Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 7:36 PM
AFP
Jack Ma
Beijing: Bilionair China, Jack Ma akhirnya muncul dengan membuat penampilan umum buat pertama kalinya dalam tempoh dua bulan melalui satu video yang disiarkan dalam talian.
Ia secara tidak langsung menghentikan spekulasi kehilangannya yang dikaitkan dengan beberapa teori.
Video yang dipaparkan menyiarkan Ma mengucapkan tahniah kepada guru di kawasan pedalaman yang juga sebahagian daripada acara anugerah tahunan dianjurkan badan kebajikannya.
Dalam ucapannya, Ma memuji usaha kerajaan China mengurangkan masalah kemiskinan dan berikrar untuk meneruskan usaha membantu guru-guru di luar bandar.
Jurucakap Yayasan Jack Ma mengesahkan penyertaan Ma dalam acara yang diadakan secara maya itu.
Spekulasi mengenai keberadaan Ma dan kedudukannya dengan Presiden China, Xi Jinping telah mencapai tahap memuncak beberapa minggu terakhir, setelah pengawal selia mengarahkan Ant untuk merombak perniagaannya dan memulakan siasatan anti-monopoli terhadap Alibaba.
Tindakan tegas Beijing itu diikuti oleh ucapan Ma pada Oktober, yang mana beliau mengkritik pengawal selia China dan pemberi pinjaman milik negara itu.
Komen Ma pada Rabu dilihat disampaikan dalam nada jauh berbeza, sejajar dengan tema yang digemari Parti Komunis yang memerintah.
orang sama sebab wajah sebegitu payah nak replicate
hello uolss takkan la kerajaan komunis tu nak lenyapkan orang dari syarikat besar...
kalau wartawan sendu2 ke apa boleh la sebab orang tak kenal...
yang ni satu dunia kenal... harus la satu dunia was2 nanti...