CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sudah Lama Mahu Masuk Pusat Pemulihan Tapi...." - Mamat Exist

16-9-2019 08:34 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 14542| Komen: 89

Mamat Exists, 41, telah dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis kira-kira jam 4.30 petang Selasa lalu berkenaan dengan kes penyalahgunaan dadah.


Memetik laporan Gempak sudah setahun Mamat Exist mahu mendapatkan rawatan pemulihan. Namun disebabkan tiada dorongan dan sokongan orang di sekeliling dia terpaksa melupakan hasratnya. Dia juga mengakui tersalah pilih rakan sehingga terjebak dalam najis dadah.

"Saya dah berubah sejak setahun lalu dan menyimpan hasrat untuk masuk pusat pemulihan, namun waktu itu tiada dorongan kuat diterima. Sekarang ini selepas saya mendapat dorongan yang kuat daripada kawan-kawan dan keluarga, saya akan mendapatkan rawatan sebaik sahaja konsert kami selesai nanti.

"Selepas ini, saya kena berhati-hati dalam memilih kawan supaya dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi terjebat dengan kesalahan yang sama lagi selepas ini.



Mamat juga meminta agar orang ramai mendoakan dirinya bagi mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

"Apapun, saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan saya dan sekali lagi saya memohon maaf pada semua peminat yang menyokong saya sehingga sekarang," katanya kepada Gempak. 

Polis telah menahan penyanyi itu pada Ahad malam dan dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang Selasa. Dia ditahan apabila pihak polis menemui serbuk putih disyaki dadah di dalam dompet penyanyi berkenaan. - CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • hellblazer666

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-9-2019 08:55 AM
Sampai bila nk harap org sekeliling?
Sampai AJM?
Quote Rainrein 16-9-2019 09:02 AM
Kalu dah umur 40 plus perangai sama je rasanya susah dah nak berubah. Haihla...
Quote misuke 16-9-2019 09:15 AM
adoiiii.. dah mendadih berapa tahun pn x reti pilih kawan lg?
Quote epuepy 16-9-2019 09:48 AM
Argh, gigih nk org tlg. Nk berubah kena sendiri yg kuat. Org lain cma bole nasihat je.
Tgok je la, habis konsert sendiri melapor diri kt pusat serenti atau x
Quote fuyupoktek 16-9-2019 09:51 AM
Dh dpt duit lepas konser esok2 mula lahhh
Quote gummiebear 16-9-2019 09:57 AM
Selalu salahkan kawan hmm
Quote sarah82 16-9-2019 10:10 AM
Kalau ang nak masuk.. Dah lama ang daftar diri masuk.. Ni ang sendiri tak ada keinginan.. Bagi alasan nak cover  diri sangat ang tu.
Quote jalfa 16-9-2019 10:17 AM
Kalo umor 17 silap pilih kawan ok la...umor patiah yg 30 an salah pilih kawan netizen still husnudzon....ko dah 41 salah pilih kawan lgi mohon pu Abu talkinkan
Quote krustykrab 16-9-2019 10:20 AM
Ko hisap dadah ko salahkn org lain...sok ni ko rogol org ko salahkn jiran ko pulak..
Umo dh 40 dah tua bangka pun tak blh fikir masa depan sendiri...eh baik ko gi gali lubang kubur ko sendiri pastu masuk dlm tu kambus srndiri..
Quote doubleA 16-9-2019 10:21 AM
Adoi la mamat, anak2 dah besar pun sian la kt anak2 tu
Quote prizadane 16-9-2019 10:27 AM
Iols tengok video PC ni.. bandmate yang lain muka masing-masing masam mencuka. Mamat pulak dengan hisap chewing gum n badan menggigil. Iols rasa dia tengah lawan rasa gian masa pc ni
Quote BicaraHatiku 16-9-2019 10:28 AM
Edited by BicaraHatiku at 16-9-2019 11:36 AM

Kawan2 yg sekaki "main air batu" ni bagi aku lah bukan penyebab utama tapi disebabkan duit. Duit ibarat nadi kepada penagih. Selagi ada duit, selagi tu susah nak berhenti. Ditambah dengan ketagihan...susah la. Semuanya atas diri masing-masing la. Kalau member tak join, ko sedut gak sorang-sorang sebab ko dah gian. Antara nak dan taknak je bro. Yang lain tu cuma alasan rhetorik atau taktik manipulasi tarik simpati je.
Quote gracieyna 16-9-2019 10:42 AM
Sudah2 la temberang tu mamat.
Quote Pink_Purple 16-9-2019 10:50 AM
masih nak salahkan orang keliling..
Quote Biabetik 16-9-2019 10:56 AM
Alasan... Mcmna plk boleh 'tersalah' pilih kawan?? Dari dulu asyik tersalah pilih je. Sendiri cari penyakit
Quote laksmanabentan 16-9-2019 11:10 AM
alololo.... menyusahkan orang jer la ko ni mamat...
dapat duit... mendadihhh....
konon takde sokongan ler... abis tu ko ingat keluarga ko suka ker ko mendadih....
pooyoooo sgt...
Quote sukacactus 16-9-2019 11:17 AM
Tekya pun camni kan
Tak abis2 salahkan org sekeliling
Dah tua kot, boleh pikir baik buruk
Quote Gomea 16-9-2019 11:20 AM
BicaraHatiku replied at 16-9-2019 10:28 AM
Kawan2 yg sekaki "main air batu" ni bagi aku lah bukan penyebab utama tapi disebabkan duit. Duit iba ...

Betul tu. Memang sebab pasal ada duit. Sebab ada orang yg baru keluar pusat pon ckp mcm ni. Dia kata dugaan dia bila dia ada duit. Bila ada duit je dia teringat nak gian balik
Quote MadameOnion 16-9-2019 11:21 AM
Dia yg ngisap pastu salahkan org Tak sokong Masuk pusat...

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.039583 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top