Bimbang menjangkiti orang lain dengan virus Covid-19, seorang jururawat bertindak membunuh diri. Menurut Mirror, perkara itu didedahkan persekutuan kejururawatan di Itali.
Daniela Trezzi, 34, sebelum ini bertugas di barisan hadapan yang berusaha menangani penularan Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) Hospital San Gerardo, di Lombard, wilayah Itali yang paling teruk terjejas akibat wabak itu. Difahamkan, Persekutuan Jururawat Kebangsaan Itali (FNOPI) yang mengesahkan kematian tragis Daniela berkata, pekerja kesihatan itu mengalami banyak tekanan. Keadaan emosinya dilaporkan bertambah buruk apabila dia disahkan positif Covid-19 pada 10 Mac. Menurut rakan-rakannya, Daniela mengalami tekanan berat kerana bimbang akan menjangkiti orang lain. - CARI
|
5
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
1
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT