CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 60 Tahun Tak Mengaku Cabul Ahli Keluarga Ipar

4-12-2019 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2211| Komen: 6

Description: Lelaki berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dituduh mencabul dan mengaibkan kehormatan wanita yang juga ahli keluarga adik iparnya.
Lelaki berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dituduh mencabul dan mengaibkan kehormatan wanita yang juga ahli keluarga adik iparnya.

Harian Metro melaporkan, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Teoh Shu Yee di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini.



Gambar hiasan

Berdasarkan tuduhan pertama, Mohd Fuzi, 60, yang sudah berkahwin itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa di sebuah rumah di Bukit Rambai, Melaka, kira-kira 12 tengah hari pada 15 Mac.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengeluarkan kata-kata dengan maksud mengaibkan kehormatannya, pada masa dan lokasi sama.


Untuk pertuduhan kedua, Mohd Fuzi didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Farid merayu mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan tidak mempunyai sumber pendapatan selain pencen berjumlah RM800 sebulan dan perlu menyara diri serta isteri berusia 60 tahun.


Kredit foto: Harian Metro

Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal sebelum ini mencadangkan tertuduh ditawarkan jaminan sebanyak RM6,000 selain tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa.

Tertuduh kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan 11 Februari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdan 4-12-2019 01:45 PM

sebab itu masa muda atau bujang kena enjoy puas puas sampai tak mahu sudah
Quote elzy 4-12-2019 02:46 PM
Dah tua pun buat hal
Quote TravellingBear 4-12-2019 02:58 PM
Asdan replied at 4-12-2019 01:45 PM
sebab itu masa muda atau bujang kena enjoy puas puas sampai tak mahu sudah

Awak kenal tertuduh ke? Mmg masa muda dia baik2??? . Org yg masa muda dia ligat ... terserlah perangai sebenar bila tua kecuali dia bertaubat bersungguh2 nak berubah / dptkan rawatan psikoterapi
Quote MissLana 4-12-2019 03:30 PM
kepala dah putih ye masih risau psl 'adik'

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.080173 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top