CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bayi Baru Lahir Meninggal Dunia Kerana Diberi Air Mineral

15-11-2019 10:36 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 20392| Komen: 128|Original author: Oleh: natrahn


Bayi adalah sangat sensitif terutamanya yang berusia di bawah enam bulan. Bayi tidak memerlukan air sama seperti kanak-kanak atau orang dewasa, meskipun cuaca panas.


Kredit Foto - Business Insider

Ikut perkongsian dari pemilik akaun @syafinazulkafli yang menceritakan pengalamannya mengendalikan satu kes di mana seorang bayi kehilangan nyawanya berpunca akibat kecuaian ibu sendiri.


Bayi baru lahir 3, 4 jam sudah diberi minum air mineral!



Bayi yang baru dilahirkan kira-kira tiga ke empat jam itu disahkan meninggal dunia selepas diberi minum air mineral oleh ibunya. 

Masalah kesihatan yang timbul akibat perbuatan tersebut disebut sebagai ‘aspiration pneumonia'. 




Masalah ini menyebabkan komplikasi pada paru-paru bayi berkenaan. Umum sedia maklum, paru-paru seorang bayi yang baru lahir masih lagi berada dalam keadaan yang tidak cukup matang berbanding orang dewasa.


SUSU IBU SUDAH MENCUKUPI!


Kredit Foto - Best Medicine By Renown Health

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Azizi Ahmad Zaidi, jumlah air yang terdapat pada susu ibu atau susu formula sudah mencukupi untuk kesihatan bayi. Susu ibu mengandungi 88 peratus air dan ia mencukupi untuk bayi. 

Dalam penyusuan kali pertama, kolostrum yang ada pada ibu sudah cukup untuk mengelak dehidrasi. Pemberian air kepada bayi bawah usia enam bulan boleh membawa kemudaratan kepada mereka. 

Masalah ini digelar 'water intoxication' dan berlaku apabila bayi diberikan air melebihi keperluan yang sepatutnya.


Apa itu 'Water intoxication' ?

'Water intoxication' berlaku apabila bayi diberikan air melebihi keperluan tubuhnya. Tubuh manusia mengandungi 70 hingga 80 peratus air dan susu ibu atau susu formula mempunyai kandungan air sekitar 85 peratus.

Maka, jika bayi kurang daripada enam bulan, diberikan tambahan air masak selepas minum susu, akan menyebabkan kepekatan garam sodium (Na) dlm darahnya mencari cair (diluted).

Cuba kalian buat ujian daging ayam disimpan dalam larutan yang cair. ​​​​​Sel-sel daging akan jadi segah (kembang) bukan?

Bila sel-sel berada dalam medium yang cair, sel kembang dan ini kita panggil edema dalam bahasa perubatan. Bila sel-sel otak bayi terdedah kepada darah yang cair (bermakna garam galian menjadi diluted), ia akan mengembang dan bayi berisiko mengalami serangan sawan.

Membaca Jambatan Ilmu

Sebelum melahirkan, ibu bapa digalak mengisi diri dengan ilmu dari sumber yang sahih mengenai penjagaan kandungan serta kelahiran. 

Langkah seperti ini dapat membendung daripada mempercayai kepercayaan-kepercayaan karut yang boleh memudaratkan bayi. Semoga bermanfaat. - CARI


Sumber: Dr Pakar Kanak-kanak Adda, Pakar Kanak-Kanak, Dr Azizi Ahmad Zaidi, Twitter Inaz

2

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Elanarose

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redoxon757 15-11-2019 10:44 AM
Gila. Penat sakit beranak tak hilanh dah bunuh anak sendiri. Gila betul.
Quote prettyuglybabe 15-11-2019 10:53 AM
ini kisah betul atau kisah hasanah melawat hospital?
Quote dino 15-11-2019 11:00 AM
Redoxon757 replied at 15-11-2019 10:44 AM
Gila. Penat sakit beranak tak hilanh dah bunuh anak sendiri. Gila betul.

spesis flat earth yg degil nih
klau anak demam ditampal asam kawa atas dahi
Quote nobito 15-11-2019 11:04 AM
Padan lah Muka ibu tu Kan..Pandai kongkek tapi malas nak belajar Cara jadi ibu
Quote natrahn 15-11-2019 11:06 AM
prettyuglybabe replied at 15-11-2019 10:53 AM
ini kisah betul atau kisah hasanah melawat hospital?

kisah benar...
Quote DARSITA 15-11-2019 11:09 AM

Kecuaian yang tak sengaja - macam jugak orang kita zaman dulu dulu buat susu anak mesti dlm keadaan panas/warm.  Kalau tidak tak kan laku thermos made in china hok warna merah itu ... padahal susu bayi elok air yang dlm keadaan suhu bilik.

Quote Artemesiaa 15-11-2019 11:14 AM
Sebab tu penting cari tahu info mengenai semua tu bukan dengar cakap2 org. Mereka bukan pakar kanak2
Quote sukacactus 15-11-2019 11:19 AM
Nak kahwin, nak ada ank tu please la isi ilmu penuh di dada tu dl
Buku malas baca, asyik rujuk socmed apoo!
Quote Redoxon757 15-11-2019 11:42 AM
dino replied at 15-11-2019 11:00 AM
spesis flat earth yg degil nih
klau anak demam ditampal asam kawa atas dahi

Flat sangat otaknya. Tak boleh nak hadam level dia ni. Lepas bersalin sgt excited okay nak breastfeed anak. Even dah pergi class sana sini lastly bila pegang baby xtau nak susukan macam mana. Iolls siap buka youtube tau awal pagi buta tu. Hahahaha. Even baby nangis pun cuma terdetik susu x cukup kena beli susu tepung. Takde pun terfikir nak bagi air masak. Aduhhh
Quote Redoxon757 15-11-2019 11:43 AM
DARSITA replied at 15-11-2019 11:09 AM
Kecuaian yang tak sengaja - macam jugak orang kita zaman dulu dulu buat susu anak mesti dlm keadaa ...

Iolls pernah kena marah sebab bagi anak susu sejuk. Anak tgh sakit gusi. Elok la bagi yg sejuk2 gitu untuk soothing. Kalau bagi yg warm kan nanti dia rasa hott je gitu kan
Quote anony-mous 15-11-2019 11:44 AM
Biar lah. Ank dia, bkn ank iols. Kalau mak mertua dia yg buat mohon jgn balik kg. Menyampah org tua selalu suruh bg minum air masak dgn ucapan dlu zmn dia ok jah.
Quote evlinne 15-11-2019 11:46 AM
prettyuglybabe replied at 15-11-2019 10:53 AM
ini kisah betul atau kisah hasanah melawat hospital?

Kalu hasanah pun sis sekurangnya dia bawak iktibar.. mmg x patut pun baby dibagi ayer mineral
Quote dubuk 15-11-2019 12:15 PM
nobito replied at 15-11-2019 11:04 AM
Padan lah Muka ibu tu Kan..Pandai kongkek tapi malas nak belajar Cara jadi ibu

binatang pun tak ada belajar jadi ibu hidup je anak.. semua hidupan ada fitrah sendiri.. kata dia

Quote MoonRise 15-11-2019 12:17 PM
Apoo??!
Sis can't brain la.

Tuhan dh buat elok seorang ibu tu ada susu.
Air mineral jgk yg dibagi nya.

Quote nobito 15-11-2019 12:19 PM
dubuk replied at 15-11-2019 12:15 PM
binatang pun tak ada belajar jadi ibu hidup je anak.. semua hidupan ada fitrah sendiri.. kata dia  ...

Mungkin ibu tu takut susu tetek dia luak YG boleh mengubah bentuk kopek dia.
Quote maharani_gebu 15-11-2019 12:34 PM
harap-harap si ibu takde join group wasap sohai... tiberrr
Quote shernazz 15-11-2019 12:37 PM
anony-mous replied at 15-11-2019 11:44 AM
Biar lah. Ank dia, bkn ank iols. Kalau mak mertua dia yg buat mohon jgn balik kg. Menyampah org tua  ...

Masa anak iols admit sebab sepsis..
Ada kat katil depan iols anaknya kena meningitis..
Sangat terus..sawan semua
Sebab apa?
Sebab mak mertua dia bagi susu kambing direct ke baby
Hanatttt...mak baru bersalin seminggu...dah masuk balik sebab anak kena sawan
Kononnya susu kambing ubat.sakit kuning oiiii
Menangis nangis mak dia sampai doc pakar dtg pujuk sebab anak dia kena amek air tulang belakang
Quote shernazz 15-11-2019 12:37 PM
nobito replied at 15-11-2019 12:19 PM
Mungkin ibu tu takut susu tetek dia luak YG boleh mengubah bentuk kopek dia.

Hahahaha
Nnt bapak x suka sebab melendut
Quote polluxsstar 15-11-2019 12:54 PM
shernazz replied at 15-11-2019 12:37 PM
Masa anak iols admit sebab sepsis..
Ada kat katil depan iols anaknya kena meningitis..
Sangat te ...

ya Allah
susu kambing fresh ke neneknye bagi??
memang kena jangkitan kuman laa
aiyoooooo
kalau bagi karihome rsnye xde masalah

giler laa...

sakit kepala sy bc ni
dgn bg anak baru lahir minum air mineral lg
apa jadi dgn wanita jaman now??
berpendidikan tinggi tp ilmu parenting punaahh


Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040941 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top