CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Denda, Penjara Kerana Ponteng Solat Jumaat Adalah Berlebihan - Kumpulan Peguam

4-12-2019 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4632| Komen: 46

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman dikenakan terhadap enam lelaki yang ponteng solat Jumaat di Terengganu, baru-baru ini.

Memetik MalaysiaKini, Zaid Malek yang juga Penyelaras undang-undang LFL menyifatkan hukumasebulan penjara dan denda RM2,000 yang dikenakan adalah berlebihan.



Kredit foto: FB/Harian Metro

“Sudah tiba masanya rasional hukuman penjara dan denda terhadap pihak yang ponteng solat Jumaat dan kesalahan seumpamanya dipertimbangkang semula.

“Walaupun tindakan itu dianggap tidak sesuai oleh sesetengah pihak dalam masyarakat Muslim, hukuman jenayah adalah berlebih-lebihan dan bukan cara untuk menanganinya,” kata Zaid.

Terdahulu, kesemua tertuduh mengaku bersalah ponteng solat Jumaat dengan berkelah di Air Terjun Sekayu antara jam 1 hingga 1.50 petang pada 23 Ogos lalu.


Lima tertuduh didenda RM2,400, manakala seorang lagi dikenakan denda RM2,500.



Dalam kenyataannya, Zaid menegaskan Islam sepatutnya sebuah agama kasih sayang, adil, belah ihsan dan sederhana.

Justeru, dia menggesa menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam meneliti semula perkara ini.

“Dakwaan gagal hadir solat Jumaat ialah perkara peribadi yang negara tidak patut campur tangan atau tadbir,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 4-12-2019 05:17 PM
sepohon kayu daunya rimbun...lebat bunganya serta buahnya...walaupun hidup seribu tahun....kalau tak sembahyang apa gunanya......
Quote Potato_kering 4-12-2019 05:22 PM
True that.
Quote jahcomel 4-12-2019 06:35 PM
Kt pesbook pn rmai suara kn pndpt cam loyer nih
Quote LadyCarefree 4-12-2019 07:40 PM
Betul. Xsolat adalah perkara peribadi antara satu manusia dn tuhan dia. Apa kes nk tangkap dn hukum pulak?
Quote ang_bess 4-12-2019 10:13 PM
Memang pun. X fikir ker budak2 yg kene tu meringkuk dalam jail sbulan sebab x gi smayang jumaat untuk kesalahan kali pertama?
Quote HannahMontana 4-12-2019 10:18 PM
bunuh orang ,hina Malaysia, hina raja-raja Melayu, sokong komunis, sokong chin peng xkena tangkap pula!

Alih-alih semua Melayu yg kena penjara,kenapa ye???
Quote Genkidesuka 5-12-2019 08:11 AM
Edited by Genkidesuka at 5-12-2019 08:14 AM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Saja nak copy paste buat manfaat kpd semua kita yg jahil.

Seksyen 20, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 (yg tak dilaksanakan pun ) menyatakan:

“Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Peruntukan dengan isi yang sama juga dikongsi oleh beberapa negeri lain macam – Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Tapi ada juga peruntukan syariah di negeri-negeri tertentu yang menetapkan hukuman berbeza macam:

    Kelantan – Denda tak lebih seribu atau penjara tak lebih satu tahun.
    Pahang – Denda tak lebih RM50 dan penjara tak lebih 7 hari.
    Kedah – Denda tak lebih RM100 dan penjara tak lebih sebulan.  



Larangan Meninggalkan Solat Jumaat
Hadith:

Daripada Abu Hurairah dan juga Ibn Umar RA bahawa kedua-keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar, mudah-mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati-hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang di kehendaki oleh agama. Maka jadilah mereka golongan orang yang lalai.

Huraian Hadith:

1.   Orang yang sengaja meninggalkan sembahyang fardhu jumaat tanpa uzur akan di tutup oleh Allah SWT pintu hati mereka dari mudah menerima kebenaran dan kebaikan terhadap agama.
2.   Di antara tanda orang yang bersifat munafik itu ialah mereka yang banyak berbuat maksiat dengan meninggalkan yang wajib dan berbuat yang haram.


(Hadith Riwayat Muslim)


Quote Sham143 5-12-2019 08:22 AM
Tk solat jumaat kena hukuman penjara sebulan dn denda RM 2,500. Ianya mengambarkan agama Islam tu zalim.. bukan la agama kasih sayang dan belas ikhsan.. Yg menjatuhkan hukuman ni hanya semata2 lebih kepada perasaan emosi daripada fikiran yg rasional.
Quote batmana 5-12-2019 08:28 AM
enakmen dah lama ada , sejak sstgh peguam2 ni masih menetek susu ibu
baru nak sedar ka bahlul?

pi la kaji dlu enakmen2 lain,
ni dh jalan, baru nk bising

bodo punya peguam..
Quote gaara_X 5-12-2019 08:37 AM
Hukum Allah pun nak dibandingkan ngan undang2 puak british a.k.a manusia....dah cantik Hukum Allah itu...cuma penilaian kita sebagai manusia je yang tak nampak kecantikannya....
Quote QueenIsolde 5-12-2019 02:33 PM
Eleh sket2 nak judge islam ikut nafsu dorang. Aku nak tgok boleh tak mamat ni guna ayat ni depan Allah nanti, kita rmai2 akan tgok
Quote dizekni 5-12-2019 02:39 PM
Peguam tak semestinya celik agama

diorang perasan urban

mungkin tak tahu hukum WAJIB, HARUS, BERDOSA
Quote nikaido 5-12-2019 02:42 PM
Genkidesuka replied at 5-12-2019 08:11 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Saja nak copy paste buat manfaat kpd semua kita yg jahil.
...

Enakmen di atas ckp 3kali berturut-turut. Diorang kena tahan sekali je. Mana boleh jatuh hukum lg
Quote minguk 5-12-2019 02:45 PM
bagus lah tu.. kira fardhu kifayah kan?
Quote dizekni 5-12-2019 02:51 PM
Buat tak tahu je dengan segala langat lalat busuk
anti 'the way of life'


Quote Genkidesuka 9-12-2019 10:25 AM
nikaido replied at 5-12-2019 02:42 PM
Enakmen di atas ckp 3kali berturut-turut. Diorang kena tahan sekali je. Mana boleh jatuh hukum lg

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Masalahnya di sini, kalau sanggup ponteng Jumaat utk bersuka2 berkelah... agak2nya la... org mcm ni... dah berapa kali ponteng Jumaat sebelum ni?  Sekali tu je ke?   

Ni baru 6 org. Sdgkan kita semua tahu, ramai lagi yg ponteng Jumaat kat luar tu.  Bila time Jumaat, sanggup duduk berkumpul dlm kereta tunggu Jumaat habis, pastu time balik ofis, balik dgn org lain mcm biasa. Acah2 dah pergi Jumaat.

Tu belum solat fardhu lagi.  Rasa2nya la kan... org yg sanggup ponteng Jumaat ni full ke tidak solat fardhu mereka?  

Solat tiang agama - tak sempurna tiang, apa lagi yg tinggal?  Amalan kebaikan lain pun takkan dikira.  Tertolak.  Apa yg tinggal?  Zero, zip, zilch, nada, nothing. Bukan perkara main2.  Kat akhirat esok, kita tak boleh berlebih kurang je dgn Allah.  Sesungguhnya Allah amat berkira.  


Quote palmolive 9-12-2019 10:29 AM
Genkidesuka replied at 9-12-2019 10:25 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Masalahnya di sini, kalau sanggup ponteng Jumaat utk ber ...

aku pelik,lagi ramai org gi semayang raya dari semayang jumaat..padahal semayang raya sunat jek
Quote palmolive 9-12-2019 10:30 AM
HannahMontana replied at 4-12-2019 10:18 PM
bunuh orang ,hina Malaysia, hina raja-raja Melayu, sokong komunis, sokong chin peng xkena tangkap pu ...

kang dh tulis atas tu pasal tak gi solat jumaat
Quote palmolive 9-12-2019 10:32 AM
LadyCarefree replied at 4-12-2019 07:40 PM
Betul. Xsolat adalah perkara peribadi antara satu manusia dn tuhan dia. Apa kes nk tangkap dn hukum  ...

mana nas yg bagitau pasal mender tu..?
padahal Rukun Islam dh mentioned Solat perkara wajib..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.543956 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top