CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar! Anak Lembu Berwajah Mirip Manusia Lahir Di Argentina

13-9-2019 04:12 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3743| Komen: 13|Original author: Tukang Tulis

Anak lembu berwajah manusia yang dilahirkan di kampung Villa Ana, Argentina. Kredit foto: YouTube


Penduduk Villa Ana di Argentina gempar apabila seorang anak lembu yang mempunyai wajah mirip manusia dilahirkan di kampung tersebut baru-baru ini.

Seorang penduduk kemudian merakamkan video haiwan ternakan tersebut sebelum menularkannya melalui YouTube.

Memetik laporan Mirror pada 10 September, anak lembu yang mempunyai hidung dan mulut yang kecil itu menghadapi kesukaran untuk mengangkat kepalanya.

Nampaknya, ia mempunyai tengkorak yang tidak terbentuk dengan sempurna dan akhirnya anak lembu itu mati dalam masa beberapa jam selepas dilahirkan.

Anak lembu ini mati dalam masa beberapa jam selepas dilahirkan. Kredit foto: Mirror/CEN

Pakar genetik, Nicholas Magnago ketika ditemu bual media tempatan menyatakan, anak lembu tersebut mungkin mengalami mutasi genetik yang jarang ditemui.

"Mutasi adalah perubahan dalam penjujukan DNA yang dipindahkan kepada anak lembu berkenaan.

"Ia adalah mutasi spontan yang disebabkan oleh tindakan mutagen serta agen-agen fizikal dan kimia yang mengubah penjujukan genetiknya," jelasnya.


Awal tahun ini, seekor lembu yang mempunyai dua kepala, empat mata dan dua mulut dilahirkan di Himachal Pradesh, India. - CARI
1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cable 13-9-2019 04:13 PM
cm muka kapir bongok yg kata aurora tu kerana graviti je...dia jg keje kt london...katenyela
Quote Kurex 13-9-2019 04:49 PM
Kalau kalau jadi dekat kerala, mau dipuja anak lembu ni
Quote mizkajura 13-9-2019 06:18 PM
Sapa bapak nyer{:smile{:smile
Quote buapakperut 13-9-2019 06:21 PM
macam yeti
Quote precious_chicas 13-9-2019 07:29 PM
itu kalu anak lembu muka macam manusia….kalu sebaliknya pulak camno
Quote ajinomotonosuga 13-9-2019 09:39 PM
precious_chicas replied at 13-9-2019 07:29 PM
itu kalu anak lembu muka macam manusia….kalu sebaliknya pulak camno

Itu kne tanya Ebby Yus dan Sherry Al Padat
Quote imransulaiman 13-9-2019 11:29 PM
Mesti mak lembu tu kena rogol manusia {:thief
Quote Keisha-Belle 13-9-2019 11:53 PM
Lembu mutant.
Quote ketambangkang 15-9-2019 09:17 AM
kenapa ayat dia seorang anak lembu??
Quote Gomea 15-9-2019 01:52 PM
Siapa yang rogol?
Quote diggerr 15-9-2019 02:03 PM
Quote Malaysia.Doom 15-9-2019 02:16 PM
Muka Sarah macam2 NI ka?
Quote Ina8895 6-10-2019 09:16 PM
Dah jumpa ke sapa bapaknya?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.196831 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top