CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar! Leon Diugut Bunuh - Rihana Petra Buat Laporan Polis, Sembunyi Tinggalkan Moscow

4-12-2019 10:40 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 17849| Komen: 107|Original author: Sang_Pencinta

Polis Rusia kini menyiasat dakwaan Rihana Petra, 27, bahawa beliau menerima ugutan yang mengancam untk membunuh anaknya Ismail Leon Petra. Anak itu yang kini berusia enam bulan kini masih menjadi pertikaian dengan mantan suaminya, Sultan Kelantan.


Menurut laporan DailyMail UK, Rihana kini terpaksa meminta perlindungan polis selepas seorang rakannya memberikan amaran bahawa nyawa anaknya itu kini dalam bahaya.


Kredit foto: DailyMail


Sebagai langkah keselamatan, bekas Ratu Moscow itu telah meninggalkan rumahnya di ibukota Rusia dan bersembunyi di sebuah bandar lain yang dirahsiakan.

Beberapa media di Rusia juga melaporkan Rihana turut didesak 'pihak tertentu' untuk menarik balik kes paterniti Leon yang difailkannya di sebuah mahkamah. 


Kredit foto: FMT



Rihana dikatakan turut menerima arahan untuk mengunci mulut dan berhenti bercakap dengan media. Sebagai rekod, Rihana kini masih lagi berdepan konflik selepas perceraian dengan suaminya.

Memberitahu MailOnline, Rihana berkata beliau dipanggil untuk berjumpa dengan seorang wanita yang tidak dikenali yang menghubungi beliau melalui ayahnya. Rasa was-was, Rihana sebaliknya menghantar kawannya untuk bertemu dengan wanita itu mewakilinya.


Kredit Foto: DailyMail


Dalam rakaman perbualan mereka, Rihana memberitahu wanita tidak dikenali itu memberikan amaran supaya memikirkan implikasi tindakannya dan berhenti bercakap dengan media.

'Skandal itu kini dibincangkan seluruh dunia sehingga ke Geneva di mana mantan suami saya selalu bercuti, jadi hentikan semua tindakan undang-undang dan jangan cari musuh kerana nyawa Leon bakal terancam' kata Rihana memberitahu kandungan rakaman.



Kredit foto: IG


Susulan ancaman tersebut, Rihana kini telah melantik peguam terkemuka  Ivan Melnikov, lapor dua akhbar negara itu, Russia Today dan Komsomolskaya Pravda dan siasatan polis kini dimulakan mengikut Artikel 144  Kod Jenayah Rusia.

'Saya cuma hairan, daripada beribu restoran di Moscow, kenapa wanita itu mahu berjumpa di bangunan di mana mantan suami saya mempunyai pejabat?' kata Rihana memberitahu akhbar Russia Today.


Kredit foto: IG


Menurut DailyMail, status Instagram terbaru Rihana turut memberikan tanda terhadap kemelut keselamatan ini.


Kredit foto: IG

Persoalannya, adakah benar ada ancaman keselamatan terhadap Leon atau sekadar satu muslihat Rihana untuk mencetuskan drama? - CARI 

1

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • buntalz

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-12-2019 10:49 AM
such a drama queen kau ni.
Quote fushimi 4-12-2019 10:52 AM
something punya pempuan
Quote kualibesi 4-12-2019 10:55 AM
xhabis lg ke wey?
Quote sukacactus 4-12-2019 10:55 AM
Lalalalalalala kau memang drama!
Quote orgsepang 4-12-2019 10:56 AM
Drama sangat.
Quote brownstone 4-12-2019 10:57 AM
Harus banyak twist and turn....biar royal family negeri tu beringat sikit next time.

Dulu manohara, skrg rihanna...lepas ni sapa?
Quote CrowneGlory 4-12-2019 11:06 AM
zoohood punya penangan...sekali meletus lebih kebabooommm dr yg lain2
Quote disketkosong 4-12-2019 11:19 AM
aku sokong je apa2 tindakan rihanna..selagi puak sana berdiam diri
org tua 2 dulu kata la..kalau diam tu tanda setuju
Quote bedahmenjuyah 4-12-2019 11:31 AM
Drama kuin. Dah mengidam sgt jd kuin kan
Quote cmf_premierleag 4-12-2019 11:32 AM
semoga Allah melindungi oks dan baby mael leon drpd puak2 syaithon durjana penunggang agama
semoga Allah hancurkan mereka dan turunkan bala bencana azab pada mereka yg aniaya oks dan baby mael leon
Quote Maria_Juana 4-12-2019 11:36 AM
bedahmenjuyah replied at 4-12-2019 11:31 AM
Drama kuin. Dah mengidam sgt jd kuin kan

Drama kuin pun drama kuin la... asalkan berkuin
Quote HoneyManjer 4-12-2019 11:58 AM
ngeh ngeh..nak suh dia senyap...bagi jek la ape die nak..pening watpe wahai soltan...hohoho
Quote TravellingBear 4-12-2019 12:16 PM
Fatal Attraction
Quote TravellingBear 4-12-2019 12:17 PM
brownstone replied at 4-12-2019 10:57 AM
Harus banyak twist and turn....biar royal family negeri tu beringat sikit next time.

Dulu manohar ...

Kalau tak serik2 lagi mmg ntah laaaa
Quote tengah_bosan 4-12-2019 12:25 PM
tak nak komen issue ni.
tapi baby dia masyaAllah putih jelepuk! comel!
Quote izzah_ok 4-12-2019 12:28 PM
dia ni mmg berani je create drama
Quote borrow 4-12-2019 12:34 PM
Ai gugil kes M. Sheol minta diselamatkan , pastu ada yg tolong sheols lari. Later ex shuben saman fitnah , M kalah n diarah bayar juta. Why sheols berdrama bagai walhal vley cerai elok2. Lagipun lari kompemlah ta dapat duit pampasan. Ada konspirasi kew.

Ada pula kes nak rampas kuasa bagai , nyaris ja tak dpt jd pemangku. Mcm2 drama.


SK ancam Leon? AI tak caya. Ntah2 ada entiti ke 2,3,4 yg amik kesempatan. Nak burukkan sk. Gi ugut Oks , kekonon kerja sk. N tak tolak juga kemungkinan just skrip telenovela karangan Oks.


Quote kentel 4-12-2019 12:38 PM
pprt gold digger....
Quote ninnamina 4-12-2019 12:55 PM
Adoii macam2 cerita

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.184104 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top