Platform media sosial TikTok memang digemari ramai terutama golongan remaja kerana ia memaparkan pelbagai video menarik dalam jangka masa pendek, antara 15 saat hingga seminit. Malah, setiap trend yang diwujudkan juga biasanya diikuti orang ramai kerana ianya menyeronokkan. Terbaharu, muncul trend 'content creator' mendedahkan diri mereka pernah dicabul, lalu menconteng beberapa bahagian tubuh mereka. Ia bukan sahaja menjadi ikutan di negara barat malahan di Malaysia sendiri, remaja turut mengikutinya. Ramai netizen terkejut dan simpati dengan pengakuan tersebut. Tetapi, ada juga yang menganggap ianya membuka aib sehingga menuduh sekadar mencari perhatian. Betul ke? Tuduhan daripada pengguna TikTok ini menimbulkan kemarahan netizen lain kerana persepsi sebeginilah yang menyebabkan mangsa tidak mahu mendedahkan diri mereka pernah dicabul, raba atau rogol. "Dorang bukan buka aib dorang, tapi nak bagi kesedaran. Part yang conteng tangan, peha, miss x tu lah yang jadi trauma mereka." Dan ini pula adalah respons daripada netizen yang menganggap ianya bukan membuka aib, sebaliknya memberitahu emosi mereka. Ternyata, mangsa gangguan seksual telah lama berdiam diri dan mungkin dengan cara ini mereka mahu menyatakan kesakitan yang ditanggung. Atau memang benar ianya membuka aib? Anda rasa? - CARI |
Zirara99 replied at 4-1-2021 11:19 AM
Annoying dgn that guy punya slang. Dibuat-buat untuk nampak bijaksana. Saja Bitter pagi2 Isnin. Hehe ...
ziezot replied at 4-1-2021 11:49 AM
Nak cakap, mcm nk mencarut plak. Patutnye buh gambar org yg mencabul korg tu, bukan korang yg tayang ...
~boolean replied at 4-1-2021 12:00 PM
aku kena harass di tempat kerja, terus mengadu pada HR...HR bolayan, maka aku buat report polis wala ...
duri_durians replied at 4-1-2021 12:56 PM
some of these harassment dah terjadi berbulan-bulan atau bertahun-tahun lampau pun. ada kes baru pun ...
fezy replied at 4-1-2021 01:20 PM
then betullah macam 1st vid ckp.
tuhan dah jaga aib dah. xde sapa tau.
ADVERTISEMENT