CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jack Ma Muncul Selepas Beberapa Bulan 'Menghilang'

21-1-2021 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5161| Komen: 27

Selepas beberapa bulan 'menghilang', Jack Ma akhirnya membuat penampilan umum melalui satu video yang disiarkan dalam talian, sekali gus menghentikan spekulasi kehilangannya yang dikaitkan dengan beberapa teori.



Kredit foto: India Today

Menurut media seperti dipetik Harian Metro, Ma menerusi video itu mengucapkan tahniah kepada guru di kawasan pedalaman yang juga sebahagian daripada acara anugerah tahunan dianjurkan badan kebajikannya.

Selain itu, Ma memuji usaha kerajaan negara berkenaan mengurangkan masalah kemiskinan dan berikrar untuk meneruskan usaha membantu guru-guru di luar bandar.

Terdahulu, spekulasi mengenai keberadaan Ma dan kedudukannya dengan Presiden China, Xi Jinping mencapai tahap memuncak beberapa minggu terakhir setelah pengawal selia mengarahkan Ant untuk merombak perniagaannya dan memulakan siasatan anti-monopoli terhadap Alibaba.


Tindakan tegas Beijing itu diikuti ucapan Ma pada Oktober apabila dia mengkritik pengawal selia China dan pemberi pinjaman milik negara itu.

Komen Ma pada Rabu dilihat disampaikan dalam nada jauh berbeza, sejajar dengan tema yang digemari Parti Komunis yang memerintah.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 20-1-2021 10:31 PM
Komen Ma pada Rabu dilihat disampaikan dalam nada jauh berbeza, sejajar dengan tema yang digemari Parti Komunis yang memerintah.


sudah diugut kah?
dua bulan pula tu hilang
x de pun nk menjawab spekulasi pasal kehilangan diri sendiri
Quote tikusmontok 21-1-2021 01:46 AM
Cuba tgk bbetul..org yg sama ke tidak tu
Quote Dovahkiin 21-1-2021 06:02 AM
Biasa org mcm ni kena sumbat dalam "re-education" camp. Tgk la, sblm hilang, kutuk gomen, bila muncul je tetiba gomen jadi suci.
Quote kucingitam 21-1-2021 11:01 AM
betul dia ke clone?
Quote salimrock 21-1-2021 11:08 AM
Dovahkiin replied at 21-1-2021 06:02 AM
Biasa org mcm ni kena sumbat dalam "re-education" camp. Tgk la, sblm hilang, kutuk gomen, bila muncu ...

Komen Ma pada Rabu dilihat disampaikan dalam nada jauh berbeza, sejajar dengan tema yang digemari Parti Komunis yang memerintah.







mmg dah kene re-education la, atau brainwash,






Quote Artemesiaa 21-1-2021 11:15 AM
Tetiba lain maciam rasa mushkil
Quote lonely_surina 21-1-2021 11:18 AM
cuba tgk kuku tgn kaki elok tak?
Quote kelapaparut 21-1-2021 11:23 AM
mesti br kluar dr kem uighur, ntah2 dah pandai mjahit baju dan menari sambil main muzik
Quote wak_pijah 21-1-2021 11:25 AM
Seramnya kalau tu clone dia
Quote royaldanish 21-1-2021 11:29 AM
tikusmontok replied at 20-1-2021 05:46 PM
Cuba tgk bbetul..org yg sama ke tidak tu

hurm susah nak tgk berdasarkan gambar tu. gambar latest ke tu?
Quote Tinot7 21-1-2021 12:21 PM
dia baru balik dr tmpt mcm ni ka?

[youtube]bDGD896WOPc[/youtube]


Quote dudaberhias 21-1-2021 12:53 PM
orang sama sebab wajah sebegitu payah nak replicate

hello uolss takkan la kerajaan komunis tu nak lenyapkan orang dari syarikat besar...
kalau wartawan sendu2 ke apa boleh la sebab orang tak kenal...
yang ni satu dunia kenal... harus la satu dunia was2 nanti...
Quote ladyzens 21-1-2021 01:41 PM
check betul2 ni..
ada kena cabut kuku ke ape tak huhu
Quote damsel_fiji 21-1-2021 01:43 PM
Muka mcm trauma lepas kena torture
Quote MarryPottet 21-1-2021 02:42 PM
2 bulan menghilang ke mana acik Ma?
Pergi kursus BTN versi komunis ka?
Quote cmf_premierleag 21-1-2021 02:47 PM
dudaberhias replied at 21-1-2021 12:53 PM
orang sama sebab wajah sebegitu payah nak replicate

hello uolss takkan la kerajaan komunis tu  ...


payah nak replicate?
IMG_20210121_144718.jpg
Quote cmf_premierleag 21-1-2021 02:50 PM
yang ni pulak jack ma versi belum akil baligh lagi

IMG_20210121_144941.jpg
Quote chandrahusin 21-1-2021 03:47 PM

wakakakkaaku ada dapat video ni
Quote jfq 21-1-2021 04:05 PM
Baru kluar dari kem brainwash la tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.755625 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top