|
"Tak baik tak datang, tercalon tak datang." Itu sindiran manja pelakon, Rozita Che Wan ketika menyebut nama-nama calon dalam majlis Anugerah Skrin 2019.
Usikannya itu mendapat tepukan dari audien, namun dalam masa sama agak sendu kerana dewan sebenarnya lompong. Teguran pengulas industri hiburan, SepitSiput menzahirkan kekecewaan ramai peminat seni tanah air dengan situasi begini. Dewan banyak yang lopong, malahan audien juga seperti 'berat punggung' dengan acuh tak acuh bertepuk kepada pemenang yang naik ke pentas. Situasi memalukan itu dapat dilihat menerusi kaca televisyen. Rata-rata yang hadir pula seolah-olah berjahit tangan dengan telefon bimbit masing-masing sedangkan situasi dewan tengah hangat dengan pengumuman pemenang. Dengar ceritanya mereka yang memenuhi dewan itu sebenarnya bukanlah artis yang terlibat dalam pencalonan tetapi lebih kepada rakan dan saudara mara artis lain. Antaranya ialah pembantu peribadi artis, jurusolek, pengurus artis dan entah siapa-siapa lagi. Hal inilah yang membuatkan mereka tiada rasa untuk memberi sokongan majlis itu.
|
mesmerize replied at 4-11-2019 05:37 PM
ai tengok kat tv pun kerusi2 yang ada label2 pelakon2 paskal macam ammar alfian n partner, hairul az ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.379476 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.