Seorang imam mengaku tidak bersalah menumbuk, mencekik dan memijak isterinya sehingga cedera pada Mei tahun lalu, lapor Astro AWANI. Muhammad Zaki Kamal, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Zaki didakwa sengaja mencederakan mangsa, 29, dengan menumbuk bahagian kiri muka, mencekik leher dan memijak badan wanita itu di dalam bilik tidur sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka, kira-kira 7.45 malam, 9 Mei tahun lalu. Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Tetuduh yang tidak diwakili peguam merayu cadangan jaminan RM6,000 terhadapnya dikurangkan dengan alasan dia hanya penjawat awam di Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM), manakala isterinya tidak bekerja selain perlu menanggung dua anak kecil.
Majistret kemudian membenarkan jaminan RM1,500 dengan syarat tambahan iaitu hanya isterinya sebagai penjamin. Mahkamah menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - CARI
|
ashilalat replied at 7-1-2020 04:41 PM
Kacak mende mcm ni? Phuiiiiiikkkk
Victorioussss replied at 7-1-2020 04:33 PM
Mgkin pengaruh wrestling makin menular
Tapi dok kasi tendangan sweet chin music kat dagu wife, am ...
Tertuduh kemudian merayu agar jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia hanya bertugas sebagai penjawat awam manakala isterinya tidak bekerja selain perlu menanggung dua anak.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM1,500 serta syarat tambahan hanya isterinya sebagai penjamin selain menetapkan 4 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.
kikuri replied at 7-1-2020 08:32 AM
imam pun takde kesabaran ke..? sedap2 je belasah bini
ADVERTISEMENT