CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah 'Cop Parking' Pukul Orang Pula! - Suami Isteri Samseng Dikecam

13-9-2019 10:32 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4966| Komen: 9|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Semua orang tahu bahawa adalah menjadi kesalahan untuk meletak objek di kawasan parkir dengan tujuan untuk menanda tempat letak kenderaan.

Bagaimanapun, budaya 'cop parking'  ini kerap diamalkan, apatah lagi di kawasan kompleks membeli-belah yang sibuk dan kekurangan ruang meletak kenderaan.



Kredit foto: Twitter

Lebih membahayakan lagi, ada individu yang sanggup berdiri di ruang tersebut untuk menghalang kenderaan sementara menunggu pemandu mereka tiba sehingga mencetuskan perbalahan dengan pemandu lain.



Itulah insiden yang dikongsikan seorang netizen bernama Shafika yang dipercayai berlaku di Berjaya Times Square, Isnin lalu.

Menerusi video itu, beliau melihat sepasang lelaki dan perempuan dipercayai pasangan suami isteri tiba-tiba berlari untuk 'cop parking' di sebuah ruangan kosong walaupun sebuah kenderaan Perodua Myvi sudah bersedia lama untuk masuk. 


Kredit foto: Twitter

Si suami kemudiannya kembali ke kenderaan mereka memandu mendahului Myvi tersebut, sementara isteri tersebut menunggu. Ini menyebabkan pemandu Myvi naik darah dan menjerit memarahi pasangan tersebut.



Kredit foto: Twitter

Si suami yang baru sahaja meletak kenderaannya kemudian membalas jeritan tersebut dan menampar pemandu Myvi itu.

Shafika berkata, dia dan seorang kawannya kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada pengawal keselamatan, menyebabkan pasangan tersebut bergegas pergi ketakutan. 


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Pemandu Myvi yang dikatakan cedera ringan bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana dia seorang rakyat asing dan merasakan tidak ada keperluan.

Netizen bagaimanapun mengecam tindakan kurang ajar pasangan tersebut.


Kredit foto: Twitter

Sudah sampai masanya tindakan yang lebih tegas dikenakan kepada pesalah 'cop parking' terutama buat pasangan kurang ajar seperti ini yang sanggup berlaku kasar dan mencederakan orang lain. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 13-9-2019 10:58 AM
Biadap.. Kelmarin aku tgk geng sepet juga.. Cop parking kat us sana nun.. Sampai omputeh pujaan sepet kata depa bodoh dan biadap.. Perghh.

Sebab tu aku layan mycar or grab
Quote Zeatyisaac 13-9-2019 11:25 AM
Again, bukan nak racist but I don't know why, I had encountered the same incident with Chinese also. Tapi ada another Chinese yang help me out that time. Thanks to the second Chinese man. Agaknyalah, dia pun malu ada rakan sebangsa bersikap begitu.
Quote Artemesiaa 13-9-2019 12:33 PM
Makin ramai je berperangai macam ni mungkin mereka tak tahu mereka boleh didenda kalau main cop paking macam tu
Quote pokaibanktokyo 13-9-2019 12:48 PM

Topik dah lama ada



https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1
Quote Gomea 13-9-2019 02:01 PM
Aku dulu kena kat rnr bukit merah time balik raya. Pepaham jelah penuh macam mn parking. Aku da signal nak masuk parking tetiba ada bmw menonong je masuk. Sedangkan aku dok tggu lama kereta nak kluar. Laki aku hon panjang2. Yg bini dia keluar cakap " sorilah, kami nak pegi sembahyang". Eh celaka macam dia sorang je nak sembahyang
Quote BoongaKertas 13-9-2019 02:52 PM
ni pun ada hati lg nak jual projek terbengkalai yg mewah kat rpc gengs...Allahu
Quote innocentsangat 14-9-2019 02:16 AM
Kt ioi pun byk cmni. Sekali ak sua kepala nak tgk, tahu pun belah. Ak muka garang kot kahkah. Whatever
Quote Rogue98 14-9-2019 10:44 AM
Apasal kereta putih licence plate pelik jer...
Quote BebeQ 17-9-2019 11:11 AM
Aku kalau ke tempat ada valet, aku memilih untuk valet.
Bayar lebih pun takpe, janji tak stress pusing2 panas hati bagai.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078850 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top