CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapan Mangsa Banjir Enggan Pindah Ke PPS Takut Dijangkiti COVID-19

8-1-2021 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4467| Komen: 27



Kuala Krai: Lapan individu daripada dua keluarga di Kampung Jalan Geale di sini, enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebaliknya memasang tiga khemah sejak tiga hari lalu selepas perkarangan rumah mereka dinaiki air separas kira-kira 0.2 meter.

Menurut Shukor Ahmad Ramli, 44, dia dan dua anak saudaranya iaitu Abang Mohd Syakir Muda, 18, dan Mohd Kamarudin Muda, 23, sepatutnya berpindah ke PPS Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Yuk Chai namun mereka mengambil inisiatif memasang khemah, kira-kira 200 meter dari rumah.

Katanya, pada hari pertama dia memasang khemah, anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi nasihat dan menyarankan mereka berpindah ke PPS bagi memastikan keselesaan dan keselamatan.


"Bagaimanapun, kami bertiga memutuskan untuk tinggal di khemah dan enggan berpindah ke PPS sebagai langkah berjaga-jaga daripada penularan Covid-19.

"Pada masa sama, saya juga bimbang rumah dimasuki pencuri jika ditinggalkan dalam tempoh lama. Saya kerap mendengar kes kecurian setiap kali banjir," katanya ditemui di khemahnya yang dipasang di tepi jalan Kampung Jalan Geale hari ini.



Katanya, jika mahu mandi, mereka akan menumpang bilik air di masjid berhampiran.

Sementara itu, Jusoh Che Awang, 55, berkata, dia dan isteri, Rohana Yusof, 52, selain tiga anak mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun enggan berpindah ke PPS kerana berhadapan dengan kesukaran membawa kesemua barangan runcit dijualnya.

"Sejak perkarangan rumah dinaiki air pada Rabu lalu, kami memindahkan kesemua barang runcit yang dijual seperti beras, gula dan telur untuk diletakkan dalam sebuah khemah.

"Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk tinggal sementara dalam khemah bersama barangan jualan ini kerana bimbang ia dicuri jika ditinggalkan.

"Pada masa sama, kami sekeluarga juga tidak mahu bersesak dalam PPS kerana bimbang dengan penularan pandemik Covid-19," katanya.



Sumber : HarianMetro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 8-1-2021 06:14 PM
Nampak tak kebaikan ada khemah..
Quote Artemesiaa 8-1-2021 06:48 PM
Asalkan berkemah ditempat selamat tak ada masaalah rasanya
Quote Perawankota 8-1-2021 06:54 PM
Harap tmpt dorg berkhemah tu x naik air la
Quote buapakperut 8-1-2021 06:55 PM
0.2 meter dulu bekas bakal biras tak jadi iols cakap dorang tido ja umah macam biasa, air tak cecah attas katil still dok umah. tu, tapi anak dia berenang2 kat ruang tamu macam belacak
Quote amyza82 8-1-2021 06:58 PM
sarah82 replied at 8-1-2021 06:14 PM
Nampak tak kebaikan ada khemah..

Skrg pun byk cuti2 glamping, so ni kira glamping banjir.
Quote sarah82 8-1-2021 07:19 PM
amyza82 replied at 8-1-2021 06:58 PM
Skrg pun byk cuti2 glamping, so ni kira glamping banjir.

Lain dari yg lain kan.. Yg penting apa yg depa bimbang tu ada betulnya
Quote Yunbin 8-1-2021 07:47 PM
Semua dah ready brader ni
Quote MentariSenja 8-1-2021 08:44 PM
Kesian betul mangsa banjir musim covid ni...ibarat jatuh ditimpa tangga.
Quote Meiizu 8-1-2021 08:56 PM
Logik jugak alasan tu..Semoga air cepat surut
Quote per706 8-1-2021 09:38 PM
Bguslaa,kalu rsa cukup serba serbi bley survive ok la...tpi jga2 ular segala tu,musim2 bnjir ni..kang takot kat covid, jdi mangsa ular plak...
Quote dudaberhias 8-1-2021 09:41 PM
harap2 deorang di penempatan selamat dan tak mengganggu...
bagus sebab deorang ni kira tak menyusahkan orang... takut bila kena covid nanti lagi bahaya...
mungkin deorang sekeluarga pun tak sihat dan mempunyai sakit kronik... kalau kena covid lagi teruk
Quote Supersirap 8-1-2021 10:02 PM
Ok la tu nak jaga keselamatan rumah, yang penting khemah yang dipasang adalah ditempat yang selamat
Quote namieamuro 8-1-2021 10:09 PM
well prepared juge brader ni. betul ape yg die suarakan. kalau ade pilihan mcm ni pun iols akan pilih mcm brader ni. iols doakan tmpt die berkhemah tu air tak naik dan dilindungi dr haiwan berbisa dan buas. moge banjir tak teruk kt tmpt die. jenuh juge die nak pindahkan segala brg.
Quote SepupuBen10 8-1-2021 11:16 PM
Biasanya yg duduk dlm PPS je yg dpt bantuan banjir..yang tak duduk tak dapat
Quote helicornia 9-1-2021 06:17 PM
klu selamat, tkde masalah rasanya
Quote andygila 9-1-2021 06:22 PM
Good job. All the best
Quote sub5zero 9-1-2021 06:25 PM
Semoga dipermudahkan urusan mangsa2 banjir ni
Quote honeybee1802 9-1-2021 06:27 PM
Ada member husband tersangkut banjir time otw ke kl...pun berkemah le member...tu pun nsb ado org pinjamkan kemah...nampak gaya kits kena siapkan khemah n life jaacket la..
Quote CikYaYaYa 10-1-2021 01:47 AM
Pasni nk kita pon dh kena siap2 jgk brg3 time kcemasan mcm khemah life jacket lilin etc..
Bgus laa brader ni.. Dh siap sedia sume... Maybe sblm ni dia ni mmg dh biasa dgn banjir so dh tau apa yg prlu dbuat..  
Moga semua mangsa bnjir dlindungi dan dpmudahkan smua urusan  

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.132018 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top