Sejak semalam, hangat diperkatakan di Twitter apabila pelakon Janna Nick bertikam lidah dengan netizen mengenai pendapat masing-masing berkenaan garis panduan filem Malaysia. Semuanya bermula apabila Janna mengulas berkenaan serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol serta seolah-olah mengaitkan serangan berkenaan dengan filem The Purge. Janna berkata lagi, kesan daripada pengaruh filem sebegitu punca mengapa garis panduan yang ketat diperlukan dalam industri perfileman seperti mana Malaysia lakukan. Bagaimanapun, kenyataan Janna itu dikecam netizen yang tidak sependapat dengan pelakon berkenaan. Kata netizen, disebabkan garis panduan tersebut filem Malaysia tidak berkembang lebih jauh. Dalam pada itu, ada netizen menggelar filem Malaysia bodoh, malah disebabkan pemikiran segelintir pihak sebegitulah terutama orang industri, filem kita tidak pergi jauh. Tidak hanya berdiam diri, Janna membalas dengan mengatakan ada sahaja filem yang hebat walaupun bajet rendah di Malaysia. Janna turut dikecam apabila menggelar seorang netizen sebagai ‘loser’. Bagaimanapun, Janna menjelaskan tindakannya itu kerana berpendapat individu itu orang yang kalah kerana memadam Tweet terdahulu. Enggan memanjangkan perdepatan tersebut, Janna dilihat memuat naik satu posting mengucapkan terima kasih dengan segala pendapat yang dilemparkan oleh netizen. Ujarnya, dia menerima segala kritikan dan berharap pendapatnya juga diterima. Sumber: RotiKaya
|
sarah82 replied at 8-1-2021 01:43 PM
Seingat aku la.. Purge movie sbb nak kurangkan jenayah.. Jadi setahun sekali dibenarkan selama 12 ja ...
ata replied at 8-1-2021 01:54 PM
Tula psal, tetiba nk kaitkan movie ni dgn penyokong trump serbu masuk capitol. Nyah kau apehal, mc ...
depresio replied at 8-1-2021 01:50 PM
Tajuk ko mengundang fitnah la
Bukan dia gelar pon dah mmg nama akaun tu beruk
mawarputih2612 replied at 8-1-2021 01:55 PM
berapa kerat jer artis yg bijak pun
janna ni pendidikan dia sampai mana?
miss_perfect replied at 8-1-2021 02:01 PM
Memang dia guna nama betul ke masa janna called out dia? Or that person just change the name after ...
sarah82 replied at 8-1-2021 01:59 PM
Iols tgk banyak kali kot purge tu. Gigih kan.. Mmg betul antara intipati dlm purge adalah utk meng ...
depresio replied at 8-1-2021 02:19 PM
Best ke sarah? Nantinaku nak tgk gakla
BoongaKertas replied at 8-1-2021 01:56 PM
iols rasa JN kena bersara dari medan twitter. dari kes dia kena kecam psl dunkirk dulu tu iols dpt s ...
sarah82 replied at 8-1-2021 01:59 PM
Iols tgk banyak kali kot purge tu. Gigih kan.. Mmg betul antara intipati dlm purge adalah utk meng ...
cutestars replied at 8-1-2021 02:20 PM
Aku antara umnah twitter yg sibuk kecam dia. What a narcissist b;/:&. Tak ada knowledge abt american ...
ADVERTISEMENT