Persamaan watak yang dimainkan oleh Dajjal dalam tamadun terdahulu adalah sebagai wakil tuhan atau anak tuhan atau dia sendiri jadi Tuhan. Corak peranan sebagai Firaun Tutankhamun yang dimainkan dalam tamadun Mesir purba juga sama iaitu Anak Tuhan Matahari. Makam Raja Tutankhamun adalah antara makam firaun yang paling lewat ditemui tetapi berbanding makam lain, makam Raja Tut paling popular dan misteri di kalangan ahli arkeologi. Populariti makam Raja Tut bukanlah mengenai binaan bangunan yang menakjubkan tetapi misteri ‘sumpahan maut’ yang dipercayai boleh terkena sesiapa saja yang mengganggu atau membongkar lokasi persemadian raja itu. The Tutankhamun Prophecies: The Sacred Secret of the Maya, Egyptians, and Freemasons
Tajuk diatas buku tulisan dan kajian saintis Dr. Maurice Cotterell yang membongkar asal usul tamadun Mesir purba dan Maya. Buku ini mahu menunjukkan bagaimana tamadun ini memiliki kemampuan meninjau langit (sky gazing) untuk meramal masa depan manusia dan kedudukan mereka dalam susunan kosmik. Latar belakang Maurice Cotterell sebagai saintis, ahli matematik, dan jurutera membantunya menguraikan kod Maya kuno, yang mengandungi misteri sains dan agama mereka sejauh yang belum pernah terjadi. Dengan menggunakan kaedah kajian yang sama, Dr Maurice mengalihkan perhatiannya ke Mesir untuk menghuraikan rahsia yang dikodkan di makam Tutankhamun. Penyelidikannya yang luas menunjukkan bahawa orang Mesir kuno dan Maya memiliki pemahaman yang advanced mengenai aktiviti spot matahari dan fenomena astronomi lain (fakta yang baru-baru ini disahkan oleh sains moden). Pengetahuan mengenai hubungan antara corak matahari dan takdir manusia memungkinkan orang Mesir dan Maya memanfaatkan tenaga yang dihasilkan oleh matahari untuk mencapai pencerahan rohani dan pertumbuhan jiwa. Hubungan antara kelahiran semula (reinkarnasi) dan tenaga suria yang dikodkan di makam Tutankhamun dan Mayan Lord Pacal adalah rahsia yang dijaga rapi oleh organisasi cult, termasuk pemimpin tertinggi Freemasonry. Dr Maurice telah menyebabkan berlaku kontroversi di Eropah ketika dia mendedahkan banyak pengetahuan esoterik tentang Freemason, termasuk salah satu rahsia yang paling disembunyikan kepada masyarakat iaitu ‘tuhan’ yang menjelma sebagai Lord Pacal dan Tutankhamun telah datang ke bumi untuk membantu manusia mencapai pencerahan rohani (illumination) dalam jiwa, dan kesedaran individu sebagai makhluk di alam ini. Dr. Maurice juga menekankan akan persamaan Tutankhamun dan lain-lain sebagai Supergod. Ini petikan dari tulisan beliau “Apakah Tutankhamun telah mengangkat dirinya menjadi tuhan? Dan apakah Nefertiti melarikan diri ke padang belantara tanpa jejak? Kami tidak tahu. Yang kami tahu bahawa Tutankhamun adalah Supergod yang memiliki banyak persamaan dengan Krishna, Buddha, Chi Zeus, dan Lord Pacal.” Ini senarai persamaan semua watak yg dimainkan Dajjal sebagai ‘The Supergods’ yang dihuraikan oleh Maurice: - Masing-masing mengaku diri mereka Tuhan yang menciptakan Alam Semesta - Masing-masing muncul melalui konsep kelahiran yang sama. Tutankhamun tidak mempunyai "ayah." - Masing-masing dikaitkan dengan bintang. Tutankhamun menjadi Orion. - Masing-masing dikaitkan dengan cahaya; Tutankhamun adalah Matahari. - Masing-masing dikaitkan dengan burung atau ular; Tutankhamun adalah ular bersisik dan berbulu. - Masing-masing dikaitkan dengan Arkitek jurubina. Tutankhamun sama-sama berkongsi binaan dgn Maya. - Masing-masing melakukan keajaiban; harta karun di makam Tutankhamun adalah satu keajaiban. - Masing-masing mengajar ajaran yang serupa. - Masing-masing mengekodkan pengetahuan rahsia mereka. - Masing-masing mempercayai reinkarnasi dan kehidupan kekal (umur panjang). - Masing-masing mempercayai akhirat. Tutankhamun mengajar bahawa jiwa sama ada menjadi bintang atau kembali semula di Bumi. - Masing-masing mempercayai akan kelahiran semula dan kembali ke Bumi. Ciri-ciri yang disenaraikan di atas ini jelas menunjukkan mereka semua adalah orang yang sama iaitu Dajjal. Ini juga selari seperti kenyataan Maurice dalam petikan berikut : “Tidak ada keraguan bahawa Tutankhamun dan Lord Pacal adalah Messiah monoteistik. Tutankhamun menjelaskan bentuk kerohaniannya yang suci kepada orang ramai dalam jangka masa pendek di Bumi dalam bentuk fizikal sama ada dalam jasad manusia atau tubuh binatang, dan kembali semula ke Bumi. Dia tidak tergolong dalam kalangan lelaki biasa, ini dijelaskan oleh kehadiran daging angsa di kalangan daging lembu. Dia mengalami sakit hingga menyebabkan kematiannya, atau mungkin dia telah meramalkan kematiannya sendiri. Dua ribu tahun kemudian, di hutan Mexico, Lord Pacal membawa mesej yang sama, yang menggambarkan kehidupan dan masa kemunculannya. Tutankhamun, adalah "first beast," iaitu manifestasi fizikal Tuhan yang menjelma di Bumi..” Inilah dia, Prophecy Tutankhamun iaitu beliau akan kembali semula ke Bumi suatu hari nanti (akhir zaman). Dan perlu diingat, maksud Messiah dalam petikan tersebut bagi mereka (Christian) adalah penyelamat. Tapi bagi Muslim ‘Messiah’ mereka adalah Dajjal. Jadi jelaslah Tutankhamun, Krishna, Buddha, Jesus, Lord Pacal dan lain-lain adalah Dajjal. Penjelmaan Dajjal dalam semua tamadun ini adalah dia menjanjikan kemunculan semula sesudah kematiannya sebagai penyelamat di akhir zaman. Sumber : Muhd Ariffin |
Coolie replied at 22-1-2021 06:43 AM
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..
Alhamdulillah adalah satu lafaz yang memey unique ...
ADVERTISEMENT