CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana Ada Total Lockdown Di Selangor, Itu Berita Palsu

27-3-2020 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2493| Komen: 10

Description: Kecoh di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp tentang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau total lockdown bakal dikuatkuasakan di Selangor hari ini.Namun, menurut pihak polis, kiri ...
Kecoh di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp tentang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau total lockdown bakal dikuatkuasakan di Selangor hari ini.

Namun, menurut pihak polis, kiriman mesej tersebut adalah palsu.

Memetik laporan Astro Awani, pihak polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubungan perkara itu yang kononnya disampaikan oleh anggota polis berpangkat ASP dari Klang.

Kredit foto: Astro Awani


"Ibu pejabat ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang mesej atau kenyataan tersebut, siapa pula yang berani keluarkan kenyataan macam itu?" kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner NurulHuda Mohd Salleh.

Terdahulu ramai netizen mula panik apabila mesej mengatakan Selangor akan melaksanakan perintah total lockdown susulan terdapat banyak kes baharu wabak Covid 19.


Malah, mesej tersebut turut menyebut perintah itu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor. - CARI 

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 27-3-2020 07:46 PM
Mungkin ada yang salah faham sebab Selangor antara yang dalam kawasan merah tapi belum lagi sampai kena total lockdown
Quote freesia71 27-3-2020 07:54 PM
kalau ada pun bagus juagk. Bapak aku ni asik nak kluar rumah je, ada je benda dia nak beli, padahal adik aku dah stok up barang dapur.
Quote LadyCarefree 27-3-2020 07:57 PM
Kalau lockdown would be PJ kot.

But baguslah beli stock makanan for sebulan. Jngan over2 la.
Quote Tinot7 27-3-2020 11:54 PM
Apa total lockdown sebenarnya?
Quote seramado 28-3-2020 12:16 PM
Senang betul fake news org percaya
Quote unclog 28-3-2020 12:19 PM
Tinot7 replied at 27-3-2020 11:54 PM
Apa total lockdown sebenarnya?

when you are forbid  even to make love.
Quote sitisitu25 28-3-2020 12:22 PM
aku pon dpt info total lockdown pj..and hari ni tgk org duk kuar stock up brg merata jgk..aku stay kat jajahan pj gak ni..melihatkan org mundar mandir area umah aku ni..siap ada auntie cina duk jual surat khabar plk tepi jalan..org duk slumber smoke tepi kaki lima 7e la luar kedai mkn la..i hope pj total lockdown..
Quote Melorqe 28-3-2020 04:24 PM
memang PJ tak boleh masuk dah aku rasa. semua jalan nak ke KD pun dah kena tutup pagi ni.
baru ingat nak ke giant KD. brg2 kt kedai runcit area taman nak berkali ganda.
Quote Kitty_catz 29-3-2020 04:39 PM
meols ada dapat audio WA yg kata nak kena total lockdown tapi tak lak kata negeri mana ke satu mesia ke apa.. oleh sebab takde kesahihan, idok le meols sebarkan audio WA tersebut.. kang memasal lockdown kat tirai besi.. koh koh kohhhhh
Quote Tinot7 29-3-2020 05:55 PM
unclog replied at 28-3-2020 12:19 PM
when you are forbid  even to make love.

huh??? ke situ pula..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050379 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top