunjuk kt orang nak puaskn ati orang.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.223138 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top