CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Banyak Job Kena Cancel Sebab Sokong BN" -Shahrol Shiro Dedah Sukar Cari Makan

15-11-2019 04:44 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 21023| Komen: 98|Original author: SakuraJo

Pengacara dan pelawak, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro menerusi laporan Malay Mail mengakui yang pendiriannya untuk menyokong Barisan Nasional (BN) secara aktif menyebabkan banyak tawaran kerja kepadanya sebelum ini ditarik balik. 



"Saya adalah artis yang paling banyak job ketika ini. Paling banyak job kena cancel," katanya memetik dari laporan Malay Mail. 

Tambah Shahrul lagi, rakan-rakannya ramai yang menegur dan menasihatinya untuk tidak terlalu menonjol dan bergiat aktif dalam politik kerana khuatir akan mengganggu periuk nasinya. 

Ada komen-komen daripada kawan-kawan [yang kata]," Shahrol, engkau naik atas pentas BN, makan pasirlah [lepas ni], makan pasirlah anak keluarga kau.


"Tapi saya tanya ustaz, saya tak pernah baca dalam kitab, bahawa taatlah kamu kepada Pakatan Harapan, sesungguhnya rezeki itu adalah daripada mereka." 


Ucapan Shahrol itu menyebabkan keriuhan oleh orang ramai yang menghadiri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di Pekan Nanas, Pontian Johor semalam. 

Shahrol turut menyatakan ketegasannya untuk bersuara dan menyertai kempen menyokong pihak pembangkang itu walaupun rakan-rakannya banyak kali memujuk untuk berdiam diri.

"Tetapi ini prinsip saya, kalau diam membuat kamu bijak kau lakukan. Tapi kalau kamu diam, tapi kamu dipijak, kamu bersuaralah.

Hari ini, anak muda, bersuara agar kebenaran itu didengari," katanya membuatkan dewan tersebut riuh dengan tepukan dan sorakan gemuruh hadirin. -CARI
3

Bagus
1

Marah

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Elanarose

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 15-11-2019 04:47 PM
Aku tengok speech shahrol ni..padu. boleh jd yb ptt la selalu bwk watak yb dlm lawak2 dia
Quote suiskipas 15-11-2019 04:51 PM
Sbb tu hidup ni takyah tunjuk sgt ko cenderung politik. Sokong je sape kau nk sokong, tp jgn menunjuk sgt. Sbb nanti akan makan diri. Tgk je la yg bisnes2 sakan menjilat2 yb tu yb ni...bile tukar org, mereput la ko nnt. Sbb yg jadi menteri or yb ni bkn la lame sgt, bile zaman die jatuh, bisnes kau pon same la jatuh jgk. Baik ko neutral je....time ngundi pegi pangkah aoe ko suke. Jgn mengampu lebih2
Quote suiskipas 15-11-2019 04:53 PM
Tp ko pon problem jugak. Disiplin kelaut...baik betulkan diri sendiri dlu sblom salahkan org lain.  
Quote Kurex 15-11-2019 04:57 PM
takpe.. kerajaan pee esh ni pun sepenggal je
Quote Boomibulat 15-11-2019 05:10 PM
Bkn hari tu kena pecat dr station radio ke..
Quote natrahn 15-11-2019 05:16 PM
Dah betul lah  tu cakap rezeki bukan dari kerajaan PH..rezeki dari Allah..

so tak boleh cakap sebab sokong BN, job kena cancel kan kan?
Quote Rogue98 15-11-2019 05:18 PM
Ni baru betul ikhlas sokong kerajaan yg dah jatuh.
Tak macam artis lain bila dah jatuh nampak tanduk masing2 keluar.
Quote dino 15-11-2019 05:25 PM
bagus die ckp bkn mcm wardina haha
Quote ilya 15-11-2019 05:27 PM
selalu absent, banyak ckp plak
salahkan job kena kensel sbb politik plak.

eh ehh, jantan ni. klau kau ego tak fikir anak bini
silalah berpegang dengan pegangan kau tu rol.

laaahaiiii
Quote Psfzi 15-11-2019 05:48 PM
Harap krajaan ph ni penggal depan tukau
Quote anony-mous 15-11-2019 05:50 PM
Bkn sbb ko sokong BN tp org mmg menyampah dgn ko kan
Quote Sham143 15-11-2019 06:00 PM
Kalau artis tu buat la cara sbgai artis...yg libatkan diri dgn politik tu siapa suruh...Bodoh..
Quote amatur 15-11-2019 06:23 PM
Nora danish elok je ada job
Quote selipar_hijau 15-11-2019 06:46 PM
Takpe dengar je cakap ustaz
Quote SR4tahun 15-11-2019 06:58 PM
Edited by friedfishsoup at 16-11-2019 08:55 PM


Ada terbaca kat igp migha yang dia tengah in relationship dengan anak mp barisan nasional juga. Bole ...[/quote]

igp migha tu apa kah?
Quote mata.kail 15-11-2019 07:00 PM
semoga ph ni sepenggal je..Aamiin
Quote YomiuriLandMae 15-11-2019 07:35 PM
you as an artist x payah la nak involve dlm politaik ni.. buat je la keje memasing.. kesaahhh..
Quote shida81 15-11-2019 07:41 PM
Ntahnye dia ni.. Bukan dia byk masaalah disiplin ke.. Asal fefeeling org cancel sbb dia sokong BN.. Dulu pun mase BN tgh memerintah pun ada bunyik2 artis yg sokong Che det x de job...
Quote scrocth 15-11-2019 07:50 PM
shida81 replied at 15-11-2019 07:41 PM
Ntahnye dia ni.. Bukan dia byk masaalah disiplin ke.. Asal fefeeling org cancel sbb dia sokong BN..  ...

Bkn ke heols masih byk masuk tv ke jd hos all star bukak panggung, masuk super spontan live nyny2 tu suma? Seingat meols, heshe ni kena buang kerja kt best fm dgn suria fm sbb masalah disiplin, lewat masuk konti sbb kononnya blk lewat dr praktis rancangan lawak tu. Kalau job kena cancel sbb sokong BN pn, meols rs ramai ja yg BN friendly yg masuk tv mcm jalaludin hasan, afdlin shauki, Ziana Zain, Tiara Jacquelina, Syafinaz etc.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.423372 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top