Lain manusia, lain ragamnya. Terbaru, tular perkongsian luahan seorang wanita yang mendakwa memiliki suami cerewet. Kata wanita itu, suaminya tidak suka seandainya dia tidak mengenakan sebarang solekan pada wajah. Malah, dia mendakwa suaminya yang berusia mahu dia mengenakan mekap setiap hari.
Luahan wanita itu disiarkan menerusi satu kolum dalam talian, lapor Daily Star. Katanya, dia penat perlu bersiap kemas setiap hari dan enggan memakai mekap pada hari cuti. Namun, suaminya memberi komen bahawa dia kelihatan tidak seksi tanpa mekap di wajah. Dedah wanita itu lagi, mereka sudah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai dua cahaya mata. Sumber: mStar
|
jahcomel replied at 19-1-2021 12:48 PM
Ok lh tu, somi dia xnk muka dia nmpk pucat kot...kalu kt opis Aku nih ade 2-3org y x mekap langsung, ...
NazRysha replied at 19-1-2021 12:51 PM
sama lakat opis aku pun ada
saja memehkan muka snediri
tak sayang diri sendiri
AyaqMeloSuam replied at 19-1-2021 12:16 PM
Mmg ada pn. Tp dlm agama islam pn, bhias2 utk laki bukan bhias2 utk tangkap pic boh dlm fb, insta or ...
anakmak replied at 19-1-2021 01:30 PM
Kalau dah everyday
Tempek gincu pekat
Tempek pondashen plooles
ADVERTISEMENT