Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau terbabit mengarahkan pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu susulan pendedahan terkini bekas anggota UTK, Azilah Hadri.
Beliau menganggap kenyataan akuan bersumpah itu berniat jahat. "Sekiranya kamu percaya SD itu maka kamu juga harus mempercayai SD terbaru yang dibuat terhadap PM kelapan," katanya yang merujuk kepada dakwaan salah laku seksual terhadap Anwar Ibrahim. Najib turut mempersoalkan mengapa maklumat itu tidak didedahkan lebih awal berbanding 10 tahun selepas kes itu dibicarakan.
Najib mendakwa perkara itu mungkin didalangi pentadbiran Pakatan Harapan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu membabitkan PH. "Ini semata-mata rekaan oleh mereka yang terdesak untuk mengelakkan diri daripada tali gantung. Kenapa maklumat ini tidak keluar sebelum ini, tetapi hanya sekarang selepas lebih satu dekad selepas kematiannya dan hanya selepas 19 bulan PH berkuasa? "Saya percaya ini adalah perjanjian antara kerajaan PH dan Azilah yang menjanjikan hukuman mati itu akan dimansuhkan atau ditangguhkan sebagai balasan. Ini adalah percubaan untuk mengalih perhatian dan menyerang saya," katanya memetik laporan Malaysiakini. Najib bertegas tidak pernah bertemu dengan Altantuya sepertimana didakwa Azilah dalam akuan bersumpahnya (SD) itu dan mengalu-alukan polis menyiasat semula kes itu. Julung kali didedahkan, SD itu antara permohonan yang difailkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya pada 2015. - CARI
|
Asdan: tanya sikit, kenapa mereka takut mendiang altantuya ?
bonggo replied at 17-12-2019 11:19 AM
Aku dh baca SD ni. Khatam dan paham. Dia sebagai banduan akhir aku rasa patut diberi peluang utk buk ...
matamata replied at 17-12-2019 11:49 AM
Well to be fair..... Tak lama dulu dia yg beria2 suruh bukak balik kertas siasatan...
boojaat replied at 17-12-2019 11:52 AM
Ingatkan dh gantung dh dulu.. belum juga rupanya.. yg lari ke australia apa cerita ye? Masih hidu ...
bonggo replied at 17-12-2019 11:19 AM
Aku dh baca SD ni. Khatam dan paham. Dia sebagai banduan akhir aku rasa patut diberi peluang utk buk ...
DollahRepek replied at 17-12-2019 11:54 AM
Kenapa pula polis 2 org tu nk bunuh tuya tanpa sebab & kenapa masa perbicaraan saksi utama tidak dip ...
boojaat replied at 17-12-2019 11:52 AM
Btw, mana nak baca SD nya??
natrahn replied at 17-12-2019 12:04 PM
DSP Musa pun tak dipanggil.. sedangkan dia dikira saksi juga
Caranthir replied at 17-12-2019 12:17 PM
Najib yg bagi arahan ke.. atau puaka kak ros yg suruh sbb dah kantoi, pregnant kan dia tu.. heheheh
ADVERTISEMENT