CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi! Pemandu Warga Singapura Ada 116 Saman Bernilai RM28,000

30-9-2019 11:01 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4883| Komen: 31|Original author: Tukang Tulis

Sekitar OSTWA 10 di Johor Bahru. Kredit foto: Facebook / Polis Johor

Gelagat segelintir pemandu dari Singapura yang melanggar undang-undang lalu lintas seperti memandu melebihi had laju sering dilihat berlaku di lebuh raya di Malaysia.

Mungkin ada di antara mereka yang merasakan boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa di negara ini.

Namun, jangkaan itu meleset sama sekali apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan ketegasan dengan melancarkan Operasi Saman Tertunggak Warha Asing ke-10 (OSTWA 10) di Johor Bahru pada 29 September.

Memetik laporan BH Online, paling mengejutkan, sebuah kenderaan dari Singapura dikesan mempunyai sebanyak 116 saman dengan jumlah terkumpul RM28,000.

Walau bagaimanapun, butiran kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh kenderaan berkenaan tidak dinyatakan.


Nilai saman tertunggak kenderaan dari Singapura melebihi RM10 juta. Kredit foto: Facebook / Polis Johor
Seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Datuk Mohd. Nadzri Hussain, sebanyak 247,278 kenderaan milik warga Singapura mempunyai saman tertunggak melebihi RM10 juta sejak 2000 sehingga tahun ini.

"Sepanjang dua hari operasi sejak kelmarin dan semalam, sebanyak 3,174 saman sudah diselesaikan membabitkan 2,687 warga Singapura dan 487 saman warga tempatan selain 198 saman baharu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya.

OSTWA 10 dilancarkan sebagai persediaan menjelang pelaksanaan VEP. Kredit foto: Facebook / Polis Johor
Operasi tersebut juga bertujuan sebagai persediaan kepada warga Singapura untuk menyelesaikan saman tertunggak sebelum permit kemasukan kenderaan bermotor asing (VEP) dimulakan.

Tindakan tegas PDRM itu memang tepat kerana tiada sesiapa yang sepatutnya dikecualikan daripada membayar saman lalu lintas termasuk pemandu warga asing. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • EmaAsmadi

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 30-9-2019 11:21 AM
Kereta sewa la tu. Sekor sekor guna sangka boleh lepas
Quote sarah82 30-9-2019 11:23 AM
Wow.. 10 juta ok.. Bukan 10 hinggit.
Quote Kurex 30-9-2019 11:27 AM
bukan singapore ni contoh teladan yg baik utk warga pee esh ke??
Quote Forfoxache 30-9-2019 12:17 PM
Senang jer nak kasi dorang bayar kalau dah tertunggak lebih had. Blacklist nama dorang kt imigresen. Bukan blacklist plet keta tapi blacklist driver. Kalau tak bayar, jangan kasi masuk Malaysia. Ini lah salah satu contoh set syelet tak respect undang2 Malaysia. Byk lg contoh.
Quote Artemesiaa 30-9-2019 12:36 PM
Baguslah harap ianya akan berterusan dan jadi pengajaran agar menghormati undang2 negara jangan main pandu ikut suka
Quote hussaini4675 30-9-2019 12:43 PM
Artemesiaa: Baguslah harap ianya akan berterusan dan jadi pengajaran agar menghormati undang2 negara jangan main pandu ikut suka


Memang berlagak kereta2 singapore ni. Kalau dari tol skudai ke ayer keroh, dia je nak bolot lorong kanan. Kita nak potong lori pun tak bagi can. Dari 10 km lagi dah bagi lampu tinggi suruh kita ke tepi.
Quote OsHiN_hOnEy 30-9-2019 01:23 PM
Forfoxache replied at 30-9-2019 12:17 PM
Senang jer nak kasi dorang bayar kalau dah tertunggak lebih had. Blacklist nama dorang kt imigresen. ...

dah ada bang palang2 tu kt BSI dgn TP
TAPI not in operational
dah bertahun

tanya lar munteri knp masih tak dikuat kuasakan lagi
maybe kalo serbuan dilakukan di lagi byk tempat
mesti pulangan lagi hebat
skrg ni asyik2 di GP/Pandan/Balai polis trepik jer
dorg pun dah tau camna nak elak

kihkihkih
Quote Forfoxache 30-9-2019 01:45 PM
OsHiN_hOnEy replied at 30-9-2019 01:23 PM
dah ada bang palang2 tu kt BSI dgn TP
TAPI not in operational
dah bertahun

Muntari sibuk dok karaoke after work hours kot.
Quote Foxey 30-9-2019 01:58 PM
About time la bertegas. Asyik biar terlepas je, naik tocang la depa
Quote Austronesian 30-9-2019 02:04 PM
Negara contoh kepada dap dan ultra kiasu
Quote OsHiN_hOnEy 30-9-2019 02:26 PM
Forfoxache replied at 30-9-2019 01:45 PM
Muntari sibuk dok karaoke after work hours kot.

yg selalu dok ada adun Stulang jer
tu pun pepagi hari selesai waktu subuh
padahal he cainis
dia dah terpacak monitoring keadaan trafik
dan itu punnnnnn
kalo mgu tu ada masalah kat lane motorist

Quote Meiizu 30-9-2019 02:34 PM
yeyeyeyey padan muka singaporkkkk...collect oiii, bertambah income negara kita
Quote underground 30-9-2019 02:40 PM
harap sistem akan blacklist kereta dan driver/owner.

so, pakai keta sewa ke, pinjam ke, tukar plat ke, still owner tak boleh lari.

Quote Dovahkiin 30-9-2019 02:52 PM
Bagi saman atas saman2 tertunggak? Hmmm... mereka buat dek je, sambil selet kertas saman lepas berak.
Quote sapeka 30-9-2019 02:55 PM
Bayar penuh sblm masuk Malaysia
Takde rayuan pengurangan
Kutip penuh
Tak mampu bayar jangan masuk
Quote Jiddin 30-9-2019 10:03 PM
Nasdaily mana Nasdaily?
Quote cmf_almondpecan 30-9-2019 11:04 PM
hussaini4675 replied at 30-9-2019 12:43 PM
Memang berlagak kereta2 singapore ni. Kalau dari tol skudai ke ayer keroh, dia je nak bolot loro ...

Berlagaknya. Spesies mcm ni kat negara dia pijak semut tak mati sbb saman mahal dan tak bertangguh takde diskaun bagai. Bila masuk tempat kita terus menggila lepaskan gian.

Quote Sazida 30-9-2019 11:08 PM
hussaini4675 replied at 30-9-2019 12:43 PM
Memang berlagak kereta2 singapore ni. Kalau dari tol skudai ke ayer keroh, dia je nak bolot loro ...

Lagi babi kalau semeter lg dia nk masuk exit, dia potong dari lane kanan. Kita yg duk lane kiri ni pulak nk kena. Mmg dasar babi betul geng2 sial ni bwk kete.
Quote Eric.n9 30-9-2019 11:55 PM
Bukan nak kata apa...
Tp kebanyakan keta singapore bila masuk malaysia...
Mcm orang lepas gian..
Mcm setan kat jalan raya...

Harap lepas ni, polis leh kutip lagi tggi saman2 yg tertunggak tu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.264445 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top