*Ini adalah artikel bersifat sindiran (sarcasm) dan isi yang dikarang hanya rekaan semata-mata... ADA AKU KISAH? Dengar khabar, sejak beberapa minggu lalu, kes-kes COVID-19 di sekitar Klang dan Petaling Jaya naik mendadak. Dari ratusan kes di Selangor kini sudah cecah ribuan kes.
Jadi? Apakah saya dan keluarga saya kena perapkan diri di dalam rumah sahaja? Bukan hanya saya, maksud saya semua orang, kawan-kawan, jiran, sanak-saudara, janganlah harap kami untuk duduk dalam rumah sahaja. Saya tak kisah pun kalau frontliners kena kerja lebih masa, meninggalkan anak-anak di rumah orang kerana takut dijangkiti, terpaksa memakai sut PPE selama berjam-jam, dengar khabar ada yang rasa lemas dalam sut PPE kerana memakai lebih 12 jam semata-mata untuk berkhidmat demi mengawal penyebaran virus ini. Saya tak kisah pun kalau pihak berkuasa seperti polis terpaksa bekerja lebih masa merisikokan diri dengan terdedah kepada virus korona; setiap hari ada sahaja kes orang meninggal dunia kerana COVID-19 dan ahli keluarga berpisah dengan pesakit sejak dikuarantin, termasuk anak kecil. Saya tak kisah pun kalau ibu mengandung, mereka yang berpenyakit kronik, anak kecil dan orang tua mungkin antara golongan berisiko tinggi terdedah kepada pandemik ini hanya kerana saya adalah 'carrier' atau pembawa yang boleh menyebarkan virus tersebut. Ada saya kisah? Saya keluar rumah ikut suka hati saya, bawa anak-anak bersiar di pusat beli-belah, termasuk di kawasan zon merah. Saya biarkan anak berjalan di pasar raya ketika pergi membeli-belah tanpa memakai pelitup muka. Tak percaya, jom ikut saya ke mana-mana tempat awam, ramai yang yang se'geng' dengan saya, kami tak kisah. Apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkali-kali beri amaran dan ingatan supaya tidak keluar rumah kecuali bila benar-benar perlu sahaja, saya cepat-cepat merancang untuk bercuti ke destinasi percutian di negeri zon hijau. Saya tak kisah walaupun saya saya dari zon merah. Kenapa perlu saya kisah, lihat sahaja jumlah kereta di atas jalan, bukan main banyak lagi! Hari-hari sesak khususnya di jalan Lebuhraya Persekutuan. Lihat sahaja pusat beli-belah di kawasan zon merah, yang dipenuhi orang ramai termasuk si kecil. Ibu bapa pula teruja kongsi gambar anak di tempat awam dalam laman sosial tanpa rasa bersalah. Kenapa perlu saya kisah, lihat sahaja betapa hotel-hotel di kawasan destinasi pelancongan semakin mendapat tempahan, menunjukkan sesiapa sahaja boleh berjalan-jalan tanpa mengendahkan situasi kesihatan dan amaran pihak berkuasa. Kenapa perlu saya kisah, kalau kami dibenarkan merentas negeri dan pulang ke kampung halaman, contohnya pada musim cuti Krismas yang lepas, jam teruk di lebuh raya Utara Selatan di Ipoh. Kenapa perlu saya kisah, kalau pelajar di luar negeri pun dibenarkan masuk dan berinteraksi sesama komuniti, saya pun mahu berjalan juga! Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Pakai pelitup muka pun ala kadar, sampaikan pelitup muka diguna semula berkali-kali atau diletak merata. Dibuang pun merata-rata. Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Sanitasi tangan hampir tidak dilakukan kecuali ada pihak berkuasa yang memerhati. Sanitasi tangan dicampur air untuk mengurangkan beban belanja termasuk di kedai dan restoran. Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Hanya dengan kehadiran pihak berkuasa, jarak satu meter diamal, itu pun selepas mereka meninggalkan premis, kami buat ikut suka. Kami peluk, kami salam, kami saling bersentuhan, suap-menyuap dan sebagainya. Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Imbas My Sejahtera? Itupun kalau ada pihak berkuasa juga, kalau tidak, saya tidak hairan pun keberadaannya. Saya keluar masuk premis ikut suka, kalau imbas pun tidak, periksa suhu, apatah lagi. Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Mencuci kaki dan tangan menggunakan sabun dan mandi selepas pulang dari luar? Tak perlu lagi kerana kami sudah hilang takut dengan Covid-19. Malah kami rasa kebal dan mustahil akan dijangkiti virus ini, jadi apa masalahnya? Saya tak kisah! * Nizha Periaswamy ialah penulis bebas yang pernah berkecimpung dalam dunia kewartawanan. Memilih untuk menulis dalam bentuk sindiran khususnya bagi isu semasa dan bukan penggemar politik. Sumber : Astro Awani |
Kurex replied at 12-1-2021 12:49 AM
Area opis aku redzone. Selamba opismate aku tak ikut sop. Lepas tu kata "kalau nak kena, kena je. ta ...
caprut replied at 12-1-2021 01:01 AM
Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun me ...
caprut replied at 12-1-2021 01:01 AM
Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun me ...
kakikuDibibirmu replied at 12-1-2021 01:27 AM
Berapa banyak bilik air dah yang dah mati sebab covid ni?
honeybee1802 replied at 12-1-2021 01:29 AM
Tak msk ari ni..mungkin akan msk the next day...sbb cprc akan kumpul data seluruh negara tskat pkl ...
eyansss replied at 12-1-2021 01:25 AM
maybe punca kematian dia diklasifikasikan sebagai jatuh bilik air... tu yang tak masuk statistik ...
caprut replied at 12-1-2021 01:01 AM
Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun me ...
caprut replied at 12-1-2021 01:31 AM
Entah la u all. Abg aku ckp kwan dia mati masa sama2 hiking. Kebumi cara covid. Tp tk masok statis ...
annehuda replied at 12-1-2021 04:36 AM
Macam mane diorg tau tak masuk statistik sedangkan laporan hari2 mane ade letak nama pun?
annehuda replied at 12-1-2021 04:36 AM
Macam mane diorg tau tak masuk statistik sedangkan laporan hari2 mane ade letak nama pun?
Rogue98 replied at 12-1-2021 06:59 AM
Menteri2 pun tak kisah...
Angka statistics tu betul ke...kadang tu sakit biasa tapi bila pergi hosp ...
ADVERTISEMENT