CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor Paling Tinggi Catat Keganasan Rumah Tangga, 'Suami Baran Jadi Punca'

21-11-2019 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3641| Komen: 26

Description: Masalah keganasan rumah tangga bukan satu isu yang asing lagi. Terbaru, menurut statistik, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 91 kes (27 peratus) daripada 340 kes yang dilaporkan ke Jab ...
Masalah keganasan rumah tangga bukan satu isu yang asing lagi. Terbaru, menurut statistik, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 91 kes (27 peratus) daripada 340 kes yang dilaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Jun. 


Memetik Astro Awani, Pahang berada di kedudukan kedua dengan 56 kes dan Kedah sebanyak 34 kes. 

Hal tersebut didedahkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh. 

Foto: Awani
Katanya lagi, daripada jumlah tersebut 316 mangsa adalah perempuan dan 24 adalah lelaki. 

“Bagi menangani isu keganasan rumah tangga, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil tindakan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521].


“Menerusi akta ini, kerajaan memperuntukkan perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

“Tindakan segera akan dijalankan bersama agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), mahkamah dan agensi yang berkaitan bagi memastikan segala bentuk keganasan rumah tangga dapat dibendung,” katanya. 

Katanya lagi, enam faktor utama daripada 25 faktor berlakunya keganasan rumah tangga adalah perselisihan faham iaitu sebanyak 692 kes, panas baran (658 kes), masalah kewangan (327 kes), cemburu (312 kes), penagihan dadah (309 kes) dan campur tangan pihak ketiga (177 kes). - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apam 21-11-2019 04:36 PM
Selangor negeri terkaya semelaysia katanya
Quote white_musk 21-11-2019 04:46 PM
sudah tahu diri itu miskin dhoif tidak perlulah kahwin
orang melayu ramai yang tidak cerdik
Quote Meiizu 21-11-2019 04:52 PM
white_musk replied at 21-11-2019 04:46 PM
sudah tahu diri itu miskin dhoif tidak perlulah kahwin
orang melayu ramai yang tidak cerdik

"jangan takut kawin ..kawinlah..nanti rezeki datang " done petikan estazz
Quote white_musk 21-11-2019 05:15 PM
Meiizu replied at 21-11-2019 04:52 PM
"jangan takut kawin ..kawinlah..nanti rezeki datang " done petikan estazz

Ustaz itu berkata begitu selalu seperti dia beritahu para jemaah
"bersedekahlah sesungguhnya sedekah itu membuka pintu rezeki"
cuba tanya semula pada ustaz itu dia selalu bersedekah tidak kerana apabila dijmeput beri syarahan dia tetapkan bayaran yang tinggi
jadi di mana sedekah yang dicakapkannya sebelum ini

Quote ifanonline 21-11-2019 05:19 PM
bilangan suami yg suka anal semakin meningkat
Quote torres9 21-11-2019 05:49 PM
Eh2 bukan ganu klate kah? Mengikut ummah porum lelaki sana paling haprak
Quote fliphair8 21-11-2019 05:56 PM
when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab mostly pemastautin ni berasal dari negeri lain mencari rejeki di negeri terkaya ni...but yet again...
Quote LuvAurora 21-11-2019 07:37 PM
Bagi iols selangor ka negeri lain ka, mcm sama ja belanja mahai serupa tu gak.. Maybe sana byk tempat shopping kut Tapi duk selangor best
Quote Perawankota 22-11-2019 12:18 AM
Ermmm mm........
Quote salmon-suki 22-11-2019 01:06 AM
fliphair8: when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab mostly pemastautin ni berasal dari negeri lain menc ...


nak taw jugak caner dia buat stats ni,is it based on ic?ke just randomly tgk kes di negeri2 itu?hihihi~
Quote Kurex 22-11-2019 06:36 AM
bukan panas baran ni tak ikut negeri ke
Quote adm7 22-11-2019 06:43 AM
Padan la yang problem sebab masalah baran tu.
Nak sangat bad boy/perempuan gedik kan
Quote Peterpan17 22-11-2019 08:59 AM
salmon-suki replied at 22-11-2019 01:06 AM
nak taw jugak caner dia buat stats ni,is it based on ic?ke just randomly tgk kes di negeri2 itu? ...

laporan dr statistik ni ikut pd laporan yg di buat. klu takde laporan siapa yg tau. Selangor kelihatan lbh tinggi mgkn sebab kesedaran di kalangan penduduk Selangor penting utk buat laporan. Tp mgkn negeri negeri lain bini tak mau report sebab rasa ini hal dlm kain org lain tak perlu tau. so rela sajork jd punching bag suami tak guna
Quote mokcikcctv 22-11-2019 10:37 AM
ramai yang kahwin muda kot, umur 22 dh ada anak kena kerja kuat cari duit, bila gaduh sikit post kt status whatapp mcm dh bercerai gayanya, skali laki  baca status  bini tak boleh tahan darah muda katanya abis die belasah bini dia. Sbb aku slalu baca status whatapp kejap sweet bersemut kejap mcm dh bercerai hehehe
Quote dhiakandar 22-11-2019 10:43 AM
bkn sebab negeri tapi sebab makin berlambak biawak hidup zaman skg ni. tak cukup jadi biawak siap pakej dgn panas baran sekali
Quote salmon-suki 22-11-2019 01:19 PM
Peterpan17 replied at 22-11-2019 08:59 AM
laporan dr statistik ni ikut pd laporan yg di buat. klu takde laporan siapa yg tau. Selangor kelih ...

Oooo..ikut laporan laa despite of the ic no...okehhhh..macehhhhh
Quote prizadane 22-11-2019 01:21 PM
fliphair8 replied at 21-11-2019 05:56 PM
when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab m ...

Agreed! N tengok la kepadatan penduduk di selangor/KL ni compare to negeri lain. Plus, ramai nikah negeri lain, duduk selangor, bercerai kat selangor
Quote Peterpan17 22-11-2019 04:18 PM
salmon-suki replied at 22-11-2019 01:19 PM
Oooo..ikut laporan laa despite of the ic no...okehhhh..macehhhhh

yup!! bukan ikut IC. Klu bini yg kena keganasan rumah tangga tu buat polis report atau ke Women's Aid Organization dan persatuan persatuan yg sewaktu dgnnya, asalkan di tempat mereka bermastautin. Bg aku satu benda yg baik Selangor tertinggi sebab nampaknya wanita yg tinggal di Selangor sudah tau what to do klu ada domestic violence. Negeri negeri yg kononnya rendah, rela di jadikan punching bag suami bagi aku sangatlah kesian. Domestic violence depa selalu ckp jgn buka aib rumahtangga dan bla bla pdhal domestic violence ni perlu di bendung dgn buat laporan. At least ada tindakan susulan dari pihak yg berwajib. Walaupun laki bini, bukan lesen ko nak buat bini jd punching bag.
Quote ekong 22-11-2019 04:32 PM
fliphair8 replied at 21-11-2019 05:56 PM
when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab m ...

Duduk selangor pun aku rase jarang giler kenal org pure selangor.. Slalu yg ade kt slayang tu indon, klntan,kl, kedah. Dlm satu ofis pun ble kire dgn jari org pure selangor.. So stuju ttanye2 gak laporan tu maybe unfair

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058876 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top