CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Telur Naik Atau Turun, Siapa Yang Betul?

17-9-2019 03:47 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3098| Komen: 18|Original author: Tukang Tulis

Najib (gambar kecil, kiri) dan Salahuddin (gambar kecil, kanan) bertikam lidah tentang isu harga telur. Kredit foto: Carian Google & Facebook

Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyangkal kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa harga telur di pasaran mengalami peningkatan pada masa ini.

Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu menyatakan, harga telur pada 2019 adalah antara 19 hingga 28 peratus lebih murah berbanding dengan harganya pada 2015.

"Apa yang terjadi pada tahun 2015? Mengapa harga telur lebih mahal?

"Penggunaan maklumat serta data dan membuat perbandingan yang tidak berasas akan mengelirukan pihak umum dan perkara ini harus dielakkan," jelas jabatan tersebut dalam kenyataan media yang disiarkan dalam Facebook pada 16 September.


Data perbandingan harga telur yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kredit foto: Facebook
Pada 15 September, Najib dalam laman Facebook miliknya mempersoalkan mengapa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mengumumkan harga telur turun sebanyak 2 sen dalam sidang media tahun lalu.

Sedangkan, kata Najib, penurunan harga hanya melibatkan bekalan telur di ladang dan pada masa sama, harga runcit masih tinggi.

Najib mempersoalkan pengumuman Salehuddin tentang penurunan harga telur. Kredit foto: Facebook
Bagi membalas kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Ahli Parlimen Pekan itu sekali lagi membangkitkan persoalan mengapa agensi itu tidak menekankan tentang fakta bahawa harga telur bagi Ogos 2019 adalah antara 37 hingga 42 peratus lebih tinggi berbanding April 2018 iaitu sebulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Ini bukan data Najib tapi data-data dari Jabatan Veterinar sendiri.

"Menteri PH perlu terima kenyataan bahawa harga telur telah naik tinggi dan tetap tinggi sepanjang tempoh selepas PRU14 dan bukan untuk seketika sahaja pada awal tahun 2015," katanya seperti dipetik daripada status dalam laman Facebook miliknya pada 17 September.

Najib turut meminta Salahuddin menerima hakikat bahawa beliau telah gagal mengawal harga telur dan berhenti memaksa pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengeluarkan kenyataan yang cuba memesongkan realiti.

Isu harga telur nampaknya semakin panas dan sudah tentu menarik perhatian rakyat yang sebahagian besarnya menggunakan telur dalam masakan setiap hari. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 17-9-2019 03:50 PM
aku tak tahu naik ke turun, tapi aku beli grade C kat tesco rm12.XX (tak ingat).  pi cold storage grade A rm12.93.  acaner tu?
Quote Boomibulat 17-9-2019 03:56 PM
Mmg la naik..skrg i beli gred b je..
Quote skinskin 17-9-2019 03:56 PM
Data taun bile si Salehudin ni pakai ni
Quote skinskin 17-9-2019 04:00 PM
Lagi satu banding tahun 2015 ngan 2019 je?..2016 17 18 mne...
Quote rosli_nurizzati 17-9-2019 04:03 PM
najib telurkan menteri pertanian.. mmg telur dah mahal, sbb i buat biskut utk jualan raya, sepapan gred A antara 13 ke 16 rggt for this year.. tk tentu lak tu.. walaupun kedai runcit yang sama .. confuse sat..
Quote badaksumbu 17-9-2019 04:06 PM
bodohnya menteri. dia ingat dia bolehkan bodohkan rakyat sekarang mcm dia bodohkan rakyat sebelum pru 14 dulu ke?

siapa undi dia ni, tak nak mengaku ke?

Quote sapeka 17-9-2019 04:12 PM
Telo pon dah mahal sekarang
Quote CiliPadiSedap 17-9-2019 04:15 PM
haah telur naik harga tahun lepas sepapan RM 11 gred A, tahun ni RM 12.30.
Quote q@2a 17-9-2019 04:17 PM
Mana ada turun pun..telur sebiji 40-42sen okay utk gred B
Quote dizekni 17-9-2019 04:18 PM
Apehal nak banding tahun 2015 pulak

patut banding harga telur sebelum PH menang dengan
selepas PHitnah menang
Quote MadameOnion 17-9-2019 04:29 PM
hahaha mmg la naik sikit..tapi aku rasa more to najib nak troll je..menggelabah betul la muntri ni..najib sorang je troll semua muntri..dedulu depa beramai2 kenakan najib
Quote sarah82 17-9-2019 04:45 PM
fliphair8 replied at 17-9-2019 03:50 PM
aku tak tahu naik ke turun, tapi aku beli grade C kat tesco rm12.XX (tak ingat).  pi cold storage gr ...

2 minggu lps tesco buat sale 1 papan gred A rm10
Quote biskutraya 17-9-2019 04:52 PM
Rase makin mahal aku beli.. Huhu
Quote Perawankota 17-9-2019 04:58 PM
Ada minggu naik, ada minggu turun..
Quote Cable 17-9-2019 05:04 PM
aku pcye ramai yg bujang2 kt umah..x maggi...goreng telur mata lembu siram kicap jd taruhan....tu la..aku da ckp..kawin...x nk..mmilih..sibuk ngn hobi...hobi ko mahal..mende tah
Quote hatikudus 17-9-2019 05:52 PM
Telur mahal skrg...10 biji RM4.20-4.40 gred B
Quote Intanterpilih09 17-9-2019 09:13 PM
Memang betul telur mahal mana ada murah.menteri pening kot.
Quote Ina8895 6-10-2019 09:13 PM
Telor kau naik tak udin?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063950 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top