Tindakan sekumpulan individu menaiki ambulans di luar Terminal 1 Lapangan Terbang Shanghai Pudong mencetuskan kemarahan warganet China. Shanghaiist melaporkan, video tular itu menunjukkan sebuah ambulans yang memasang lampu kecemasan berhenti di luar lapangan terbang berkenaan untuk mengambil kumpulan terbabit.
Namun, tiada seorang pun 'penumpang' dilihat mengalami sebarang kecederaan. Sebaliknya, kumpulan terbabit dikatakan baru kembali dari membeli-belah di luar negara. Malah, seorang staf lengkap beruniform dilihat membantu memasukkan barang-barang yang dibawa mereka ke dalam ambulans. Berikutan penularan video itu, Pusat Kecemasan Perubatan Shanghai menjelaskan bahawa ambulans berkenaan bukan milik mereka. Tidak lama kemudian, pihak lapangan terbang terbabit membuat kenyataan mengakui bahawa ambulans itu milik mereka dan kini sedang melakukan siasatan berhubung kejadian.
Hasil siasatan diumumkan pada petang Selasa yang menjelaskan, ambulans itu dihubungi seorang pegawai pengurusan lapangan terbang berkenaan dikenali sebagai Yu. Difahamkan, Yu mengarahkan staf mengambil tiga rakannya yang kembali dari bercuti di luar negara bersama isteri dan anaknya untuk dihantar ke tempat letak kereta di lapangan terbang berkenaan. Yu kemudian dipecat atas tindakannya menyalahgunakan kuasa dan akan dikenakan tindakan disiplin. Sementara itu, pemandu ambulans berkenaan turut diberhentikan, manakala seorang lagi rakannya dikenakan mata demerit. Di laman sosial Weibo, warganet bersorak gembira di atas hukuman yang dikenakan terhadap Yu, namun bersimpati atas nasib pemandu ambulans berkenaan. Mereka membuat rayuan bagi pihak pemandu ambulans terbabit yang mungkin akan kehilangan kerja sekiranya membantah arahan pihak atasan. - CARI
|
batu kikir replied at 13-12-2019 06:45 PM
Kalau kat Malaysia....... “kita akan siasat dan akan dakwa mereka”...... sampai ke sudah satu hara ...
ADVERTISEMENT