|
Akibat cuba membunuh diri dengan mengerat tangan sendiri di rumahnya dekat Batu Gajah, seorang lelaki dilaporkan dalam keadaan cedera. Bagaimanapun, mangsa yang berusia lingkungan 46 tahun, berjaya diselamatkan anggota bomba yang menerima panggilan berhubungan kejadian tersebut pada pukul 5.52 pagi.
Memetik laporan Astro Awani, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah dengan bantuan dari Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian. "Setibanya di lokasi, bomba mendapati terdapat seorang mangsa berbangsa Cina dalam cubaan untuk membunuh diri dengan mengerat tangannya dengan pisau di dalam rumah. "Bagaimanapun, anggota bomba yang ada di lokasi berjaya memujuk mangsa dan membawanya ke hospital untuk tindakan rawatan selanjutnya," kata jurucakap Jabatan Bomba dan penyelamat (JBPM) Perak.
Operasi itu akhirnya tamat pada pukul 7.03 pagi. - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036544 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.