CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 13 Tahun Maut Dibakar Majikan Kerana Melawan Dari Dirogol

19-10-2020 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4029| Komen: 29

Pembantu rumah berusia 13 tahun di Telangana meninggal dunia selepas dibakar kerana melawan ketika cuba dirogol majikannya dalam kejadian di Khammam pada 18 September.

Memetik India.com, gadis itu menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis selepas hampir sebulan bertarung nyawa di sebuah hospital swasta di Hyderabad.



Gambar hiasan

Menurut Komisioner Tafseer Iqbal pada Jumaat, mangsa sebelum ini bekerja sebagai pembantu rumah tertuduh, Allam Maraiah, 26, di Mustafa Nagar. 

Pada minggu pertama Oktober, mangsa sempat mengatakan bahawa dia dicabul majikannya yang kemudian cuba memperkosanya.

Namun, apabila dia melawan, lelaki itu menyimbah petrol padanya dan menyalakan api.

Bagaimanapun, laporan yang dibuat 15 hari selepas kejadian hanya terungkap pada 4 Oktober selepas keadaan mangsa yang dirawat secara rahsia di sebuah hospital swasta di Khamman, semakin kritikal.


"Keluarga suspek secara diam-diam memindahkan mangsa ke hospital tempatan dengan alasan dia mengalami kecederaan akibat luka bakar. 

"Kami menerima maklumat mengenai keadaan sebenar mangsa pada 4 Oktober yang membawa kepada penahanan suspek sebelum satu siasatan berhubung kes dilancarkan," katanya.

Menurut laporan polis, beberapa hari selepas kejadian, suspek mengunjungi keluarga mangsa di Pallegudem untuk memaklumkan bahawa gadis itu dimasukkan ke hospital akibat cedera ringan dan dia sedang dijaga oleh keluarganya.

Keluarga mangsa hanya mengetahui keadaan sebenar selepas dihubungi polis pada minggu pertama bulan ini.

Difahamkan, lelaki sudah berkahwin dan isterinya kini hamil lima bulan itu didakwa atas tuduhan membunuh dan cuba menyembunyikan kejadian serta memberi maklumat palsa. - CARI

Bagus
9

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 19-10-2020 02:24 PM
baca tajuk dh boleh agak kt mana
Quote bloodyamuk 19-10-2020 02:28 PM
nama macam muslim je si tertuduh ni...

ko kena ingat berat dosa bunuh guna api, hukum guna api hanya hak Allah taala...

merogol, membunuh, bunuh plak pakai api...

May Allah taala punish you severely
Quote ais_kosong 19-10-2020 03:02 PM
setannya jantan ni..
Quote noor2 19-10-2020 03:05 PM
Kenapa teruk sangat lelaki di india ni
Quote Decaffeinated 19-10-2020 03:13 PM
bloodyamuk replied at 19-10-2020 02:28 PM
nama macam muslim je si tertuduh ni...

ko kena ingat berat dosa bunuh guna api, hukum guna api ha ...

mangsa sebelum ini bekerja sebagai pembantu rumah tertuduh, Allam Maraiah, 26, di Mustafa Nagar.


Allam Maraiah?

Quote Artemesiaa 19-10-2020 03:17 PM
Kejamnya perbuatan dah mangsa pun dari keluarga miskin senang2 je nak tukar cerita
Quote husna_amal 19-10-2020 03:25 PM
Mungkin india negara paling tinggi kes rogol.
Quote zuuu 19-10-2020 03:39 PM
Syurga untuk mangsa...baru berumur 13 tahun dh kena kerja,dpt pulak majikan setan cuba ambil kesempatan nk rogol,bila mlawan dibakar pulak...x terbayang penderitaan mangsa,sebulan bertarung nyawa sebelum mati...untuk si jahanam setan tu ngan familynya moga ko x tenang hidup...setan nirojim sanggat perangai
Quote Decaffeinated 19-10-2020 03:43 PM
majikan pun umur 26

Quote any42 19-10-2020 03:45 PM
jahatnya. bdk tu bru 13 tahun. hdup xmcm rmaja lain kna bkerja pastu dperlakukn mcm tu pula.
Quote salmon-suki 19-10-2020 04:31 PM
Kesiannyaaaa wehhh. Tgk tajuk kan,terbayang dua negara jah,yindia dgn yindon...makin menjadi2 skrg kes bunuh,rogol kt sana
Quote Kurex 19-10-2020 05:48 PM
Dah aku agak dah dari negara leluhur kasta
Quote lonely_surina 19-10-2020 05:53 PM
TERuk btl aniaya budak besar tu..
Quote Peterpan17 19-10-2020 05:54 PM
Modngengade replied at 19-10-2020 02:24 PM
baca tajuk dh boleh agak kt mana

hahahah!! sangat kak kopek. baca tajuk je aku dah tau kat mana
Quote Modngengade 20-10-2020 10:13 AM
Peterpan17 replied at 19-10-2020 05:54 PM
hahahah!! sangat kak kopek. baca tajuk je aku dah tau kat mana

mcm mana industri pelancungan skrg peter?  CASH tak
Quote Peterpan17 20-10-2020 10:23 AM
Modngengade replied at 20-10-2020 10:13 AM
mcm mana industri pelancungan skrg peter?  CASH tak

cash sangatlah kak kopek. aku mkn tido je kat rumah ni. nasiblah aku takde loan apa apa yg perlu di bayar. so takdelah kalut dgn moratarium bagai. kutip duit sewa rumah tiap bulan, Alhamdulilah bolehlah cover duit belanja dapur dan beli apa apa yg patut. tp tengah bosanlah skrg. tak tau nak buat apa. dok bercucuk tanam ni. tanam buah, tanam sayur. meriah kawasan rumah aku ni dgn hasil tanaman aku
Quote mosti 20-10-2020 10:42 AM
noor2 replied at 19-10-2020 03:05 PM
Kenapa teruk sangat lelaki di india ni

Sebab pengaruh movie dia banyak yang tak senonoh..tu yang tanpa sedar jadi camtu
Quote per706 20-10-2020 10:47 AM
Kesian...perempuan kt sana mcam sampah je bgi dorang.rsa nk rogol,rogol.rsa nk bunuh,bunuh.kecik lgi haaa
Quote Mamason 20-10-2020 10:51 AM
Allahurabbi... Kesiannya kepada mangsa.  Kejam beno pelaku... hang xleh rogol hang bunuh budak tu... baru 13 tahun kot... allahh

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049973 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top