Jangan "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga". Itulah luahan beberapa pengayuh basikal tegar yang terkena tempias gara-gara tindakan kurang sopan segelintir pengayuh yang tidak menjaga aspek keselamatan dan mencetuskan kemarahan masyarakat.
Mereka menganggap sikap kelompok itu mencalar imej pengayuh basikal yang sejak sekian lama memperjuangkan hak pengayuh agar pihak berkuasa meningkatkan kemudahan untuk pengayuh basikal di negara ini. Ada beberapa kategori pengayuh basikal iaitu kumpulan veteran terdiri daripada mereka yang sudah berbasikal lebih 10 tahun dan kategori beriadah yang sering berkayuh secara selamat di taman atau kawasan perumahan. Namun, yang menjadi perbualan hangat adalah kategori newbies iaitu kumpulan yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kewujudan mereka semakin dirasai sejak awal tahun ini ekoran penularan COVID-19 yang menghalang pergerakan masyarakat untuk melakukan aktiviti lain seperti melancong.
Golongan ini membeli basikal serta berpusu-pusu keluar ke jalan raya tanpa mempelajari peraturan asas iaitu isyarat tangan mahupun aspek keselamatan lain seperti keperluan lampu dan loceng. "Yang buat hal ini kebanyakannya pengayuh basikal yang baru sertai aktiviti berbasikal. Mereka ini kayuh basikal sebab trend, bukannya sebab minat sejati. “Memang benar Malaysia kurang lokasi sesuai untuk aktiviti berbasikal, tetapi pengayuh kena pandai merancang dan berkayuh dengan cara selamat. "Menggunakan basikal mahal bukan alasan untuk bermegah di jalan raya tetapi harus ingat, jalan raya itu ada pengguna yang lain," kata Nazahiyah Mohd Hadzir, 35, yang mula berkayuh sejak tahun 2011 sebagai hobi. Seorang lagi pengayuh, Arif Billah, 35, yang sudah lebih 12 tahun aktif dalam sukan berbasikal berkata, adalah lumrah untuk mengecam individu yang tidak bertanggungjawab dan bertindak salah namun pengguna jalan raya yang lain juga harus faham bahawa pengunaan jalan raya adalah hak bersama. Anak kelahiran Kuala Lumpur itu menasihati pengayuh basikal untuk patuh undang-undang ketika berkayuh di jalan raya seperti berhenti di lampu merah, pakai topi keledar, pastikan ada lampu dipasang di hadapan dan belakang. "Banyakkan berkayuh dengan mereka yang lebih berpengalaman kerana banyak benda yang boleh dipelajari seperti isyarat tangan ketika berkayuh yang pelbagai jenis, etika berkayuh, cara berkayuh dalam kumpulan dan sebagainya. Ini semua boleh dipelajari oleh mereka yang berpengalaman," katanya. Sumber: BERNAMA
|
Themilo replied at 7-1-2021 11:55 AM
yang biasa diviralkan / buat hal, geng roadbike (RB) jaaa..
geng2 mountain bike (MTB), folding b ...
renko replied at 7-1-2021 03:38 AM
daripada kau melalak sana sini acah2 victim
baik kau org yg bajet otai ni
g educate sikit barua2 ...
Supersirap replied at 7-1-2021 01:00 PM
ini statement sangat setuju
renko replied at 7-1-2021 05:29 AM
yelah yang bajet otai ni pun
konfem2 ada grup sume
bagi la sakai2 yg baru join tu tazkirah siki ...
Supersirap replied at 7-1-2021 02:10 PM
Betul tu, sepatutnya yang tua didiklah yang muda
clarizsa replied at 7-1-2021 12:27 PM
Tergedik2 kan ummah yg baru kenal basikal ni
Padahal dulu2 xde hal pun berbasikal merata2
I gigih ...
ADVERTISEMENT