Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Full Stop, Thank You" Nabila Huda Bidas Pernyataan PU Syed Isu Pegang Husky

4-11-2019 03:56 PM|intan| Komen: 261

Mengimbas kembali isu anjing dan artis, Nabila Huda teruk dikecam oleh netizen setelah Pencetus Ummah Syed bertindak menegur beliau kerana galak bergambar dengan seekor anjing berbaka Husky.

Menurut PU Syed, tindakan Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil itu seolah - olah menormalisasikan perkara yang berdosa itu sangatlah bahaya dan boleh mendatangkan fitnah kepada agama.


Hari ini, Abil bertindak membuat sebuah video bagi membalas pernyataan PU Syed mengenai teguran tersebut di laman instagram beliau.

'Full Stop, Thank You'


Pelakon filem Munafik itu telah memuat naik video berdurasi hampir 7 minit itu dan telah membidas kata-kata PU Syed dengan mengatakan bahawa posting dan setiap apa yang dimuat naik dalam media sosial itu adalah hak individu.

Nak glamor ke?
Namun, ramai netizen tidak bersetuju dengan pendapat Abil dan menyokong tindakan PU Syed menegur perbuatannya itu, dengan alasan walaupun hak individu, tapi masih ada batasnya.

Namun, Abil masih bertegas dan berpendapat bahawa tindakan PU Syed memuat naik gambarnya itu memalukan dan telah memperlihatkan beliau sebagai seorang yang buruk perangai.



Abil juga bertegas bahawa dia hanya meluahkan apa yang beliau rasa tentang perkara ini dan meminta peminat yang tidak senang dengan kehidupan beliau supaya 'unfollow' beliau di instagram.

Tambahnya lagi, dia meminta mana-mana individu supaya bersemuka dan meluahkan rasa tidak puas hati jika ada berbanding hanya dengan mengecamnya di laman media sosial.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 261
Komen

Previous : "Perlu Pakai Tag Nama Ke?" - Jasmin Hamid Terkilan Along Cham Dihalang Jalan Atas Karpet Merah

Next       : "Tercalon Tapi Tak Datang" Rozita Che Wan Sindir Dewan Lompong Dalam Anugerah Skrin 2019

Komen Terbaru

Quote Minami2013 11-11-2019 05:44 PM
bambimbom replied at 11-11-2019 12:25 AM
thanks sis share info... at least dpt gak ilmu.. harap nak cari sendiri.. males

Konfius jugak dgn hujah2 few forumer kat sini. Penerangan mufti ni mmg jelas kan.

Lain-lain Komen

Quote mujer_in_espejo 4-11-2019 04:15 PM
Perlu di tegur.. utk tidak jadi ikutan dan kebiasaan masyarakat. Awk artis, org lain mmg ada yg follow. Klu awk bukan siape2 tak kisahlah Abil. Insta ko buat suka hati mu la.

Aku selama tak brpe nak suka PU Syed ni, tapi bab ni aku sokong perlu di tegur.
Quote Kurex 4-11-2019 04:21 PM
pu, sejenis manusia yg tak akan tegur kawan sendiri walaupun kawan sendiri buat salah
Quote mizruncing 4-11-2019 04:21 PM
ntah laa dh org tegur tu terima jela. klu tak terima teguran jgn buat bnda yg blh dikecam. org biasa pn dikecam apatah lg selebriti. jgn jd org yg bodoh sombong
Quote msdummy.2018 4-11-2019 04:21 PM
aku sokong bab PU Syed...sorry abil..this time u kena berlapang dada terima teguran
Quote fushimi 4-11-2019 04:27 PM
boleh tak geng geng pu ni kalau nak tegur tegur secara umum

bukan tepek gambar orang yang ditegur atau sebut nama orang yang ditegur secara terus

kalau si abil tu nak up gambor ngan babi ke anjing sekali pun memang betul pun dia cakap itu hak dia

tapi  orang yang nak bagi nasihat tu tak perlu nak point dia secara terus walau tahu dia buat salah
Quote HujanBatuTiga 4-11-2019 04:28 PM
Abil..Abil......
Quote Nonones 4-11-2019 04:29 PM
Knowing abil ego tak boleh kena tegur
Quote salmon-suki 4-11-2019 04:32 PM
Sorry abil,aiolzs suka jah yuolzs berlakon tp kalau gini laa perangai yuolzs,you are cancelled lah..{:cryrun

Matlamat tak halalkn cara..nti fans tgk,msti akan ada y tiru punya..alasan dorg,sbb retis dorg minat bt benda sama..psl dosa pahala,let Allah judge laa..tp you know laa kan apa y boleh dan y tak boleh,bnde y syubhah semua..
Quote salmon-suki 4-11-2019 04:34 PM
mizruncing: ntah laa dh org tegur tu terima jela. klu tak terima teguran jgn buat bnda yg blh dikecam. org biasa pn dikecam apatah lg selebriti. jgn jd org yg bod ...


hakikatnya,ramai jah y bodoh sombong skrg ni..bila ditegur,masing nak tegakkan benang y basah..tak kira laa org biasa ke,retis ke..
Quote Orix 4-11-2019 04:37 PM
byak betul masa ko abil nak membalas statement bangang pu syed tu..... ptot ko diam jek..

pegang anjing / ambil gambar dgan anjing pun boleh jadi isu haiyoooooooooooooooo
Quote pichee 4-11-2019 04:45 PM
apa benda la ko ni abil....teruk sgt ko pnye open minded....xnk terima nasihat dh la..nk jugak lawan ckp...mesti x enjoy kt sne..ke dh blk..
Quote tuberoses 4-11-2019 04:45 PM
geram plak tgk husky tu, comel yakmat....

well abil is abil...mcm la tak tau dia
Quote cha-cha 4-11-2019 04:47 PM
Pegang anjing je kot.. kosserrr aku
Quote Orix 4-11-2019 04:47 PM
Apalah sgat isu pegang anjing ni........

Bila PU syed ni nak tegur bab PU lain / artis laki lain yg berselfie / bidio dengan bebird sendiri ?

Bila PU syed nak tegur bab PU lain bercerai berai ?

Bila PU syed nak tegur bab pemain bola lelaki semua tak tutup aurat masa main bola aritu ?

Quote pia250110 4-11-2019 04:55 PM
sombong ini perempuan..
Quote fishcracker 4-11-2019 04:58 PM
Kengkadang,non muslim/mualaf lagi peka hal ni dari yang born muslim
Untuk kes ni iol team pu
Quote rosasen 4-11-2019 05:03 PM
mintak ustaz ebit lew jumpa abil..confirm lembut hatinya...
Quote whadda 4-11-2019 05:05 PM
banyak pulak cerita kau.. gigih dengan pendapat bagai..terima je la dengan hati terbuka
Quote hyunniesSS501 4-11-2019 05:24 PM
isu anjing ni mmg membosankan. abil u create benda yg membosankan. next

Lihat semua komen(261)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.105450s Gzip On
To Top