Sejak semalam, Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video pendedahan mengenai penangkapannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Sajat mendakwa diperlakukan dengan kasar oleh JAIS sehingga mendatangkan kecederaan kepada beberapa anggota badannya. Bagaimanapun, tindakannya memuat naik video berkenaan mengundang pelbagai persepsi netizen termasuklah kecaman sehingga menjadikan namanya trending di laman Twitter. Susulan itu, Sajat menerusi Instastorynya berkongsi beberapa ucapan dan kata-kata semangat yang dititipkan oleh pengikutnya. Dalam masa sama, dia mendedahkan dirinya mengalami tekanan perasaan selain turut mengakui memakan ubat tidur selama empat hari berturut-turut berikutan mengalami masalah tidur.
Dia juga berkongsi sekeping foto memakai alat pernafasan di sebuah pusat perubatan. Terdahulu, JAIS menerima aduan berkaitan Sajat menganjurkan satu majlis tahlil dan doa selamat bersama dengan anak-anak tahfiz pada 23 Februari tahun lalu lengkap berbaju kurung serta bertudung seperti wanita dan secara tidak langsung didakwa di bawah Seksyen 10 iaitu menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina Sumber: Murai |
dua_chzy replied at 13-1-2021 07:13 AM
No no. Ummah suicidal perangai takkan kuat mencapub gini. Hell to Sajat, tolong la jangan malukan um ...
damian_lee replied at 13-1-2021 03:17 PM
kannn
biasa yang betul2 nak suicide ni dia xkan loud
macam yang nak suicide jerit2 kat balcony
ADVERTISEMENT