CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muka Dibakar Suami Kerana Lupa Beli Rokok

4-12-2019 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5337| Komen: 17

Lelaki tergamak membakar wajah isteri hanya kerana mangsa terlupa membeli rokok.


Foto: CEN/Daily Star


Daily Star melaporkan, Galina Armasari, 26, mengalami kecacatan kekal pada wajahnya selepas disimbah petrol sebelum dibakar suaminya di Niporeni, Moldova.

Difahamkan, berikutan kejadian, suspek direman 30 hari bagi membantu siasatan.

Galina mengimbau sejarah hitam itu dalam sesi temu bual bersama Publika TV dan menamakan suaminya, Ion sebagai penyerangnya.


Wajah Galina sebelum cacat
Foto: CEN/Daily Star

Katanya, suspek hanya melihat penderitaannya ketika cuba memadam api pada wajahnya. Malah, suaminya itu tergamak tidak menghubungi ambulans.


Sehingga kini, dia masih tidak sanggup melihat wajahnya pada cermin.

Dakwanya, semuanya normal pada hari kejadian dan mereka tidak bergaduh.

"Kami sedang menyediakan hidangan sebelum Ion meminta saya untuk membeli bir.

"Ketika pulang ke rumah, saya dapati kawannya, Andrey singgah dan mereka minum wain bersama," katanya.

Namun, Ion kemudian menengking Galina kerana terlupa membelikannya rokok dan mengugut mahu membakar wajah wanita itu.

"Kemudian, dia menyimbah cecair berbau petrol. Dalam sekelip mata, dia menyalakan api dan membakar wajah saya," katanya.


Galina sebelum kejadian
Foto: CEN/Daily Star

Katanya, selepas memadamkan api menggunakan sweaternya, suspek menyuruh Galina duduk di sebelahnya.

Bagaimanapun, mangsa enggan melakukannya kerana tidak tahan rasa sakit pada wajahnya dan merayu pada Ion supaya menghubungi ambulans, namun tidak diendahkan suspek.

Menurut mangsa, dia dihantar ke hospital oleh ibunya dan kes masih dalam siasatan polis. - CARI

Bagus
9

Marah
1

Terkejut
5

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Elanarose

  • DayangKirana

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 4-12-2019 12:14 PM
cilaka punya suami
Quote LuvAurora 4-12-2019 12:16 PM
jahat gila seksa dia seumur hidup..
Quote Boomibulat 4-12-2019 12:28 PM
Ingtkan kat pakistan/india..
Quote Artemesiaa 4-12-2019 12:37 PM
Kejamnya perbuatan
Quote borrow 4-12-2019 12:51 PM
simbah petrol ,  nyala api n padam ngan sweater. Pastu suh victim duk  dendiam  kat sebelah.

Edisi "saya tada niat"
Quote barfi 4-12-2019 12:58 PM
Boomibulat: Ingtkan kat pakistan/india..

Tulaaa ingatkan kat bangla/Nepal/India
Quote any42 4-12-2019 01:18 PM
time dia tido ko turn ko plak nyalakn api siap2 pastu simbah petrol bia dia sma tbakar. geram plak ngn jntan xguna camni.
Quote RinIna 4-12-2019 01:55 PM
Tak guna punya jantan..
Quote kibodwatriuh 4-12-2019 02:26 PM
Perangai golongan PPRT Eropah.
Quote Catpaw 4-12-2019 02:56 PM
Jahat laki ni, baran ikut hati dia ja, rosak muka cantik perempuan tu
Quote buapakperut 4-12-2019 03:28 PM
kasihn, cantik wajah asalnya. apo malang dapat suami mental
Quote MissLana 4-12-2019 04:35 PM
Kawannya si Andrey tu buat apa? Jd tukang sorak ke?
Quote Victorioussss 4-12-2019 04:40 PM
harap bakar scrotum dia dgn petrol jgk yach!

bini sikit punya lawa..tak pernah pun mntk ujian dna atau mansion kat london
tu pun kau sanggup nak bakar2
Quote chicozinn 4-12-2019 04:44 PM
ingatkan shilalat skali imbas kat gambar cover hoodee tu
Quote Jorja 5-12-2019 07:08 AM
Berlaku pada isteri yg lemah, memang ada jenis perempuan penakut & lemah gemalai dgn suami dia. Cakap memang senang tapi kalau I di tempat dia masa laki dia marah2 tengking2 tu I akan maki dia balik, kasi tunjuk macam mana rupa perempuan tgh pms, dia tumbuk I tumbuk balik
Quote HandOFate 9-12-2019 08:58 PM
tak siuman la suami tu, lupa beli cola nanti... apa jadi?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.330473 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top