CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Rama X Kuarantin Diri Di Hotel Di Jerman Bersama 20 Gundik

3-4-2020 09:57 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 20173| Komen: 176|Original author: Straya

Description: Raja Thailand, Raja Rama V. Kredit foto: The WeekKetika ini Raja Thailand sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel mewah, Grand Hotel Sonnenbichl di Bavaria bersama beberapa petugas termasuk 20 oran ...


Raja Thailand, Raja Rama X. Kredit foto: The Week

Ketika ini Raja Thailand sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel mewah, Grand Hotel Sonnenbichl di Bavaria bersama beberapa petugas termasuk 20 orang gundik.

Menurut laporan berita The Sun di UK, Maha Vajiralongkorn atau Raja Rama X menempah keseluruhan hotel itu yang terletak di selatan Jerman meskipun seluruh negara Jerman sedang menjalankan perintah berkurung yang dikuatkuasakan akibat Covid-19. Hotel ini terletak di resort ski Garmisch-Partenkrichen.


Andrew MacGregor Marshall on Twitter:
Grand Hotel Sonnenbichl, Bavaria, Jerman. Kredit foto: Twitter


Raja Rama X mula tidak kelihatan di khalayak ramai di Thailand sejak bulan Februari lalu.


Kebanyakan wilayah di Thailand telah mula menjalani perintah berkurung selepas angka kematian meningkat kepada 9 orang dan jumlah pesakit yang menjangkiti Covid-19 ialah seramai 1,524 orang.

Menurut laporan The Sun lagi, beribu rakyat Thailand meluahkan rasa marah akibat tindakan Raja mereka yang dianggap tidak bertanggungjawab meskipun undang-undang melarang rakyatnya menghina keluarga diraja dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun jika sabit kesalahan.

Kedutaan Thailand di Berlin juga tidak memberi sebarang respon terhadap permintaan The Sun untuk mendapatkan komen mereka terhadap berita ini.

Berbeza sungguh Raja Thailand dengan Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang peka dengan Covid-19 dan prihatin dengan nasib rakyat. Untung kita menjadi rakyat Malaysia. - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote top5complete 3-4-2020 10:10 AM
tahan ke nak main setiap hari  ?
Quote tripleid 3-4-2020 10:12 AM
kalo hens0m xpe la jgk
Quote lipans 3-4-2020 10:13 AM
20 org ni mesti dah konfirm jantina.
Quote Austronesian 3-4-2020 10:13 AM
tripleid replied at 3-4-2020 10:12 AM
kalo hens0m xpe la jgk

Jauh ensem bapak dia lagi
Quote tripleid 3-4-2020 10:19 AM

duit berkepuk kan..x reti2 nk repair muka
Quote TravellingBear 3-4-2020 10:22 AM
Eh german/europe red zone
Quote Suchi 3-4-2020 10:26 AM
Hurmm nk tgk skit rupa gundik2 itu. Adakah muda2 belia bergetah terletak helok.

Quote Suchi 3-4-2020 10:30 AM
Austronesian replied at 3-4-2020 10:13 AM
Jauh ensem bapak dia lagi

Iols gugel perkataan gundik apasal kuar muka raja siam ni hahaha
Kira dia sorang je ke raja yg ade gundik2 ni ye?
Pastu nampak cam istiadat apatah gundik ni kena mengesot kat kaki dia time mengadap or time dia kurniakan pangkat ke apatah.
Emmmmmm tgk gundik2 dia kurus2 jaa
Quote electricopop 3-4-2020 10:36 AM
Dia ni nampaknya takkan jadi kegemaran rakyat Thailand la kalau perangai mcm ni.
Quote chicozinn 3-4-2020 10:42 AM
Pergi tempat redzone..kalu mninggal kne covid bersorak ummah siam sana
Quote tupaiterbang 3-4-2020 11:02 AM
kalu sini, abe mampu setakat St Regis sama ayam ulang alik seminggu 3 kali
Quote InVendeTTa 3-4-2020 11:05 AM
tripleid replied at 3-4-2020 10:12 AM
kalo hens0m xpe la jgk

Haha..hensem la ni for an old guy..lg2 berduit..tp xleh lupa gambo dia pakai crop top klua soping2 dulu.mcm LGBT..haha
Quote anilanil 3-4-2020 11:06 AM
Pasrah je la rakyat siam dpt raja cenggini..
Quote tripleid 3-4-2020 11:10 AM
InVendeTTa replied at 3-4-2020 11:05 AM
Haha..hensem la ni for an old guy..lg2 berduit..tp xleh lupa gambo dia pakai crop top klua soping2 ...

yang ni ke




Quote MadameOnion 3-4-2020 11:12 AM
raja adil, raja disembah
Quote kucingitam 3-4-2020 11:18 AM

aiyoohhh...
Quote shernazz 3-4-2020 11:22 AM
tripleid replied at 3-4-2020 11:10 AM
yang ni ke

Aiyoh
Dam.mcm sports bra
Hahaha
Quote newyork 3-4-2020 11:23 AM
Lain beno dia dgn apak dia.. awatla dia jd mcm ni ..
Quote minah_selekeh 3-4-2020 11:31 AM
electricopop replied at 3-4-2020 10:36 AM
Dia ni nampaknya takkan jadi kegemaran rakyat Thailand la kalau perangai mcm ni.

Tu laa.. Tapi Thailand sangat taksub dengan raja diorang.. Mana boleh freely express dislike pada Raja.. Kena hukum.. So I guess kalau diorang tak suka pun, senyap2 je la kot.. Bapak dia dulu sangat2 disayangi rakyat..

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.319390 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top