MERANTI - Kesulitan hidup sebuah keluarga di Kampung Kubang Pak Hitam, di sini memaksa mereka berkongsi bekalan elektrik dari rumah ibu kepada ketua keluarga berkenaan sejak 13 tahun lalu. Lebih menyulitkan, kediaman keluarga berkenaan juga tidak dilengkapi kemudahan tandas serta bilik air. Ketua keluarga, Zakaria Yusof, 41 berkata, rumah peninggalan neneknya itu hanya dilengkapi satu bilik untuk keperluan isteri serta sepasang anak berusia tiga dan tujuh tahun. Menurutnya, upah menoreh getah yang tidak seberapa digunakan sepenuhnya untuk keperluan harian dan belanja persekolahan anak sulung. "Untuk mengurangkan perbelanjaan, saya terpaksa berkongsi bekalan elektrik dengan ibu dan bergilir dengannya untuk membayar bil setiap bulan. "Sekiranya kami diberi bantuan perumahan, ia tentu dapat mengurangkan perbelanjaan harian ibu saya kerana dia masih menjaga dua adik saya yang merupakan orang kurang upaya (OKU)," katanya. Tambah Zakaria, dia sekeluarga tinggal dalam rumah berkenaan sejak lebih sedekad lalu dan keadaannya kini tidak lagi selamat untuk didiami kerana tidak diselenggarakan dengan baik. "Banjir yang sering melanda kawasan Meranti menyukarkan lagi usaha membaiki rumah ini dan memikirkan keselamatan anak-anak, saya merayu pihak berkenaan membantu kami untuk mendapatkan bantuan perumahan," katanya.
|
Acong posted on 24-10-2013 03:07 PM
skrg org yg menjaga OKU kan gomen dah umum akan bagi RM500 setiap satu?
ADVERTISEMENT